Monday, October 12, 2015

Sumbangan Al Khawarizmi Dalam Matematik

Oleh : Nurul Syazwina Binti Roslan

Pendahuluan

Dalam sejarah tamadun manusia, Zaman Keemasan Islam seperti yang telah disebut di Barat yang berlaku dari kurun ke-9 Masihi sehingga ke-13 Masihi merupakan satu lintasan sejarah yang biasanya tidak dibicarakan bersungguh-sungguh secara terperinci oleh ahli-ahli sarjana Barat.

Bagi orang Islam, zaman keemasan yang sebenarnya ialah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w serta empat khalifah yang memerintah setelah kewafatan Rasululullah.Sesungguhnya Zaman Keemasan Islam seperti yang telah disebutkan oleh para sarjana Barat lebih wajar diistilahkan sebagai Zaman Perkembangan Intelek Islam.

Namun demikian, mereka ini telah menutup sama sekali akan kebesaran dan kepentingan sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh para tokoh ilmuan Islam dalam semua bidang terutamanya dalam bidang matematik sepertimana yang akan dibincangkan dengan selanjutnya.

Selama ini, dunia telah dikaburi dengan ilmu-ilmu yang dikatakan telah dihasilkan sepenuhnya oleh para sarjana Barat malah kita lebih menyanjungi mereka berbanding tokoh Islam kita sendiri.Seperti biasa, kebenaran itu tidak mungkin dapat diselindungi.Hal ini demikian kerana, sejak dahulu lagi terdapat beberapa orang sarjana Barat yang sentiasa mengagumi ilmu serta sumbangan yang telah dihasilkan oleh para sarjana Islam dalam bidang matematik ini.Misalnya seperti Al Khawarizmi di mana hasil dan sumbangan beliau sangat dikagumi dan masih digunapakai sehingga sekarang.Semua ilmu yang telah dihasilkan juga telah membuatkan para sarjana Barat tidak dapat menyangkal lagi bahawa beliau merupakan ahli matematik yang termasyhur.

3.0 Latar Belakang Al Khawarizmi

 Nama sebenar Al-Khawarizmi ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi atau Abu Ja’far Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawarizm (Khiva), sebuah kota di selatan Sungai Oxus yang mana kini dikenali sebagai Uzbekistan pada tahun 770 Masihi. Al-Khawarizmi merupakan seorang ulama Islam yang terkenal pada abad yang ke-8 Masihi. Gelaran Al-Khawarizmidiberi kepada beliau sempena nama tempat kelahirannya Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Tarikh kewafatannya adalah diantara tahun 220 dan 230 Masihi dan terdapat sesetengah sumber yang mengatakan bahawa beliau wafat sekitar tahun 850 Masihi.

Masyarakat Barat lebih mengenali Al-Khawarizmi dengan sebutan Algorism atau antara panggilan yang lainnya seperti al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan yang lain. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan.Di negara Perancis, al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism.Manakala di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Beliau merupakan antara tokoh matematik yang paling tersohor dan terbesar dalam sejarah.Merupakan seorang tokoh dari Iran yang mahir dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dan beliau lebih dikenali sebagai Bapa Algebra.Segala teori dan ilmu Al-Khawarizmi telah mempengaruhi pemikiran ahli matematik di abad pertengahan. 

Al-Khawarizmi hidup semasa zaman kekhalifahan Bani Abassiyah iaitu sewaktu pemerintahan Khalifah Al Makmun.Al-Khawarizmi pernah diamanahkan tugas sebagai pustakawan sewaktu bekerja di Bayt Al-Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad.Di situ, beliau telah ditugaskan untuk mengumpul dan menterjemah buku-buku Yunani ke dalam Bahasa Arab.Dan kerana kebijaksanaanya juga beliau dipercayai untuk memimpin perpustakaan khalifah. 

Kejayaan Al-Khawarizmi sangat disegani dan mendapat pelbagai pengiktirafan di mana beliau telah diiktiraf sebagai tokoh yang telah memperkenalkan konsep algoritma dalam matematik dan beliau merupakan penemu daripada beberapa cabang ilmu dan konsep matematik.

Selain bidang matematik, Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai seorang ahli astronomi.Al-Khawarizmi merupakan seorang ahli astronomi di pusat observatorium Baghdad.Di bawah pengawasan Khalifah Al-Makmun, sebuah pasukan astronomi di bawah pimpinannya berhasil menentukan ukuran dan bentuk bundaran Bumi.Hasil pengukuran ini dilakukan di Sanjar dan Palmyra.

Selain itu, dalam bidang ukur pula, Al-Khawarizmi dikenali sebagai peletak rumus ilmu ukur dan penyusun daftar logaritma serta perhitungan desimal.Namun demikian, terdapat beberapa sarjana Barat seperti John Napier (1550-1620 M) dan Simon Steven (1548-1620 M) yang telah mengakui bahawa penemuan tersebut adalah hasil daripada pemikiran mereka.Dan sehingga kini, sebilangan masyarakat di dunia ini masih mempercayai bahawa segala penemuan yang berkait dengan hal permasalahan dalam matematik ini berjaya diselesaikan oleh para sarjana Barat.Sedangkan tokoh Islam yang termasyhur lebih mendahului dalam segala hal terutamanya yang berkaitan dengan ilmu ini.

4.0 Latar Belakang Pendidikan

Beliau memasuki Kitab (sekolah rendah) seawal 6 tahun dan belajar membaca, menulis, menghafaz al-Quran dan mempelajari asas 'Ulum as-Syariah di peringkat madrasah (sekolah menengah), beliau berminat terhadap 'Ulum al-Adbiah (ilmu -ilmu dalam bidang sastera) dan 'Ulum ar-Riyadhiah (ilmu-ilmu dalam bidang matematik, al-Gebra, dan geometri).Minatnya dalam bidang tersebut membawa beliau menjadi seorang yang dikenali.Oleh yang demikian, Khalifah al-Makmun telah meminta beliau menulis buku-buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut untuk dijadikan rujukan umat Islam.

Dalam pengenalan sebuah buku matematik karangannya, beliau menyebut:
"Suatu masa Amirul Mukminin, Khalifah al-Makmun telah menggesa saya supaya menulis buku-buku yang berkaitan dengan ilmu algebra, geometri dan menghalusi masalah yang berkaitan dengan matematik kerana masyarakat sangat memerlukannya bagi menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan dengan pembahagian pusaka, wasiat juga perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan, penentuan keluasan tanah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kehidupan umat yang semakin maju.Saya dahulukannya dengan niat yang ikhlas serta berharap harapan baginda itu dapat saya tunaikan.Dengan berkat doa daripada baginda, orang yang dikurnia Allah s.w.t nikmat serta pangkat yang tinggi dan dengan taufiq dan hidayah daripada Allah, saya bertawakal untuk menulis buku ini."

Dalam bidang pendidikan telah terbukti bahawa al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dan memiliki kebijaksanaan yang tinggi.Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.Al-Khawarizmi juga merupakan seorang guru aljabar di Eropah.Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Al-Khawarizmi adalah tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.Beliau juga telah pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

5.0 Keperibadian Al Khawarizmi

Seseorang tokoh dan juga ilmuwan yang memiliki kebijaksanaan serta kejayaan yang besar pasti mempunyai rahsia dan formulanya yang tersendiri. Misalnya Al-Khawarizmi, kejayaan yang dimiliki pasti terhasil daripada sifat dan keperibadiannya yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan sehingga membolehkan beliau memiliki jawapannya yang tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila keperibadiannya banyak disebut-sebut dalam kalangan orang Islam dan juga masyarakat di dunia terutamanya para sarjana dari Barat.Dan hal ini telah diakui oleh mereka sendiri apabila Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang termasyhur oleh orang Islam dan masyarakat Barat.

Hal ini dapat dibuktikan olehG.Sarton di mana beliau telah mengatakan bahawa “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur….”.Dalam hal ini pernyataan tersebut merujuk kepada.Al-Khawarizmi.

Antara tokoh lainialah Wiedmann. Beliau berkata, “al-Khawarizmi mempunyai keperibadian yang teguh dan merupakan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains”. 

Keagungan Al-Khawarizmi dicirikan lagi oleh Wiedmann dimana beliau berkata :
“ hasil kerjanya, yang penting dan asli, menunjukkan al-Khawarizmi berpesonaliti teguh dan seorang bergeliga sains”. 

Melalui kata-kata berikut, terbuktilah bahawa al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh yang memiliki sifat keperibadian yang sangat tinggi dan sekaligus membuatkan beliau disanjung oleh kebanyakan masyarakat terutamanya masyarakat Islam itu sendiri.Dengan ini juga terbuktilah bahawa para sarjana Barat juga turut mengiktiraf segala hasil dan karya daripada para sarjana Islam walaupun ada sebilangan di antara mereka yang menolak kebenaran tersebut.

6.0 Sumbangan Al Khawarizmi

Ahli-ahli sejarah tidak mendapat kata sepakat tentang asal usul sistem angka kita sekarang. Apabila membaca buku-buku sejarah matematik karangan sarjana-sarjana Barat, ia menampakkan kecenderungan sarjana-sarjana tersebut untuk menonjolkan betapa sistem angka ini seratus peratus diilhamkan dari India atau hasil daripada karya Barat. Sikap ini amatlah dikesali kerana fakta fakta yang berikut adalah tidak benar secara keseluruhannya. 

Tokoh yang bertanggungjawab dalam bidang matematik ini antaranya adalah Al-Khawarizmi (780-850 M).Beliau merupakan antara tokoh yang terunggul yang dianggap sebagai pelopor kepada penemuan sistem angka yang diguna pakai sehingga sekarang. Pendapat yang mengatakan angka yang diguna sehingga sekarang ini adalah berasal daripada angka Hindu, adalah berasaskan pada sastera lama Arab sendiri yang merujuknya sebagai angka Hindi dan kata-kata Al Khawarizmi sendiri yang telah menyatakan bahawa beliau ‘tertarik pada angka Hindu’ selepas lawatannya ke India. Namun demikian, perkataan Hindi dalam bahasa Arab tidak semestinya bermakna ‘yang dari India’, kerana ayat itu mempunyai banyak makna lain yang berbeza. 

Banyak sumbangan yang telah dilakukan sepanjang penglibatan beliau di dalam bidang ini.Antaranya beliau telah memperkenalkan beberapa prinsip asas kaedah ilmu algebra dan geometri matematik, ilmu ukur dan juga ilmu bintang.Antara kaedah ilmu algebra dan geometri yang telah diperkenalkan oleh beliau ialah konsep empat segi dan tiga segi.Hasilnya, prinsip tersebut telah diguna pakai oleh semua pihak sehingga ke hari ini.

Secara amnya, beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik.Hasil kerja beliau dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab dalam membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui. Misalnya, 

 (x2 + 2x – 8 = 0)
Kejayaan ini akhirnya telah menjadikan Al Khawarizmi sebagai pengasas Algebra.Nama Algebra ini juga diperoleh daripada salah satu bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Selain itu, beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu sistem angka yang dipercayai berasal daripada bahasa Arab dan telah diterjemahkan oleh Al Khawarizmi kepada perkataan sunya dari India yang bermaksud kosong atau hampa. 

Pada masa yang sama, beliau juga telah membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam matematik pula beliau telah menetapkan kaedah yang lebih mudah, lebih tepat dan ringkas.Di mana beliau telah menetapkan bahawa konsep angka bermula daripada satu iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 0.

Selain itu, beliau telah memperkenalkan konsep puluhan dengan meletakkan 0 (sifar) atau angka kosong selepas 9 dan konsep gandaan seperti dua kali sepuluh ialah dua puluh (2x10 = 20) dan sebagainya sehingga menjangkau ratusan dan ribuan dan bilangan yang seterusnya. Konsep ini telah dapat menyelesaikan banyak masalah yang terdapat di dalam matematik terutamanya bagi masyarakat Barat pada ketika itu yang menggunakan angka roman seperti i, ii, iii dan seterusnya.

Di antara sumbangan lain yang dilakukan oleh Al Khawarizmi ialah penyelesaian kepada kepada keseluruhan persamaan konsep aljabar yang mana digunakan di peringkat sekolah pada masa sekarang, iaitu :

 ax + b = 0, ax2 + bx + c = 0

Konsep ini juga mempunyai rumusnya yang terkenal pada masa sekarang iaitu :

 x=(-b±√(b^2-4ac))/2a

Melalui kejayaan beliau tersebut, dunia sekarang terutamanya para sarjana Barat telah mula mengakui dan meyedari bahawa Al Khawarizmi merupakan tokoh yang sepatutnya digelar sebagai ‘Bapa Aljabar’ bukannya Diofantus. Hal ini juga telah diakui oleh seorang sarjana Barat iaitu Gandz, di mana beliau mula menginsafi kedudukan sebenarnya dengan mengatakan :
“Aljabar al-Khawarizmi dianggap sebagai landasan dan batu tanda sains.Atas pertimbangan yang wajar, al-Khawarizmi lebih layak digelar ‘Bapa Aljabar’ jika dibandingkan dengan Diofantus, kerana al-Khawarizmilah orang yang pertama mengajar aljabar, sedangkan Diofantus mengutamakan kepada teori nombor”. 

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan bidang trigonometri secara terperinci iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili keratan kon dan mewujudkan kalkulus yang mana membantunya dalam menguasai konsep perbezaan. 

Selain itu, beliau dikatakan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah pemerintahan Khalifah Makmun al Rashid yang mana bertujuan untuk mengukur isipadu dan lilitan bumi.Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak sememangnya mempunyai makna dan signifikansi yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis beberapa buku mengenainya. 

Selain bidang matematik, sumbangan Al Khawarizmi dalam ilmu geografi juga merupakan suatu pencapaian yang sangat cemerlang.Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi beliau telah membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. 
 Hasil kerjanya yang lain meliputi kerja-kerja asal yang berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang. Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa buah bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.

7.0 Hasil Karya Al Khawarizmi

Sepertimana yang kita ketahui, Al Khawarizmi merupakan seorang tokoh yang terkenal dan sangat disegani terutama dalam bidang beliau iaitu, matematik, astronomi dan geometri.Melalui karya serta ilmu pengetahuan beliau, Al Khawarizmi telah berjaya menghasilkan berbilang karya-karya ulung dan terunggul dalam bidang matematik ini.Hasil karya tersebut terkenal di seluruh dunia terutamanya dalam tamadun Islam dan juga masyarakat Barat.

Antara hasil karya yang terkenal yang telah beliau hasilkan ialah :

Al-Jabr wa’l Muqabalah 
Buku ini menyatakan bahawa beliau telah mencipta pemakaian secara dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Di dalam buku ini beliau telah mangajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh Al Khawarizmi.

Sistem nombor
Melalui buku ini beliau telah memperkenalkan konsep sifar dan ia penting dalam sistem nombor pada masa sekarang.

Mufatih al-Ulum
Yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang

Al-Jawi wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri

Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah
Dihasilkan pada tahun 820 Masihi dan ia mengenai algebra
 Al-Amal bi’ Usturlab’
 Al-Tarikh
 Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah

8.0 Cabang Matematik

 Di sini dinyatakan beberapa penemuan dan cabang matematik yang menjadi asas kemajuan dan perkembangan dalam matematik moden selama ini dan yang berupa sumbangan ahli-ahli matemati Muslim pada Zaman Keemasan Islam iaitu Al Khawarizmi. Antara cabang matematik yang telah diperkenalkan oleh Al Khawarizmi adalah seperti :

 Geometri
 Algebra
 Aljabar
 Trignometri
 Sistem nombor

8.1.1 Geometri

 Geometri merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbingkan dalam cabang kedua ini adalah mengenai asal-usul geometrid an rujukan utamanya adalah Kitab al-Ustugusat (The Elements), hasil karya Euklid.
 Geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ yang membawa erti bumi dan ‘metri’ yang bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri merupakan ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitude dan sifat-sifat ruang.Jadi tidah hairanlah jika ilmu ini telah wujud sejak permulaan manusia mendapati perlunya bagi mereka untuk menyukat magnitude seperti masa membuat bangunan dan sebarang rupa bentuk kejuruteraan di peringkat yang paling sederhana sekalipun.

 Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun iaitu pada 2000 S.M. Sejarah telah membuktikan bahawa pada zaman Firaun Mesir dahulu kala, terdapat kemahiran penerapan konsep geometri yang menakjubkan. Kemudian, pada kurun keenam sebelum Masihi, Thales Miletus dikatakan telah memperkenalkan geometri Mesir kepada Yunani sebagai sains dedukasi.Seterusnya para sarjana Islam telah mengemaskinikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke-9 Masihi. 
 Selain itu, Al Khawarizmi juga telah menghasilkan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard iaitu buku tentang rupa muka bumi. Buku ini merupakan rujukan dan versi pembetulan kepada kertas kerja Ptolemy tentang geografi.

8.1.2 Algebra dan Aljabar

 Aljabar merupakan nadi kepada matematik.Masyarakat umum mengenal al-Jabar sebagai ilmu yang membicarakan tentang cara-cara memanipulasikan symbol-simbol dengan hukum-hukum dan petua-petua tertentu yang berupa pengitlakan kepada aritmetik.Kemajuan aritmetik inilah yang telah membawa kepada kewujudan aljabar.
 Istilah aljabar atau yang asalnya al-jabr tidak ada sebelum munculnya buku yang berjudul Hisab al-Jibru waal-Muqabbalah yang dihasilkan oleh Al Khawarizmi pada tahun 820 Masihi.Terdapat beberapa laporan yang telah dinyatakan oleh beberapa sarjana bahawa terjemahan pertama buku ini adalah ke dalam bahasa Latin yang berjudul, Aljabar. 
 Selain itu, karya Al Khawarizmi mengenai aljabar ini telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12 sebelum munculnya karya beliau yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah’. 

8.1.3 Trigonometri

 Istilah trigonometri berasal daripada istilah Inggeris trigonometry yang hanya digunakan sejak akhir kurun ke-16 Masihi sahaja.Ia dipadankan dari perkataan Yunani Trigonometria, yang bererti sukatan tiga sudut. Seluruh perkembangan trigonometri pada zaman dahulu adalah dimotivasikan oleh masalah yang berkaitan dengan arkitek dan astronomi di mana semua ini berhubung kait dengan bentuk-bentuk atas sfera.
 Ia telah ada pada zaman Mesir kuno berhubung dengan pembinaan pyramid, zaman tamadun Babilonia iaitu apabila sarjana atau ahli teknologinya membina jadual gerhana bulan pada abad ke-8 Masihi dan tamadun China kuno pada abad ke-12 Masihi.
 Berkaitan dengan trigonometri ini, para sarjana Islam telah dapat mengembangkan ilmu ini sehingga ke tahap yang tertinggi sepertimana yang kita ketahui sekarang.Para sarjana Islam telah menggunakan aljabar untuk memajukan konsep trigonometri dan hal ini berbeza dengan sarjana-sarjana yang sebelumya di mana mereka hanya menggunakan konsep geometri sahaja.
 Sarjana Islam telah memanggil jibb sebagai istilah kepada separuh rentasan.Tetapi sarjana-sarjana Barat kemudiannya, telah menyalahtafsirkan istilah ini dengan membacanya sebagai jaib yang membawa maksud ‘pembukaan pakaian di leher dan dada’.Lantas mereka menterjemahkannya istilah itu kepada istilah Latin sebagai sinus yang bermaksud ‘lipat’ atau ‘dada’.Sarjana Inggeris kemudiaannya menukarkan istilah ‘sinus’ kedalah bahasa Inggeris dan ia dipanggil sebagai ‘sine’. 

9.0 Mencari Wanita Terbaik Menurut Al Khawarizmi dengan Menggunakan Matematik

 Apa yang sangat menarik tentang Al Khawarizmi ialah beliau menggunakan kebijaksanaanya dengan mengaitkan angka dan juga bagaimana untuk mencari wanita yang terbaik menggunakan angka matematik.
Apabila beliau ditanya tentang wanita terbaik, maka beliau menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jikah dia dari keluarga yang baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang “1” tiada, 
maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok “0”

10.0 Kesimpulan

 Secara kesimpulannya, Al Khawarizmi merupakan salah seorang tokoh serta sarjana Islam yang sangat disanjungi dan segani terutamanya apabila melibatkan kepakaran beliau dalam bidang matematik.Dan beliau merupakan salah seorang tokoh dan sarjana Islam yang sepatutnya dijadikan contoh dan teladan dalam memajukan serta meningkatkan tahap keyakinan diri dalam ilmu pengetahuan.

 Di samping itu, sumbangan-sumbangan serta hasil karya beliau kepada perkembangan ilmu sewajarnya kita jadikan sebagai contoh dan batu loncatan dalam menjadi seorang yang berjaya dan berkeyakinan.Hal ini demikian kerana, melalui kejayaan beliau telah terbuktilah bahawa suatu ketika dahulu umat Islam merupakan pendominasi yang utama dalam bidang ilmu pengetahuan dan bukan hanya dalam bidang matematik sahaja. Malah dalam bidang yang lain juga seperti ilmu perubatan, ilmu astronomi, ilmu sains dan sebagainya. 
 Rahsia kejayaan para tokoh dan sarjana Islam ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ketakawaan dan kesungguhan mereka dalam berlumba-lumba untuk menimba ilmu dan semua ini dilakukan atas dasar keimanan mereka yang sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Namun demikian, malangnya budaya ilmu seperti ini kurang menjadi budaya dan amalan umat Islam pada masa sekarang dan sejujurnya kita agak jauh terkebelakang berbanding dengan masyarakat Barat terutamanya dari segi ilmu pengetahuan.

 Secara keseluruhannya juga, para tokoh Islam adalah merupakan antara tokoh yang patut kita sanjungi dan hormati.Segala hasil karya yang dihasilkan pastinya menepati dan berlandaskan syariah Islam di mana adanya keberkatan dalam menimba ilmu.Sebaliknya, bagi kebanyakan ahli falsafah Barat itu sebenarnya merupakan antara cetusan pemikiran yang kosong.Oleh yang demikian, tidak hairanlah kebanyakan falsafah mereka hanya tampak benar dari kulitnya sahaja dan hal ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan hasil karya serta falsafah dari tokoh Islam kita sendiri.

11.0 Bibliografi

 Mahmood, W. A. (1991). Sejarah Temadun Islam. Kuala Lumpur: Maziza Sdn Bhd.
 Mulkan, D. H. (2001). Al-Quran dan Sains. Kedah Darulaman: Pustaka Darussalam Sdn Bhd.
 Nawas, A. R. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
 Riswanto, A. M. Khazanah Buku Pintar Islam 1. Mizan Pustaka.
 Zain, P. D. (1985). Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com

gin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang menjalankan tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, Ustaz Abd Aziz Harjin kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam membantu menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada ibu saya yang memberi saya sokongan moral untuk menyiapkan kerja khusus ini
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Segalan bantuan yang telah diterima amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sekian, terima kasih.

Oleh : Nurul Syazwina Binti Roslan
Tajuk : Sumbangan Al Khawarizmi Dalam Matematik

No comments:

Post a Comment