Oleh : Nor Nadirah Binti Zainal
PENDAHULUAN
Dalam
English Oxford Dictionary, sains ditakrifkan sebagai, ” suatu cabang ilmu yang
mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau denan fakta-fakta yang
ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hokum-hukum
umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan
kebenaran baru di dalam lapangannya sendiri”.Secara ringkasnya, sains adalah
sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui empirical.Sains dikenali
sebagai satu disiplin yang menilai sesuatu tinjauan dan maklumat secara
objektif, bukan subjektif, seperti dengan intuisi, sangkaan atau emosi.
Dalam
Islam, sains didefinisikan sebagai suatu proses untuk sampai kepada suatu
kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan
sesuatu di alam semester ini.Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang
lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.Gabungan antara ilmu
intelek dan ilmu wahyu.Gabungan antara falsalah dan sains yang pada prinsipnya
ia selaras dengan ajaran dan konsep dasar dalam islam.
Penemuan daripada hasil kajian sains dan
perkembangan teknologi telah banyak membantu manusia melakukan pelbagai
aktiviti serta membolehkan kita berkomunikasi kerana jarak atau destinasi yang
jauh tidak lagi menjadi penghalang untuk kita menjalankan sebarang aktiviti
pekerjaan.Malah melalui penemuan daripada hasil kajian sains dan teknologi, manusia
dapat menemui pelbagai jenis penawar kepada penyakit.
Allah berfirman yang bermaksud;
“Tidakah kamu perhatikan bahawa Allah
memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.” (Surah
Luqman:20)
Pada zaman dahulu, ramai tokoh-tokoh Islam
yang mahir dalam bidang sains dan teknologi.Mereka dihormati oleh masyarakat
dahulu.Contohnya, Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam), Ibnu
Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina(sains perubatan), Al-Biruni
(astronomi), Al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah).Selain mahir
dalam bidang sains dan teknologi, tokoh-tokoh Islam juga dihormati kerana
pegangan yang teguh terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.
Oleh itu, sains dan teknologi amat berkait
rapat dengan Islam.Begitu juga dengan Ibadah-ibadah di dalam Islam yang banyak
menjadi dorongan dalam bidang sains.Salah satu ibadahnya adalah
tawakkal.Tawakkal didefinisikan sebagai berserah diri kepada Allah setelah
berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, atau menunggu sesuatu keputusan.Tawakkal
merupakan ibadah hati yang mudah dipratikkan tetapi seringkali disalah tafsir
ertinya.Ada yang menganggap tawakal bererti menyerahkan segala yang akan
berlaku kepada Allah tanpa sebarang usaha untuk melakukan sesuatu perkara.
KEUTAMAAN TAWAKKAL
Tawakkal merupakan ibadah hati yang paling
utama dan salah satu dari berbagai akhlak iman yang agung.Menurut Imam
Al-Ghazali tawakal merupakan satu Manzilah agama dan kedudukan orang-orang yang
beriman, serta termasuk darjat muqarabbin yang paling tinggi.Menurut Ibnu
Qayyim, tawakkal adalah separuh daripada agama dan separuh lainnya adalah
inabah, kembali kepada Allah seperti yang disyariatkan Allah.
Orang yang bertawakal akan memperoleh
beberapa keutamaan yang besar.
Diantara keutamaan tersebut adalah:
Allah akan mencukupkan urusannya
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “…
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya….” ( At-Thalaaq : 2-3).
Sebab masuk syurga tanpa hisab
Diantara keutamaan sifat tawakal adalah
menjadi sebab bagi seseorang untuk masuk syurga tanpa hisab. Sebagaimana dalam
hadis panjang yang menceritakan keadaan umat dari nabi-nabi terdahulu. Diantara
mereka ada umat Rasulullah yang masuk surga tanpa hisab dan tanpa siksaan.
Rasulullah s.a.w bersabda tentang mereka, “Mereka itu tidak melakukan thiyarah
(beranggapan sial), tidak meminta untuk diruqyah, dan tidak menggunakan kay
(pengubatan dengan besi panas), dan hanya kepada Rabb merekalah, mereka
bertawakal” (HR Bukhari).
Sebab mendapatkan rezeki
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Umar
binKhattab RA berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Sekiranya
kalian benar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki(oleh Allah SWT ), sebagaimana
seekor burung diberi rezeki; di mana ia terbang pada waktu pagi dalam keadaan
lapar, dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang”.(HR.Ahmad Tirmizi dan
Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis di atas dapatlah kita fahami
bahawa tawakal merupakan perkara ketiga selepas kita berusaha dan berdoa kepada
Allah SWT memohon apa yang kita hajati.Ianya saling berkait rapat antara satu
sama lain dalam mencapai sesuatu matlamat.
Sebab terjaga dari gangguan syaitan
Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata, “Rasulullah
s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang berkata, yakni ketika keluar dari rumahnya, maksudnya,
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan upaya kecuali
dengan pertolongan Allah. Maka akan dikatakan kepadanya : ‘Engkau telah
dicukupi dan dilindungi’. Dan syaitan akan menjauh darinya” (HR. At Tirmidzi)
(Diambil dari kitab At Tawakal karya Syaikh
Muhammad Shalih al Munajjid)
BENTUK TAWAKKAL YANG KELIRU
Tawakal tanpa adanya usaha.
Sebahagian orang ada yang berkeyakinan dan
menganggap bahawa tawakal tidak perlu disertakan dengan usaha cukup hanya
berserah urusannya kepada Allah sahaja. Mereka mengatakan, “Allah Maha Pemurah,
pasti akan memberikan rezeki kepada kita, tidak perlu melakukan usaha ini dan
itu”. Ini adalah perkara yang salah. Seseorang harus terlebih dahulu melakukan
sesuatu dengan usaha/ikhtiar, kemudian setelah itu ia serahkan urusannya kepada
Allah.
Tawakal kepada selain Allah.
Ini merupakan satu bentuk kemusyrikan kerana
tawakal merupakan salah satu bentuk ibadah, dan ibadah hendaklah hanya kepada
Allah tidak sebaliknya. Termasuk dalam hal ini adalah seseorang itu tidak
menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Tetapi seseorang itu menyandarkan
diri kepada jimat, bomoh, atau benda-benda yang dianggap khurafat. Maka orang
tersebut tergolong dalam kemusyrikan besar.
Tidak
berdoa
Salah satu bentuk usaha yang dapat dilakukan
seorang hamba adalah berdoa.Doa merupakan ibadah yang utama. Allah Ta’ala
berfirman:maksudnya;“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan
Ku–perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (QS. Ghafir : 60).
Oleh kerana itu seorang hamba setelah ia berusaha, sudah seharusnya ia
melengkapkan usahanya dengan berdoa kepada Allah. Kerana doa juga merupakan
salah satu bentuk usaha kita. Bahkan tidak sedikit Allah memudahkan urusan
hamba-Nya dengan sebab doa yang ia panjatkan.
Doa tersebut hendaknya dilakukan di
waktu-waktu mustajab (waktu dikabulkannya doa) dan disertakan dengan penuh
harapan. Diantara doa yang disyari’atkan adalah sebagaimana dalam firman Allah
(yang artinya), “Musa berkata;Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan
mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya
mereka mengerti perkataanku” (QS. Thoha : 25-28)
PENGARUH TAWAKAL DALAM KEHIDUPAN
Allah telah menjadikan iman sebagai syarat
bagi tawakkal, sebgai firman-Nya; Maksud:”Sesungguhnya yang kamu sembah selain
Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepada kamu, Maka mintalah rezeki itu
disisi Allah dan sembah lah Dia”. (Al-Ankabut:17)
Allah berfirman tentang pengaruh tawakal, ang
bermaksud: “Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluaanya).” (At-talaq:3)
HAKIKAT TAWAKKAL
Pandangan Ibnu Qayyim tentang Hakikat
Tawakal:
1) Mengetahui Rabb dengan segenap
sifat-sifatNya, seperti kekuasaan, perlindungan, kemandirian, kembali sesuatu
kepada ilmu-Nya, dan lain-lainnya.
2)Kemantapan hati dalam masalah tauhid, tawakal
seseorang tidak baik kecuali jika tauhidnya benar.Malahan hakikat tawakal
adalah tauhid di dalam hati.Selagi di dalam hati ada kejahatan maka tawakalnya
cacat dan ternoda.
3)Menyandarkan hati dan bergantung kepada
Allah, sehingga tidak ada lagi keraguan dalam hati kerana bisikan didalamnya.
TAWAKKAL DALAM URUSAN AGAMA
Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, hingga
akhirnya Allah membimbing tanganya dan menolongnya untuk meniti jalan yang
lurus, meneguhkannya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang berkata, ”
Allah adalah Rabb kami”, lalu mereka beristiqamah.
Tawakal yang lebih tinggi dari kedudukan ini,
iaitu kedudukan orang yang bertawakal kepada Allah dengan meninggikan
kalimat-Nya, menolong dakwah, menguatkan syariat, menyampaikan risalah, berjihad
menghadapi musuh islam, menegakkan agama-Nya di bumi, sehingga yang benar
menjadi benar yang batil menjadi batil, keadilan menjadi tegak, kezaliman
disingkirkan dan manusia keluar dari kegelapan menuju alam yang
terang-terangan.
HASIL TAWAKKAL KEPADA ALLAH
Tawakal kepada Allah akan memberi impak yang
positif dan baik kepada sesiapa yang bertawakkal kepada-Nya.Kesan positif itu
adalah:
Ketenangan dan ketenteraman
Dia dapat merasakan ketenangan memenuhi
jiwanya, merasa aman, yakin, mantap, optimis dan reda.Inilah keadaan yang
dirasakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada dalam gua, sementara Abu Bakar
khuatir dengan keselamatan baginda.Oleh itu, baginda bersabda kepadanya”
janganlah bersedih, kerana sesungguhnya Allah berserta kita.”
Itulah juga keadaan yang dirasakan Ibrahim Al
Khalil ketika dilemparkan kedalam api yang menyala-nyala.Beliau tidak
menghiraukan pertanyaan makhluk, manusia mahupun malaikat.Beliau tidak
disibukkan kecuali ucapan, ”Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dialah
sebaik-baik pelindung.”
Kekuatan
Kekuatan yang dirasakan oleh orang yang
bertawakal kepada Allah, iaitu kekuatan spiritual dan jiwa.Dalam sebuah hadis
da’if disebutkan, “Barangsiapa suka menjadi orang yang paling kuat, maka
hendaklah dia bertawakal kepada Allah.”
Keperkasaan
Keperkasaan yang dapat dirasakan orang yang
bertawakal.Perasaan ini mengangkatnya kepada kedudukan yang lebih tinggi dan
memberi kuasa besar, kerana itu merupakan imbasan dari keperkasaan yang
ditawakal(Allah), sebagaimana firman-nya, yang bermaksud:
“Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Penyayang.” (Asy-Syu’ara’:27)
Reda
Diantara hasil tawakal kepada Allah juga
adalah reda, yang denganya dada dan hati menjadi lapang.Sebahagian ulama’
berkata.”Selagi aku reda kepada Allah sebagai pelindung, maka aku akan dapati
jalan untuk setiap kebaikan.’Orang yang bertawakal kepada Allah yakin bahwa
kekuasaan Allah lebih baik dari manusia, dia merasa sentiasa berada dalam
kecukupan dan perlindungan-Nya, cukuplah Allah sebagai pelindung dan
pemelihara.
PENDORONG TAWAKKAL
Setiap
amal dari amal-amal hati mahupun jawarih iaitu amalan zahir dari lima
pancaindera, mempunyai pendorong-pendorong yang memberinya cadangan dan
menyokongnya.Antara pendorong-pendorong tawakal adalah Mengetahui Allah dengan
Asma’ul Husna-Nya.Selain itu, sifat kepercayaan yang tinggi dalam diri terhadap
Allah s.w.t perlu ada.Sebagai manusia kita harus mengetahui kelemahan diri
sendiri supaya dapat diperbaiki dan menjadi lebih baik.
Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita dan
meminta kita sebagai umat baginda mengamalkan doa ini yang bermaksud:
“Dengan nama Allah, aku serahkan semuanya
kepada Allah, sebab tiada daya dan upaya kecuali atas pertolonganNya”.
Justeru umat Islam perlu membuat anjakan
paradigm.Bangunlah berusaha selagi dikurniakan kudrat oleh Allah SWT dengan
memberi komitmen dan kesungguhan dalam apa jua bidang yang kita ceburi.Usahlah
hanya memeluk tubuh kononnya mengamalkan konsep tawakal sedangkan tawakal yang
dilakukan itu jauh menyimpang daripada ajaran agama yang sebenarnya.Oleh itu, kita
perlu mendalami dan memahami sebenar-benarnya konsep tawakal ini agar tidak
tersalah faham dengan maksudnya.
KESIMPULAN
Sains dan teknologi lahir wujud dari zaman
tokoh-tokoh Islam terdahulu seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Batutta, Al-Rush, Al-Razi,
Ibnu Sina, Al-Biruni dan ramai lagi.Diantara mereka ini merupakan tokoh bagi
bidang perubatan, bidang matematik, bidang fiqh dan sebagainya.Mereka boleh
menjadi tokoh yang hebat kerana mereka sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran
dan Hadis.
Selain itu, sebagai umat Islam, kita perlu
yakin bahawa Allah sebagai penguasa alam semesta.Kita juga perlu tahu keutamaan
tawakkal dan mempratikkannya dalam kehidupan.Sikap tawakkal harus diterapkan
dalam kehidupan sehari-harisetiap muslim supaya kita kekal bergantung hanya
kepada Allah dan bukan selain dari-Nya.Kita sebagai manusia banyak
kekurangannya dan kita perlu sedar hal itu.Apa yang perlu dilakukan adalah
kembali kepada Allah.Jika ada masalah, mintalah bantuan kepada Allah s.w.t
bukan meminta bantuan daripada bomoh dan benda-benda yang khurafat yang membawa
diri kepada kemusyrikan.
Baginda S.A.W pernah bersabda dan mafhumnya.
“ Jika engkau hendak meminta, memintalah
kepada Allah.Jika engkau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan, mintalah
kepada Allah”.(Hadis Riwayat Tirmizi).
Mungkin bukan sekarang kita dapat keputusan
yang baik.Tapi mungkin kita akan mendapatnya jika kita redha terhadap apa yang
Allah telah berikan pada kita walaupun pahit.Ingatlah, bahawa Allah itu
benar-benar wujud bagi yang tidak mempercayai Allah, mereka bergantung pada
perkara yang mudah rapuh bagaikan sarang labah-labah.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment