Oleh :Nor Aishah
Binti Mohd Ismail
PENGENALAN
Pada era
globalisasi kini, kemajuan teknologi dalam bidang sains perubatan semakin
meluas. Hal ini dapat dilihat melalui pelbagai kaedah rawatan untuk merawat
pesakit seperti penggunaan peralatan yang canggih. Perubatan Islam mempunyai
pelbagai definisi tersendiri. Terdapat ramai pengamal perubatan Islam yang
mendakwa mereka mengamalkan perubatan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.Menurut
Profesor Husain, sarjana perubatan Muslim, kekeliruan ini berpunca daripada
kecenderungan sesetengah pihak mentafsirkan perubatan Islam hanya berdasarkan
aspek tertentu sahaja seperti aspek sejarah, budaya, agama, geo-politik, terapeutik
dan sebagainya. Hasilnya, ia memberi makna yang berbeza-beza pada sistem
perubatan Islam itu sendiri. Dalam sistem perubatan Barat, etika adalah perkara
yang terpisah daripada sistem perubatan itu sendiri. Sebagai contoh, mereka
boleh menjadi doktor yang baik dan beretika ketika mengendalikan pesakit tetapi
mungkin tidak mempunyai akhlak yang baik. Mereka mungkin doktor yang baik
tetapi dalam masa yang sama meminum arak, mengamalkan seks bebas ataupun
homoseksual.
Terdapat tiga teras
utama dalam etika perubatan Islam. Ianya selari dengan etika perubatan moden.
Ketiga-tiga perkara tersebut adalah perkara asas dalam merawat pesakit.
Teras utama dalam
etika perubatan Islam
• Menghormati
pesakit dan hak-hak mereka
Hak-hak pesakit
perlu sentiasa dipelihara dan dihormati apabila mereka menjalankan rawatan.
Mereka perlu dilayan dengan penuh kehormatan sehingga mereka meninggal
dunia.Hak-hak mereka bagi mendapat rawatan yang terbaik dan bersesuaian perlu
diberi dengan tulus tanpa mengira latar belakang agama, keturunan ataupun
status sosial mereka. Kehormatan dan harga diri mereka berhak mendapat rawatan
terbaik dan mesti mendapat maklumat yang benar serta adil bagi membuat
keputusan. Bagi pesakit yang beragama Islam, mereka perlu diberikan hak
menjalani kehidupan sebagai Muslim. Hak-hak beragama mereka perlu sentiasa
dihormati dan dipelihara.
• Memastikan ia
memberi manfaat
Rawatan yang
diberikan kepada pesakit haruslah memberikan manfaatkepada mereka dari segi
emosi dan fizikal. Sekiranya pesakit itu perlu menjalani pemindahan organ untuk
menyelamatkan nyawanya, seseorang doktor itu perlulah memastikan bahawa
penderma organ itu sihat tubuh badan supaya tidak memberikan kesan mudarat
kepada pesakit setelah melakukan pembedahan. Oleh itu, para doktor yang
melakukan urusan pemindahan berkenaan perlu mempunyai asas keilmuan yang cukup
untuk membuat pertimbangan baik buruk terhadap penderma dan penerima
berdasarkan prinsip maslahah dan mafsadah seperti yang terdapat dalam syariat
Islam. Selain itu, sekiranya pesakit memerlukan rawatan rehabilitasi, doktor
perlu melakukan pendekatan untuk membantu pesakit mengatasi gangguan fizikal
dan mental. Hal ini kerana, pesakit akan mengalami rasa rendah diri. Oleh itu, psikologi
dalam terapi ini memainkan peranan yang besar dalam program rehabilitasi.
• Tidak
mendatangkan kemudharatan
Rawatan yang
diberikan kepada pesakit perlulah berpandu dan berteraskan Al-Quran dan
As-Sunnah.Sebagai contoh, setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya
menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan
tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumnya. Pemberian vaksin merupakan
jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan
penyebaran virus dalam kalangan wanita. Muzakarah bersetuju memutuskan
bahawapengambilan Vaksin Human Papilloma Virus(HPV) yang telah dipastikan tiada
unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah
diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim(servik) dalam kalangan
wanita. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak
mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk
tujuan yang bercanggah dengan syarak. Pemvaksinan merupakan jalan pencegahan
dan pencegahan adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan
kaedah Usul Fiqh. Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu’ah Huquq al-Insan fi
al-islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan,
di mana ia akan memberi manfaat kepada masyarakat. Dalam isu ini, vaksin HPV
bukan lagi satu kehendak seseorang wanita, tetapi bahan pencegah ini kini
menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.
Perwatakan Pengamal
Perubatan
Watak seorang
doktor
Seseorang doktor
mestilah terdiri daripada kalangan orang yang percayakan Tuhan, menunaikan
hak-Nya, menyedari keangungan-Nya, mentaati perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya
dan mematuhi-Nya dalam persembunyian atau khalayak ramai. Mereka perlulah
mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang baik. Ia
hendaklah menjadi penggalak, tidak melemahkan semangat, berwajah tersenyum dan
tidak masam muka, penyayang dan tidak membenci dan penyabar. Ia tidak mungkin
tunduk kepada perasaan dengki atau kurang rasa belas kasihan. Ia mestilah
menjadi alat kepada keadilan Tuhan, kemaafan dan bukan hukuman, perlindungan
dan bukan pendedahan. Seseorang doktor mestilah sedar dengan sepenuhnya bahawa
nyawa adalah kepunyaan Allah SWT. Dalam professionnya seorang doktor berjuang
untuk menyelamatkan dan mempertahankan nyawa sahaja sebaik mungkin, seberapa
yang terdaya olehnya.seseorang doktor mestilah berkata jujur apabila berbicara,
menulis atau memberi keterangan. Ia hendaklah tidak terpengaruh oleh
kepercayaan agama, tamak, persahabatan atau tekanan supaya memberi atau
membuayt keterangan palsu. Memberi keterangan adalah satu tugas yang sangat
besar dan serius dalam Islam. Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para
sahabat “mahukah aku beritahu kamu apakah dosa yang paling besar?” apabila
mereka berkata ya baginda bersabda “mensyirikkan Allah, tidak memenuhi
tanggungjawab terhadap ibu bapa” dan selepas berhenti sejenak baginda berulang-ulang
bersabda “dan sesungguhnya memberi ucapan bohong atau keterangan palsu”.
Perhubungan doktor
dan pesakit
Segala tindakan
yang diambil oleh doktor adalah demi kepentingan pesakit dan bukan sebaliknya.
Kesihatan adalah matlamat akhir dan rawatan perubatan hanyalah caranya sahaja.
Pesakit adalah tuan dan doktor sentiasa berada untuk memberi khidmatnya.
Rasulullah SAW bersabda “yang kuat hendaklah mengikut langkah yang lemah kerana
yang lemah itulah dijadikan panduan untuk menentukan kadar langkah perjalanan.
Peraturan, penjadualan, jadual waktu dan perkhidmatan hendaklah disusun untuk
disesuaikan dengan pesakit demi untuk kebajikan dan keselesaan dan hendaklah
diutamakan. Seterusnya, barulah keutamaan lain diambil kira.
Status keutamaan
terpenting diberikan kepada pesakit kerana selagi ianya pesakit, tidak kira
siapa orang itu atau apakah jawatannya, seorang pesakit itu tertakluk kepada
penyakitnya dan bukan status sosial, kuasa atau perhubungan peribadinya. Cara
seseorang doktor menguruskan pesakitnya yang ramai menggambarkan secara tepat
kejujurannya. Jika atas sebab-sebab terdesak atau kecemasan, seorang pesakit
yang miskin dirawat oleh seorang doktor adalah menjadi tanggungjawab beliau
supaya bertimbang rasa dan bermurah hati dan mengelakkan apa-apa yuran yang
dikenakan tidak menambahkan lagi beban pesakit itu. Memberi sesuatu kepada yang
miskin adalah sama seperti memberikan kepada Allah SWT kerana zakat itu bukan
hanya dituntut dari harta benda tetapi juga ke atas ilmu dan kemahiran.
Profession perubatan pada asasnya ialah tugas untuk membantu manusia dalam
kesusahan dan bukan mengeksploitasi pesakitnya.
Perhubungan antara
doktor
Seorang doktor
adalah saudara kepada setiap doktor yang lain dan rakan sejawat di dalam satu
misi yang mulia sebagai menyahut seruan Allah seperti di dalam firman-Nya: “Dan
hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan”. Para doktor adalah bertanggungjawab ke atas penjagaan kesihatan
sesebuah negara dan saling membantu di antara bidang-bidang kepakaran, dari
segi pencegahan atau pengubatan, di sektor swasta atau perkhidmatan kerajaan
kesemuanya mematuhi etika dan peraturan profesion mereka. Sebagai satu kumpulan
profesional sesebuah negara, para doktor adalah bertanggungjawab merangka
perancangan dan mengambil langkah dan mewujudkan tradisi dan peraturan yang
perlu untuk membolehkan mereka secara kumpulan atau perseorangan menjalankan
tugas sebaik mungkin. Di dalam semangat persaudaraan, seorang doktor mestilah
menghormati rakan sejawatnya di belakangnya. Ia hendaklah menawarkan kepada
rakannya nasihat dan pertolongan bila diperlukan. Seorang doktor tidak boleh
mengkhianati rakannya dengan mengumpat di belakangnya atau menyebut
kekurangannya atau mencemarkan nama baiknya atau mempamerkan kelemahannya. Ia
tidak sekali-kali mengkhianati saudaranya. Walau bagaimanapun ikatan ini tidak
membebaskan seorang doktor dari berkata benar di dalam memberi keterangan
perundangan atau di dalam membantu mencegah jenayah : seperti yang telah
ditentukan oleh undang-undang.Perhubungan di antara doktor ialah satu
perhubungan yang bantu membantu dan bukan pertentangan dan bekerjasama dengan
ikhlas demi kepentingan pesakit. Jika lebih dari seorang doktor merawat seorang
pesakit, maklumat perubatan tidak sepatutnya dirahsiakan di antara doktor yang
merawat pesakit itu. Maklumat ini hendaklah diperkatakan dengan jelas atau
ditulis dengan terang dan jelas. Maklumat ini hendaklah dirahsiakan dikalangan
personel perubatan tanpa dibocorkan. Jika timbul kesangsian, adalah menjadi
tanggungjawab doktor yang merawat (dan hak pesakit) supaya satu rundingan
diatur atau kes itu dirujuk kepada seorang pakar. Amalan ini juga disebut
didalam al-Quran: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang
berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui”. Pakar yang dirujuk akanmengambil
langkah yang difikirkan perlu, tetapi akan memberitahu doktor yang merujuk
perkembangan semasa dan juga seterusnya.
Kerahsiaan professional
Orang-orang yang
beriman diperintahkan menyimpan rahsia orang lain, lebih-lebih lagi jika
seorang doktor kerana pesakit akan memberitahu rahsia dan meluahkan perasaan
kepada doktor mereka dengan rela hati, yakin dengan kerahsiaan professional yang
dipegang oleh profession perubatan semenjak awal zaman lagi. Rasulullah SAW
bersabda bahawa dengan tiga ciri-ciri orang munafik ialah : “Bila dia bercakap
bohong, bila dia berjanji dia mungkir dan bila disuruh pegang amanah dia
khianati”. Seseorang doktor hendaklah merahsiakan seketatnya segala maklumat
yang diperolehnya melalui penglihatan, pendengaran atau secara kesimpulan.
Semangat keislaman juga memerlukan butir-butir di dalam undang-undang patut
menekankan hak pesakit untuk melindungi rahsia mereka yang telah diluahkan
kepada doktor. Pengkhianatan ke atas amanah ini akan menjejaskan imej amalan
perubatan, selain dari mendapatkan bantuan rawatan perubatan.
Tanggungjawab dan
liabiliti
Mengamal perubatan
hanya boleh dilakukan dengan sah oleh individu yang telah diajar, dilatih dan
telah lulus serta memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh undang-undang.
Panduan mengenai hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW “ Seseorang yang
tidak mempunyai ilmu perubatan adalah bertanggungjawab jika ia mengubati orang
sakit”. Dengan adanya kepakaran perubatan, kes yang bermasalah hendaklah
dirujuk kepada pakar yang berkaitan. “Setiap pakar sebaiknya disesuaikan untuk
mengendalikan kes yang memerlukan kemahirannya”. Di dalam menguruskan sesuatu
kes perubatan, seorang doktor hendaklah bertindak dengan sebaik mungkin. Dengan
berbuat begitu, tanpa melakukan kecuaian, setelah mengambil langkah pencegahan
yang diperlukan ia tidak dipersalahkan atau dihukum walaupun jika hasilnya
tidak memuaskan. Doktor adalah wakil pesakit ke atas tubuhnya. Penerimaan
doktor oleh pesakit untuk merawatnya dianggap persetujuan ke atas apa-apa
rawatan yang diketepikan oleh doktor itu. Jika rawatan memerlukan pembedahan, persetujuan
yang tersebut hendaklah disahkan dengan bertulis, demi melindungi doktor dari
apa-apa kemungkinan. Jika pesakit menolak atau tidak bersetuju dengan rawatan
yang dicadangkan, penolakan ini juga hendaklah dibuatn dengan bertulis, bersaksi
atau menanda tangan mengikut keadaan. Jika pesakit tidak bersetuju memberi
keizinan kerana takut, doktor boleh membantu pesakitnya dengan memberikan ubat
seperti ubat penenteram untuk menghilangkan perasaan takut tetapi tidak sampai
menghilangkan perasaan takut tetapi tidak sampai menghilangkan atau melemahkan
kesedarannya untuk membolehkan pesakit membuat pilihannya dengan tenang.
Sebaik-baik cara untuk mencapai tujuan ini ialah sikap doktor itu sendiri, keperibadiannya,
baik budinya, kesabarannya dan pendekatan dengan menggunakan perkataan yang
betul. Di dalam keadaan kecemasan dan nyawa perlu diselamatkan melalui
pembedahan serta-merta atau intervensi lain, doktor boleh bertindak mengikut
peraturan Islam “larangan boleh diketepikan bila perlu”. Kedudukannya adalah
selamat dan kukuh walau apa jua hasil tindakannya, asalkan ia telah mengikuti
kaedah perubatan yang diterima dengan betul. Tindakan jahat dengan tidak
menyelamatkan pesakit mengatasi apa yang dianggap perbuatan baik dengan
membiarkan pesakit membuat keputusan yang merosakkan dirinya sendiri.
Kemurniaan nyawa
manusia
Nyawa manusia
adalah suci dan tidak boleh diambil dengan sengaja kecuali apabila dibenarkan
oleh syariat Islam. Semua kebenaran tersebut adalah diluar bidang perubatan.
Seorang doktor tidak boleh mengambil nyawa walau di atas belas kasihan.
Perbuatan ini diharamkan kerana ianya bukan alasan yang dibenarkan untuk
membunuh. Kesucian nyawa manusia meliputi kesemua peringkat termasuk embrio dan
janin semasa didalam rahim lagi. Maklumat ini hendaklah diambil kira oleh
seseorang doktor. Pengecualian hanyalah dibenarkan didalam keadaan terdesak
(alasan perubatan) dan dibenarkan oleh Hukum Syarak. “Hal ini sangatlah
bersesuaian dengan sains perubatan moden yang akhir-akhir ini telah
memperkenalkan satu bidang kepakaran yang dikenali sebagai Perubatan Janin (Foetus
Medicine) untuk mendiagnosis dan merawat penyakit janin (didalam rahim). Polisi
moden yang membenarkan penguguran tidak diterima oleh Islam, yang memberikan
hak-hak tertentu kepada janin. Di dalam Islam pengguguran melibatkan wang
tebusan. Didalam tugasnya menyelamatkan nyawa, seseorang doktor adalah
dinasihati supaya menyedari had sempadannya dan tidak melanggar had itu. Jika
dari segi sains satu-satu nyawa itu sudah pasti tidak dapat diselamatkan lagi, adalah
sia-sia untuk dengan beraninya mengekalkan kehidupan vegetatif dengan cara
penggiatan, atau memeliharanya dengan pembekuan atau cara tiruan yang lain.
Tugas doktor ialah untuk mengekalkan proses kehidupan dan bukan proses
kematian. Walau bagaimanapun doktor tidak boleh mengambil langkah yang positif
untuk mengakhiri hayat seseorang pesakit. Bagi pesakit yang sudah tidak boleh
sembuh lagi, doktor hendaklah dengan sebaik mungkin memberi penjagaan yang baik,
sokongan moral dan menghilangkan kesakitan dan penderitaan semasa hayatnya.
Doktor hendaklah mempersetujui permintaan pesakit untuk mengetahui tentang
penyakitnya. Walau bagaimanapun cara menjawabnya hendaklah disesuaikan dengan
pesakit itu sendiri. Adalah menjadi tugas doktor itu untuk mengkaji ketepatan
psikologi pesakitnya itu. Ia tidak sepatutnya ketandusan perbendaharaan kata
jika keadaan memerlukannya mengelakkan penggunaan istilah yang menakutkan atau
penciptaan perkataan, ungkapan atau penerangan yang baru. Didalam semua keadaan,
seorang doktor hendaklah berupaya menyokong kepercayaan pesakitnya dan
memberikannya kesejahteraan dan ketenangan fikiran.
Doktor dan
masyarakat
Doktor adalah
seorang ahli masyarakat didalam erti kata yang sebenarnya dengan menjaga dan
memelihara masyarakatnya. Misi doktor melampaui pengubatan penyakit sehingga mengambil
kesemua langkah untuk mencegah penyakit dari berlaku, ini bersesuaian dengan
perintah al-Quran: “Jangan biarkan tangan kamu sendiri menjerumuskan kamu
kedalam kebinasaan”.Rasulullah s.a.w membayangkan polisi “pencegahan” didalam
sabdanya: “Apabila sesuatu daerah diserang oleh wabak jangan kamu memasukinya
tetapi jika kamu berada didalamnya, jangan kamu keluar”. Profesion perubatan
hendaklah bertanggungjawab untuk memerangi tabiat yang merosakkan kesihatan
seperti merokok, sifat pengotor dan lain-lain. Selain dari mendidik masyarakat
dan kempen, profesion perubatan patut menekan dengan bersungguh-bersungguh
pihak penggubal undang-undang supaya memperuntukkan undang-undang yang perlu.
Pembenterasan dan pencegahan pengotoran alam sekitar termasuk dibawah kategori
ini.SeorangpengamalperubatanMuslimhendaklahmahir di dalam ajaran Islam dan
mematuhinya. Iahendaklahmengkajidenganmendalam secara langsungsegala data, fakta,
bilangan dan projeksiparameter yang terdapat di dalammasyarakat Islam.
Berdasarkankajianini, keputusandibuattentangapa yang patutditerima dan yang
mana patutditolakdaripadapengalaman dan kesimpulan masyarakatlain. Sikap mencedok
dan meniru polisi asing patut dihentikan.
Masyarakathendaklahmemberikankepercayaankepadadoktorsupayadipercayai
dan juga haknyauntukhidupdenganselesa, mendapatpendapatan yang mencukupi dan
mengekalkankehormatannya. Doktorhendaklahmembuktikanbahawaiawajardiberikanhak-
haktersebutjikatidakiabolehdihukum. “Di dalamsemuamasyarakatterdapatgolongan
yang tidakbersyukur dan jahilsukamenimbulkansensasi dan
berusahamerosakkanimejorangramaiterhadapprofesionperubatan.
Kesanperbuatansepertiiniialahkepadapesakit yang lemah yang
tidakmempunyaipilihan dan
terpaksamenyerahkepadadoktoruntukrawatanperubatanataupembedahan. Jikaimejburukdoktorsudahtersemai
di dalamkepalapesakititusudahtentuiaakanmenyeksafikirannya.
Doktor dan kemajuan
biomedikal moden
Di dalam Islam
tidak ada penahanan maklumat tentang penyelidikan, samaada kajian akademik yang
menunjukkan tanda kewujudan Allah dan ciptaan Nya atau kajian gunaan yang
bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah. Kebebasan penyelidikan sains
tidaklah sampai mengongkong manusia, seperti memberitahu untuk merosakkannya
atau meletakkannya di dalam keadaan yang mungkin boleh membawa kemusnahan
kepadanya, menafikan haknya untuk berubat, menipunya atau mengeksploit
keperluan kebendaannya. Profesion perubatan mempunyai hak dan bertanggungjawab
dengan cara mengambil bahagian sepenuhnya di dalam perumusan dan pengeluaran
fatwa mengenai kesahihan jangkaan hasil kemajuan kajian sains semasa atau
dimasa hadapan. Fatwa tersebut hendaklah dipersetujui bersama oleh pakar-pakar
hukum-hakam dan biosains. Pendapat yang berat sebelah biasanya tidak lengkap
dari segi teknik dan perundangan. Garis panduan mengenai perkara yang baru yang
tidak tersebut di dalam hukum atau rujukan yang ada bolehlah dibuat berdasarkan
pepatah Islam: “Di mana ada kebaikan, di sana terdapat undang- undang Allah”.
Setiap pesakit adalah menjadi tanggungjawab bersama sesebuah masyarakat untuk
memastikan keperluan kesihatannya tanpa memudaratkan orang lain. Ini
termasuklah menderma darah kepada kes-kes pendarahan atau buah pinggang kepada
pesakit buah pinggang yang tidak ada harapan untuk pulih lagi. Amalan ini
adalah “Fardu Kifayah”, tugas yang dilakukan oleh seseorang bagi pihak
masyarakatnya. Adalah menjadi tugas profesion perubatan untuk mendidik
masyarakat, termasuk menggariskan peraturan mengenai prosedur, pengurusan dan
teknik serta menentukan polisi keutamaan peraturan tersebut.
KESIMPULAN
Syukur ke hadrat
Illahi, kerana memberi kekuatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang telah
diberi. Berdasarkan tajuk yang telah dipilih, kami dapat merumuskan beberapa
isu permasalahan dan penyelesaian tentang fiqh perubatan yang sering menjadi
persoalan pada masyarakat kita di Malaysia.
Secara
keseluruhannya, pengetahuan tentang ibadat solat, batas aurat antara perawat
dan pesakit serta pemilihan ubat yang halal, haruslah dititikberatkan dalam
kehidupan seharian seorang muslim.Islam sangat mementingkan kebaikan dan
kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang islam disuruh supaya menjaga tubuh badan
agar sentiasa berada dalam keadaan sihat. Disamping itu, islam menyuruh umatnya
berikhtiar berubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Ia bukan sahaja member
kesan positif kepada spiritual umat islam, bahkan meningkatkan tahap kesihatan
serta menjamin kestabilan hidup bermasyarakat.
Selagi ada manusia,
selagi itulah ada penyakit. Selagi ada penyakit, selagi itulah ada yang
mengubat. Kemudian selagi ada perubatan, selagi itulah fikah perubatan wujud
dan berkembang. Fikah Perubatan menyentuh segenap aspek perubatan dan Islam.
Moga dengan tugasan ini memberi sedikit ilmu yang kami dapat untuk dikongsi
dengan saudara muslim yang lain.
Bibliography
Basir@Ahmad, A.
(n.d.). JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA. Retrieved from Etika Kesarjanaan
Muslim Menurut Akhlak Islam: www.ukm.my/jhadhari
JAKIM, K. M. (2010,
December 17). e-fatwa Malaysia. Retrieved from Perubatan|Portal Rasmi Fatwa
Malaysia: www.e-fatwa.gov.my
Pemindahan Organ
Dari Perspektif Islam. (2011). Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya:
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pertubuhan Amal
Perubatan Ibnu Sina Malaysia. (n.d.). Retrieved from papisma.org
Shukor, A. (2004).
Jenis-jenis Penyakit dan Cara Merawatnya Menurut Nabi Muhammad SAW. Kuala
Lumpur: Jasmin Enterprise.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212,
04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment