Oleh : Nor Afiqah Binti Azizul
PENDAHULUAN
Nama lengkap al-Qalasadi adalah Abu al-Hasan
Ali Muhammad bin al-Khurasi al-Basri. Beliau dilahirkan di Baza, Sepanyol pada
abad XV. Al-Qalasadi telah berhijrah ke selatan setelah menginjak remaja dan di
kota itu Al-Qalasadi telah mempelajari beberapa bidang ilmu seperti ilmu
falsafah, serta ilmu berkaitan hukum-hakam islam. Al-Qalasadi juga sering
menjelajah ke negara-negara Islam namun secara khususnya beliau banyak
mengahbiskan waktunya di Afrika Utara dan di Tlemcen iaitu tempat Al-Qalasadi
mendapat bimbingan daripada guru-gurunya untuk mempelajari aritmatik dan
aplikasinya. Al-Qalasadi turut berhijrah ke Mesir untuk berguru dengan beberapa
ulamak terkemuka.
Beliau hidup di negara-negara Islam yang
banyak memberikan sokongan kuat terhadap Andalusia secara politik dan bantuan
tentera menentang Kristian. Al-Qalasadi turut menunaikan haji ketika singgah di
Mekkah Al-Mukarammah dan kemudian kembali semula ke kota Granada. Namun setelah
beliau kembali ke Granada, keadaan di sana semakin memburuk kerana wilayah yang
tersisa turut diserang oleh puak Kristian Castile dan Aragon. Wilayah kekuasaan
Muslim di Granada telah tamat pada 1492 iaitu jatuh ke tangan Kristian. Selain
tersohor sebagai tokoh matematik, beliau juga dikenali sebagai ahli hukum.
Beliau turut terkenal dengan sifat berani mencuba kerana beliau telah
menghasilkan karya-karya yang sangat berbeza dibandingkan dengan karya-karya
yang dihasilkan pada ketika itu. Al-Qalasadi menghembuskan nafas terakhirnya
pada tanggal 1 Disember 1486 (15 Dzulhijjah 891H) di Ifrikiya, Bedja.
ISI PERBINCANGAN
Abu
Hasan Al-Qalasadi merupakan seorang tokoh matematik yang sangat berjasa kepada
dunia matematik kerana kemahiran beliau dalam subjek tersebut telah membolehkan
beliau menghasilkan beberapa buah buku aritmatik dan sebuah buku berkaitan
dengan algebra. Beberapa buku tersebut mengandungi komen-komen berkaitan karya
Ibnu Al-Banna yang bertajuk Talkhis Amal al-hisab (ringkasan dari operasi
aritmatik). Ibnu al-banna merupakan seorang ahli Matematik muslim yang hidup satu
abad lebih dari Al-Qalasadi. Seterusnya, Al-Tabsira fi’lm al-hisab (klasifikasi
ilmu mengira) yang merupakan risalah utama al-Qalasadi. Namun, buku tersebut
sangat sukar untuk dipelajari oleh orang kebanyakan. Hal ini kerana, untuk
mempelajarinya memerlukan ketajaman fikiran. Buku itu juga sangat dipengaruhi
pemikiran ibnu al-banna. Buku-buku aritmatik karya al-Qalasadi begitu popular
dan terkenal di dunia barat serta di timur malah digunakan selama lebih
daripada 100 tahun.
Di
samping itu, simbol-simbol algebra yang sangat terkenal dan diguna pakai
sehingga ke hari ini merupakan antara sumbangan terbesar oleh Al-Qalasadi.
Antaranya, ialah:
ﻭ (wa) sebagai tambah (+)
ﻻ(la) sebagai tolak (–)
ف (fi) sebagai darab (x)
ة (ala) sebagai (/)
ﺝ (j) sebagai punca kuasa
(√)
ﺵ (sh) sebagai pemalar
(a)
ﻡ (mim) sebagai (x2)
ﻙ (ka) sebagai (x3)
ﻝ (la) sebagai (=)
Kaedah terawal yang digunakan oleh
Al-Qalasadi untuk menulis angka Hindu adalah menggunakan papan hitam, hal ini
kerana pengiraannya memerlukan pergerakan angka-angka tersebut yang memerlukan
kapur, papan hitam dan pemadam papan hitam. Walaubagaimanapun, pada abad
ke-sepuluh, Al-Qalasadi telah mendapatkan kaedah baru iaitu dengan menggunakan
kertas dan pen. Di dalam teks aritmatiknya juga, Al-Qalasadi telah menggunakan ϵ
n^2dan ϵ n^3serta menggunakan kaedah anggaran untuk mendapatkan punca kuasa.
Namun, kaedah terlalu sukar untuk difahami oleh sejarawan pada abad ke-19, hal
ini menyebabkan beliau hanya diiktiraf oleh Muslim dan puak arab. Sikap tidak
ambil tahu oleh pihak lain telah membuatkan mereka agak lambat menerima
pengetahuan matematik yang merupakan sumbangan Al-Qalasadi.
Akhir sekali ialah, Al-Qalasadi turut
meninggalkan beberapa karya lain yang tidak berkaitan dengan sumbangan utamanya
iaitu ilmu mengenai warisan (faraid), tatabahasa serta beberapa yang lain.
Al-Qalasadi turut dikenali sebagai ilmuan kelas pertama yang produktif pada
ketika itu kerana mampu untuk menghasilkan karya-karya yang begitu tinggi nilai
ilmunya yang dihasilkan dalam pelbagai bahasa.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, tanpa jasa serta sumbangan
daripada tokoh matematik ini iaitu Abu Hasan Al-Qalasadi, maka ilmu-ilmu
matematik terutamanya algebra yang diguna pakai oleh generasi terdahulu, kini
dan akan datang tidak akan dapat dinikmati. Penggunaan pen dan kertas dalam
proses pengiraan juga tidak akan dapat dirasai seperti sekarang. Di samping itu,
adalah sangat bagus alangkah generasi sekarang mencontohi sifat-sifat pekerti
yang dimiliki oleh Al-Qalasadi serta tokoh-tokoh Muslim yang lain, yang bukan
sahaja mahir dalam bidang duniawi malah mereka turut mempunyai ilmu pengetahuan
yang luas mengenai ukhrawi serta menjadi rujukan kepada orang lain pada suatu
ketika dahulu. Sifat gigih dalam menuntut ilmu seperti yang dimiliki oleh
Al-Qalasadi ini dapat dijadikan contoh tauladan kepada para pelajar agar
kejayaan dapat dikecapi dalam hidup. Selain itu, sifat berani dalam menyatakan
pendapat adalah antara contoh terbaik yang ditunjukkan oleh Al-Qalasadi, yang
perlu dicontohi oleh generasi kini juga agar menjadi seorang yang berkuali dan
produktif untuk diri sendiri, agama, bangsa dan juga negara kita. Maka kita
bukan sahaja perlu bersyukur kerana mempunyai pelbagai kemudahan pada hari ini
malah kita dapat mempelajari sesuatu yang baharu serta dapat mencontohi
sifat-sifat murni beliau dalam kehidupan seharian.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment