Oleh : Rushda Binti
Mohd Radzuan
PENDAHULUAN
Sesungguhnya ilmu
pengetahuan yang kita dalami sekarang ini diterokai dan dikaji oleh
ilmuwan-ilmuwan terdahulu. Kebanyakkan ilmu pengetahuan yang kita miliki
sekarang ini contohnya imu perubatan, ilmu astronomi, ilmu matematik, ilmu
sains dan teknologi dan sebagainya dijumpai oleh ilmuwan-ilmuwan Islam
terdahulu dan bukannya oleh ilmuwan-ilmuwan Barat seperti yang
digembar-gemburkan. Jika diimbau kembali sejarah, terdapat ramai ilmuwan yang
yang terkenal dengan sesuatu bidang yang mereka terokai. Contohnya, Ibnu Sina
yang terkenal dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi yang terkenal dalam bidang
matematik dan sebagainya. Terdapat juga karya yang dihasilkan oleh
ilmuwan-ilmuwan Islam yang terdahulu dialihkan kepada pelbagai bahasa supaya
dapat digunakan oleh semua bangsa yang berlainan bahasa percakapannya. Misalnya
karya Ibnu Sina yang terulung iaitu Qanun Fi Tib yang digunakan sebagai rujukan
dalam bidang perubatan selama berabad-abad. Hal ini membuktikan bahawa
ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu telah memberikan sumbangan yang besar dalam
pelagai bidang ilmu pengetahuan.
Secara umumnya, kejayaan
demi kejayaan yang dimiliki oleh ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu adalah
disebabkan ketaatan mereka kepada Allah, kepercayaan mereka terhadap kitab
Allah iaitu Al-Quranul Karim dan juga Sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda, mafhumnya ;“ Aku tinggalkan padamu dua perkara
yang mana jika kamu berpegang teguh terhadap keduanya maka kamu tidak akan
tersesat selamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.” ( Hadis Riwayat
Malik )
Berdasarkan hadis
di atas sudah jelas bahawa dengan mengikut segala apa yang terkandung dalam
Al-Quran dan As-Sunnah, maka kita tidak akan sesat selamanya kerana sememangnya
dalam Al-Quran itu sendiri terkandung segala jenis kebenaran.
Berkaitan dengan
tajuk saya iaitu Sejarah Abu Nasr Mansur, beliau juga merupakan salah seorang
daripada ilmuwan Islam yang terkenal dalam bidang matematik selain daripada
Al-Khawarizmi. Kejayaannya dalam menemukan hukum matematik membolehkan
masyarakat pada zaman ini mampu mempelajarinya. Ini merupakan salah satu
sumbangan terbesar beliau kepada seluruh ummat Islam dan juga masyarakat
lainnya yang sememangnya merupakan satu kebanggan seleruh ummat Islam pada masa
kini.
Dalam esei ini saya
sertakan sejarah kelahiran Abu Nasr Mansur serta sumbangan beliau dalam
Matematik juga karya-karya yang pernah dihasilkan oleh Abu Nasr Mansur
sepanjang kehidupan beliau.
SEJARAH KELAHIRAN
Nama sebenar Abu
Nasr Mansur adalah Abu Nasr Mansur ialah Abu Nasr Mansur Ibn Ali Ibni Iraq.
Beliau dilahirkan di Gilan, Parsi pada tahun 970 dan beliau meninggal dunia
pada tahun 1036 di Ghazni. Keluarga beliau, Bani Iraq, menguasai wilayah
Khawarizm yang sekarang lebih sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan. Khawarizm
merupakan tempat yang berhampiran dengan Laut Aral. Ketika di Khawarizm, Abu
Nasr Mansur menuntut ilmu dan berguru dengan seorang ahli Astronomi dan juga
ahli Matematik yang terkenal iaitu Abu al Wafa (940M – 998M).
Abu Nasr Mansur
merupakan seorang ahli matematik Muslim yang berbangsa Parsi. Beliau terkenal
dengan kejayaannya dalam menemukan hukum sinus yang digunakan dalam Matematik
kini. Terdapat juga karya-karya atau penulisannya yang berkaitan dengan
astronomi namun, kebanyakkan kerja-kerjanya tertumpu dalam bidang Matematik.
Abu Nasr Mansur ketika menuntut dengan gurunya iaitu Abu al Wafa, sangat
terkenal dengan kepintarannya segingga dengan mudahnya beliau dapat menguasai
ilmu matematik dan astronomi.
Kehebatan dan
kepintaran Abu Nasr Mansur akhirnya menurun kepada anak muridnya yang juga
seorang astronomi yang terkenal iaitu Al-Biruni. Pada ketika itu, Al-Biruni
bukan sahaja menjadi anak muridnya, bahkan, Al-Biruni juga menjadi salah satu
pasangan beliau dalam menghasilkan karya dalam bidang matematik.
Hasil daripada
gabungan Abu Nasr Mansur bersama anak muridnya iaitu Al-Biruni, mereka telah
menghasilkan beberapa karya yang menghubungkan dua pemikiran yang hebat. Lebih
kurang 15 buah karya yang berjaya dihasilkan hasil daripada gabungan kedua-dua
tokoh ilmuwan yang terhebat ini.
Secara umumnya, keluarga
Abu Nasr Mansur merupakan keluarga yang terhormat dan juga berada dan ini secara
tidak langsung dapat memudahkan Abu Nasr Mansur untuk menerima pendidikan yang
baik.
Kehebatan Abu Nasr
Mansur dalam bidang Matematik ini bukan sesuatu yang patut dipertikaikan lagi
kerana sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan minatnya yang mendalam
terhadap bidang Matematik dan Astronomi.
SUMBANGAN ABU NASR
MANSUR
Sumbangan terbesar
Abu Nasr Mansur tidak lain dan tidak bukan adalah penemuan beliau tentang hukum
sinus sfera. Tidak dinafikan lagi, sememangnya penemuan beliau ini digunapakai
dalam bidang Matematik kini yang melibatkan seluruh pelosok dunia. Hukum Sinus
yang ditemui oleh beliau ialah ;
a/sin A = b sin B =
c/sin C
Sumbangan beliau
yang seterusnya adalah, beliau telah berjaya menemukan satu cara baru dalam
menentukan apogeematahari dari tiga titik yang selalu berubah-ubah ekliptika.
Apogee adalah satu titik pada bulan atau pada satelit di mana kedudukannya jauh
daripada bumi. Manakala ekliptika pula bermaksud orbit di mana matahari
kelihatan bergerak.
Sumbangan beliau
yang seterusnya adalah beliau telah menghuraikan tentang trigonometri daripada
Ptolemy dan juga menghuraikan set of tables yang memudahkan penyelesaian nombor
terhadap masalah dalam astronomi sfera.
KARYA-KARYA ABU
NASR MANSUR
Terdapat 15 buah
karya yang telah dihasilkan oleh Abu Nasr Mansur yang bertumpu ataupun yang
berkaitan dengan bidang Matematik dan juga bidang Astronomi. Antara karya yang
dihasilkan oleh beliau adalah Zidjes iaitu Set of Astronomicals Tables.
Selain itu, beliau
juga menghasilkan karya yang berjudul Jadwal Ad-Dakaik yang mana memuatkan
penyelesaian kepada masalah dalam Euclides. Karya ini juga telah dijadikan
rujukan di beberapa buah negara. Karya ini juga telah dipuji sebagai salah satu
karya yang bermutu walaupun terdapat beberapa persamaan dengan karya;karya
Barat yang lain.
Seterusnya, Abu
Nasr Mansur juga telah mengahasilkan karya yang berjudul Spherics. Karya ini
telah disempurnakan kembali pada tahun 1007-1008. Beliau juga menghasilkan
sebuah lagi karya yang berjudul Elements yang menyatakan tentang konsep
trigonometri yang khusus.
Kejayaan Abu Nasr
Mansur dalam menghasilkan karya-karya ini telah menjadikan beliau untuk
mendapat gelaran bapa pengembangan cosine, sine dan tangen.
RUMUSAN
Berdasarkan isi
yang telah dikemukakan sudah terang lagi bersuluh sumbangan Abu Nasr Mansur
dalam bidang Matematik amat besar kerana sehingga kini ummat Islam dapat
mempelajarinya. Kejayaan ini merupakan satu penghormatan yang besar buat agama
Islam khususnya dan juga ummat Islam kerana dengan ini, sudah cukup membuktikan
bahawa ummat Islam terdahulu juga mampu meraih kejayaan seterusnya dapat
disumbangkan kepada generasi hadapan.
Kejayaan demi
kejayaan yang ditempa oleh ilmuwan-ilmuwan Islam terdahulu seharusnya dijadikan
contoh teladan yang baik oleh umat Islam kini untuk menjulang nama agama Islam
dan juga memartabatkan Islam.
Perkembangan
teknologi kini yang berkembang pesat kini seharusnya digunakan sebaik mungkin
oleh ummat Islam kini untuk meraih kejayaan yang sama seperti ilmuwan-ilmuwan
Islam terdahulu. Hal ini kerana, jika hendak diandingkan dengan kemewahan
teknologi pada zaman dahulu dengan teknologi zaman sekarang amat jauh
perbezaannya.
Namun, ilmuwan-ilmuwan
Islam terdahulu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu menempa
kejayaan walaupun perkembangan teknologi pada ketika itu tidak setanding dengan
kemajuan teknologi pada zaman kini. Oleh itu, kemajuan teknologi inilah yang
harus digunakan secara baik oleh ummat Islam kini untuk menempa kejayaan
seterusnya dapat menjulang nama Islam serta mertabatkan agama Islam itu sendiri.
Sekian, terima kasih.
Pensyarah:
Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212,
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment