Oleh : Qasdina Binti Fauzi
PENDAHULUAN
Secara amnya, al-Imam Hujjatul Islamal-Ghazali merupakan
seorang tokoh Islam yang amat terkenal dan disegani oleh seluruh umat Islam dan
ahli falsafah barat.
Seorang ahli ketimuran Inggeris bernama Dr. Zwemmer
pernah memasukkan Al Ghazali menjadi salah seorang dari empat orang pilihan
pihak Islamdari mulai zaman Rasulullah Saw sampai kepada zaman kita sekarang, iaitu:Nabi
Besar Muhammad s.a.w sendiri, Imam Al Bukhari, ulama hadis yang terbesar, Imam
Al Asya’ri, ulama tauhid yang termasyhur dan Imam Al Ghazali, pengarang Ihya
yang terkenal.
Imam al-Ghazali telah membuktikan bahawa kehidupan miskin
bukanlah penghalang untuk kita berjaya malah ia merupakan satu semangat yang
membantu untuk kita memperbaiki hidup. Beliau juga memberi kita tunjuk ajar
dalam memahami Islam dan menunjukkan lorong kearah jalan yang diredhai Allah
S.W.T melalui kitab-kitabnya. Diantaranya adalah, kitab Ihya Ulumiddin, Bidayatul
Hidayah, Mukashafah Al-Qulub dan sebagainya.
Imam al-Ghazali merupakan seorang tokoh Islam yang
bijaksana dalam berhujah dan mahir dalam pelbagai bidang terutamanya bidang
fiqh Syafie dan tasawwuf. Ilmu tasawwuf adalah ilmu mengenali Tuhan.
Sebagai konklusi, umat Islam sepatutnya mengenali
tokoh-tokoh Islam melebihi tokoh-tokoh barat dan mengetahui sejarah hidup
mereka agar umat Islam dapat mengembalikan era kegemilangan tamadun Islam
seperti Empayar Turki Uthmaniyah.
KELAHIRAN
Nama sebenar al-Imam al-Ghazali adalah Mohammad bin
Mohammad bin Ahmad Abu Hamid Ghazali Al Thosi. Beliau dilahirkan di kampong
“Ghazalah” dikawasan Thos iaitu sebuah bandar yang ada di utara Iran pada tahun
450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi. Dikenali sebagai “Alqazel” di barat.
Beliau dilahirkan dari keluarga yang sangat miskin tetapi
kuat beragama. Oleh kerana orang tuanya meninggal dunia ketika Imam Ghazali
masih kecil, maka kesusahan dan getir pahit yang beliau alami didalam usaha
mencari ilmu di waktu kecil sangat banyak memberi makna kepada kehidupan beliau
di masa tua. Tetapi, sebelum meninggal dunia, ayah al-Ghazali meninggalkan
kata-kata kepada seorang ahli tasawwuf temannya, supaya mengasuh dan mendidik
Al-Ghazali dan adiknya Ahmad. Setelah meninggal dunia, maka hiduplah al-Ghazali
dibawah asuhan ahli tasawwuf itu.
Dia seorang yang mahir dalam bidang fiqh Syafie, teologi,
tafsir, tasawuf falsafah dan syair Arab. Di samping itu juga, beliau mendalami
berbagai-bagai ilmu pengetahuan sehingga menguasainya dengan sempurna. Di
akhir-akhir hayatnya sering menyendiri untuk mengarang kitab. Karyanya yang
diberi judul Al-Basith merupakan kitab fiqh mazhab Syafie, kitab ini kemudian
diringkaskan menjadi al-Wasith, yang diringkaskan lagi menjadi Al-Wajiz dan
diringkaskan lagi menjadi al-Khulashah, disebutkan dalam syairnya,
Mazhab diikat dengan khabar yang mana Allah telah
menamatkannya dalam Basith, Wasith, Wajiz dan Khulashah.
Imam al-Ghazali telah meninggal dunia pada tahun 505
Hijrah ketika berumur 55 tahun di Tous, Iran (Parsi) selepas bersara sebagai
guru di kota Baghdad dan dikebumikan di perkuburan Thabiran.
PENDIDIKAN
Di Tous,
Sejak kecil lagi beliau mendapat pendidikan daripada
bapanya. Memulakan pelajaran dengan memepelajari ilmu-ilmu asas seperti menulis,
menghafaz, mengira, dan mengarang bahasa arab daripada sahabat bapanya.
Meneruskan pengajian di Madrasah al-Nizamiyah yang didirikan oleh perdana
menteri Nizam al-Mulk di Tous yang menyediakan pendidikan secara percuma. Mula
belajar ilmu fiqh dengan al-Imam Ahmad ar-Radhakani. Mempelajari ilmu nahu dan
ilmu hisab serta telah berjaya menghafaz al-Quran. Berjaya menguasai bahasa
Arab dan Parsi dengan fasih.
Di Jurjan,
Pada tahun 465 Hijrah, beliau pergi ke Jurjan untuk
mempelajari ilmu dengan seorang guru bernama Syeikh Abu Nasr Ismail ibn
Mas’adah al-Ismaili. Setelah tamat belajar, beliau pulang semula ke Tous pada
tahun 470 Hijrah.
Di Naisabur,
Pada tahun 473 Hijrah, beliau pergi menuntut ilmu di
Madrasah al-Nizamiyah di Naisabur. Disana beliau berguru dengan Syeikh, iaitu
Abu al-Ma’ali Diya’uddin al-Juwaini yang terkenal sebagai sebagai Imam
al-Haramain (kerana pernah mengajar di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi).
Melalui Imam Haramain, beliau belajar pelbagai ilmu seperti ilmu fiqh, ilmu
usul, ilmu mantik, ilmu falsafah, ilmu kalam dan ilmu perdebatan. Ketika disini
jugalah Imam al-Ghazali telah mula menulis kitab. Beliau turut mendalami ilmu
usul mengikut aliran al-Asyairah.
Bidang ilmu yang telah dipelajari dan dikuasai dengan
oleh imam al-Ghazali adalah ilmu al-Quran, nahu, bahasa Arab, Fikah, kalam, Falsafah,
Tasawuf dan Mantik.
Perjuangan dan kegigihan al-Imam al-Ghazali menuntut ilmu
pengetahuan bermula dari sejak kecil kerana dididik oleh bapanya supaya
mencintai dan meminati ilmu. Beliau Berjaya menghafaz al-Quran dan menguasai
pelbagai bahasa serta menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ulum al-Quran, ulum
Hadis, dan falsafah. Imam al-Ghazali seorang yang tekun dan bersemangat waja
dalam menuntut ilmu walaupun hidup miskin. Sanggup merantau ke beberapa tempat
semata-mata untuk mencari ilmu dan sentiasa mendampingi gurunya. Akhirnya, beliau
suka berhujah demi menegakkan kebenaran.
KARYA
Kitab yang ditulis oleh al-Imam al-Ghazali dianggarkan
melebihi 200 buah tetapi hanya lebih kurang 50 buah sahaja yang masih kekal
hingga kini.
Kebanyakkan kitab beliau ditulis dalam bahasa Arab dan
ada juga yang ditulis dalam Bahasa Parsi (Iran).
Karya al-Imam al-Ghazali yang paling agung dan masyhur
ialah Ihya Ulumiddin (mengandungi ilmu fikah, akidah, falsafah, tasawuf dan
akhlak).
Dalam bidang Tasawuf, kitabnya adalah Al-Adab al-Din, Al-Adab
al-Sufiah dan Al-Arbaiina Fi Usuluddin. Dalam bidang akidah atau Usuluddin, kitabnya
adalah Al-Munqaz Min al-Dhalalah, Al-Iqtisad Fil Iktikad dan Al-Ujubat
al-Ghazali Fil al-Masail Ukhrawiyah. Bagi fikah dan Usul Fiqh, kitabnya, Asrar
al-Haj, Al-Wajir Fi al-Furu’i dan Al-Mustafa Fi al-Ilmi al-Usul. Dalam falsafah
dan mantik pula, kitabnya adalah Maqashidul-falasifah (Maksudnya ahli-ahli
falsafah) dan Tahafutul-falasifah (Kesesatan ahli-ahli falsafah) yang terkenal
di dunia barat, Al-Wajiz, Misykat al-Anwar dan Ar-Risalah al-Tairi. Bidang yang
terakhir adalah khusus dalam menolak pendapat Syiah. Kitabnya adalah
Al-Mustazhari, Al-Kastas al-Mustaqim dan Hujjatul Haq.
Imam al-Ghazali juga menulis kitab berjudul Bidayatul
Hidayah iaitu permulaan jalan hidayah dimana mengajar supaya beradab dalam
melakukan apa jua perkara. Ia merupakan sebuah panduan harian untuk umat
manusia pada hari ini. Kitab ini mempunyai tiga bahgian utama iaitu adab-adab
melaksanakan ketaatan, cara-cara meninggalkan maksiat danadab-adab pergaulan
dan persahabatan.
Hasil karya al-Imam al-Ghazali telah diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa. Contohnya, Ihya Ulumiddin diterjemahkan ke dalam bahasa
Perancis, Inggeris, Jerman dan Melayu. Kitab Makasid al-Falsafah diterjemahkan
kedalam bahasa Latin dan Inggeris. Kitab Al-Munqaz Min al-Dhalalah pula
diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Inggeris, Asbania dan Melayu. Akhir
sekali kitab Aiyuhal Walad. Kitab tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris, Jerman dan Perancis.
SUMBANGAN
Imam al-Ghazali terkenal sebagai seorang tokoh pemikir
Islam.Beliau dianggap sebagai mujaddid pada zamannya. Memberi sumbangan yang
amat besar dalam pemikiran dan pembangunan mental.Beliau menjawat beberapa
jawatan di Universiti di Baghdad dan Naisabur. Imam al-Ghazali merupakan
pendokong fahaman al-Asyairah atau Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah dan menolak
fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu kalam. Beliau juga merupakan
pelopor kepada golongan sufi.Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu
seperti fiqh, tasawwuf, akidah, usuluddin, falsafah atau mantik dan sebagainya.
Karya beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai Bahasa. Imam al-Ghazali
terkenal dan masyhur sebagai seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah
sehingga diberi pelbagai gelaran seperti Hujjatul Islam. Beliau digelar
Hujjatul Islam kerana beliau bijak berhujah. Kata-kata hikmah dan buah
fikirannya menjadi sandaran, bahan rujukan dan perbahasan para sarjana dan
ilmuan. Imam al-Ghazali menentang kuat pendapat puak Syiah khususnya Syiah
Batiniah yang menganggap pemimpin mereka maksum.
Jawatan yang pernah disandang oleh imam al-Ghazali,
Beliau menjadi penasihat agung kepada Perdana Menteri
Nizam al-Malik. Imam al-Ghazali juga menjadi tenaga pengajar kanan di
Universiti Nizamiyah di Baghdad pada tahun 484 Hijrah Naisabur dan tenaga
pengajar di Universiti Nizamiyah di Naisabur.Beliau merupakan Naib Canselor di
Universiti Nizamiyah Baghdad pada tahun 489 Hijrah.
Sumbangan al-Imam al-Ghazali sebagai tokoh pemikir Islam
teragung,
Kata-kata hikmat dan madah pujangga beliau menjadi bahan
rujukan dan kegunaan para ilmuan Islam dan bukan Islam.Beliau dapat
menyelesaikan banyak masalah berkaitan dengan kekeliruan dalam bidang akidah, hukum
dan kemasyarakatan lantaran munculnya pelbagai aliran dan mazhab pada zamannya
dan menghidupkan semula budaya ilmu yang berasaskan kesepaduan antara tauhid
dan wahyu Ilahi.Imam al-Ghazali menjadi penasihat agung kepada perdana menteri
Nizam al-Mulk serta menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu sehingga
menjadi rujukan selruh dunia hingga kini.
Pengetahuan Manusia dan Pengetahuan Ketuhanan,
Konsep pengetahuan Imam al-Ghazali memainkan peranan
penting dalam aspek peningkatan dalaman kendiri. Beliau sendiri, seorang yang
terpelajar, sentiasa meletakkan ilmu pengetahuan pada tempat yang mulia dan
mengira pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Contohnya, di dalam bukunya, Ihya
‘Ulumiddin, mengandungi 40 buah buku bersama dengan Buku Pengetahuan (Kitab
al-‘Ilm). Ini bukan sahaja menekankan keutamaan ilmu, ia juga merupakan
refleksi tempat pengtahuan dalam Islam sendiri. Al-‘Ilm merupakan attribusi
dari Allah. Ilmu Allah adalah lebih luas daripada ilmu manusia, mengelilingi
kesemua fenomena di dalam dunia dan alam semesta, sama ada dapat dilihat
ataupun tersembunyi kepada manusia. Tiada pengtahuan manusia dapat menandingi
pengetahuan Allah.
Kehidupan Al-Ghazali Sebagai Model,
Usaha Al-Ghazali yang tidak henti dalam mencari kebenaran
adalah dianatara kualiti yang menjadikan beliau salah seorang tokoh yang
dikenali pada zaman ‘Islamic Golden Age’. Dalam kitab al-Munqidh, beliau
mencari kepastian yang benar dari pelajarnya sehingga beliau dikenali. Beliau
mencari kebenaran sehingga beliau sanggup meletak jawatan sebagai seorang yang
berpengaruh di Universiti Nizamiyah. Al-Ghazali menolak kekayaan dan
kemasyhuran demi mencari kebenaran yang hakiki.
Pencarian mencari kebenaran berakhir dengan afirmasi cara
sufi adalah cara terbaik untuk memperolehi ilmu yang sebenar. Seperti yang
diketahui dalam awal kehidupannya, beliau didedahkan dengan pendidikan Sufi
sejak kecil lagi. Keinginan untuk memahami Sufi, mengenai kebenaran yang tidak
dapat dipertikaikan membawa kepada transformasi struktur psikologi Imam
Al-Ghazali sendiri. Dia percaya bahawa untuk memahami Sufi sepenuhnya, ia mesti
digabungkan teori dan praktikal kedua-duanya sekali. Pengalaman ini menunjukkan
struktur perjalanan kearah kebenaran yang hakiki.
Selepas 10 tahun pengasingan, al-Ghazali menyedari bahawa
doktrin yang tidak beragama menyebarkan asas kepercayaan kepada orang-orang
yang digoyahkan oleh mereka yang sepatutnya membimbing orang-orang itu. Akhir
sekali, Imam Al-Ghazali memutuskan untuk kembali mengajar dan menghentikan
pengasingan untuk membawa semula orang-orang tesebut kearah kebenaran yang
sebenar tetapi tidak yakin dengan dirinya dan dia memerlukan sokongan dari
orang yang alim. Tetapi, dengan kuasa Allah, beliau mendapat jemputan dari
Perdana Menteri sendiri untuk kembali ke Naisabur untuk menyelesaikan masalah
agama yang dihadapi pada masa itu disana.
Walaupun beliau sudah kembali mengajar, beliau sekarang
bekerja dengan niat baharu; iaitu untuk menyedarkan manusia tentang ilmu dunia
dan akhirat. Sekarang Imam Al-Ghazali yakin dengan apa yang dilakukannya dan
berdoa kepada Allah supaya Allah membimbingnya dan dia dapat membimbing orang
lain.
Al-Ghazali Hujjatul Islam,
Hasil karya al-Ghazali yang dipilih sebagai asas model
kaunseling pendekatan Islam adalah sebagai tanda penghormatan dan penghargaan
ilmuan Islam. Beliau juga mendapat gelaran ‘Hujjatul Islam’ kerana jasanya yang
besar, bukan sahaja kepada Islam, malah dipersada anatarabangsa kerana
menyediakan sumber rujukan Islam yang menyeluruh. Beliau berusaha mengembalikan
kegemilangan umat Islam dengan menyediakan sumber rujukan yang menyeluruh
berteraskan al-Quran dan hadis. Umat Islam dikatan semakin jauh terpesong dari
landasan Islam selepas menguasai sebahagian besar dunia. Mereka leka dengan
harta sehingga mendapat tamparan hebat dalam Perang Salib. Suasana ini tidak
jauh berbeza dengan keadaan umat Islam masa kini yang banyak meiru budaya Barat
dan mengalami kemelut kehidupan serta kemerosotan kerohanian.
Perubahan sosio-budaya masyarakat adalah fenomena
sejagat. Setiap perubahan menyebabkan berlakunya proses adaptasi dalam kalangan
ahli-ahli masyarakat. Pengaruh nilai-nilai Barat yang mementingkan nilai
keduniaan yang semakin menular dari masyarakat bandar ke kampong menyebabkan masalah
social semakin bertambah seperti keruntuhan akhlak, masalah rumahtangga, dan
gangguan psikologi akibat tekanan hidup. Kemudahan infrastruktur dalam bentuk
jalan-jalan perhubungan yang memudahkan individu bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain menggalakan mereka memiliki kenderaan bermotor. Bekalan
elektrik pula menggalakkan penggunaan media elektronik seperti radio, televisyen,
video dan computer secara meluas.
Semua perubahan ini melibatkan kos, sama ada dalam bentuk
wang ataupun nilai budaya. Kos hidup semakin meningkat. Manakala, sesetengah
nilai budaya seperti mengambil tahu hal jiran serta bergotong-royong tidak lagi
menjadi amalan. Manusia hidup secara individualistik dan materialistik. Tidak
semua ahli masyarakat mampu mengalami proses adaptasi ini secara harmoni, iaitu
menyesuaikan diri mengikut proses perubahan.
“Peranan kaunseling penting bagi membantu
individu-individu yang mengalami masalah supaya dapat menikmati kehidupan dan
berfungsi denga lebih berkesan dalam masyarakat.”
Proses perbandaran dan penghijrahan adalah factor yang
memberi tekanan emosi dan gangguan psikologi kepada ahli masyarakat. Ada dalam
kalangan mereka yang mengalami gangguan seperti tekanan hidup, mula merasa
terasing dan merasakan seolah-olah tidak berguna kepada masyarakat. Ia selaras
dengan fitrah kejadian manusia yang dijadikan lemah seperti yang dinyatakan
Allah dalam surah ar-Rum ayat 54 yang bermaksud, “Allah, Dialah yang menjadikan
kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah lemah itu
menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali)
dan beruban.”
Perkembangan ilmu yang pesat dalam kalangan umat Islam
awal adalah selari dengan ajaran Islam. Allah menyatakan dalam surah
al-Mujadalah ayat 125 yang bermaksud, “…Allah akan meninggikan orang-orang yang
beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat.”
Selepas abad ke-15 Masihi, perkembangan ilmu Islam
tergendala kerana kuasa-kuasa Barat menjajah negara-negara umat Islam. Selepas
mencapai kemerdekaan daripada penjajah, sudah tiba masanya umat Islam juga
membebaskan pemikiran dan ilmunya dari dominasi Barat. Di dalam Ihya ‘Ulumiddin
disebut, “Ilmu pengetahuan itu adalah barang yang hilang dari tangan seorang
Mukmin yang harus dipungut di mana saja diperolehinya dan harus diucapkan
terima kasih kepada siapa saja yang membawanya.” Pelajari segala bidang
ilmudari mana dan dari siapa jua, tetapi perlu kembali kepada petunjuk Allah
dan rasul-rasulNya.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI
Imam Ghazali juga pernah mewasiatkan pencari ilmu
sepatutnya menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari
sifat-sifat tercela seperti pemarah, kuat nafsu, dengki, sombong dan
membanggakan diri. Semua sifat tersebut merupakan kegelapan yang dapat menutupi
cahaya ilmu, ilmu tidak ditandai dengan banyaknya pengetahuan dan hafazan yang
dimiliki, namun ilmu merupakan cahaya kecerdikan yang dapat digunakan untuk
membezakan antara yang benar dan yang batil, yang membahayakan dan yang
bermanfaat, yang baik dan yang buruk, serta yang dapat untuk membezakan antara
petunjuk dan kesesatan.
Pencari ilmu sepatutnya mengurangkan kesibukan dan segala
sesuatu yang dapat mengalihkan perhatiannya dari memperoleh ilmu. Perkara itu
kerana Allah tidak menjadikan seseorang memiliki dua hati di dalam tubuhnya.
Orang yang mencari ilmu sepatutnya tidak memandang remeh
akan ilmu dan tidak membantah gurunya, namun patuh terhadap nasihatnya
sebagaimana kepatuhan orang yang sakit kepada seorang doktor yang mengubatinya.
Seorang murid sepatutnya bersikap sopan kepada gurunya dan berusaha mencari
kemuliaan dengan berkhidmat kepadanya. Ilmu tidak akan diperoleh kecuali dengan
sikap sopan dan menumpukan. Allah SWT berfirman,
“Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat
peringatan bagi orang-orang uang mempunyai hati atau yang menggunakan
pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.”
Orang yang mencari ilmu sepatutnya tidak mengabaikan
ilmu-ilmu yang terpuji atau salah satu dari jenisnya, namun malah mempelajari
dengan saksama tentang maksud dan tujuan dari ilmu tersebut.
Orang yang mencari ilmu sepatutnya tidak menyelami salah
satu jenis ilmu dengan sekali hentakan, namun dengan bertahap dan memulai dari
yang paling penting.
Ilmu yang paling mulia adalah ilmu tentang Allah, malaikat,
kitab dan juga Rasul-Nya; dan ilmu tentang jalan yang dapat menghantarkan
kepada ilmu-ilmu tersebut.
Sepatutnya, tujuan jangka pendek dari mencari ilmu adalah
untuk menghiasi batin dengan keutamaan dan kemuliaan, sedangkan tujuan panjangnya
adalah mendekatkan diri kepada AllahS.W.T dan bukan untuk tujuan mencari
jawatan kepimpinan, harta, pangkat dan mendebat orang-orang yang jahil serta
pamer (riak).
KESIMPULAN
Pada peringkat awalnya, al-Imam al-Ghazali mendapat
pendidikan disekolah secara percuma kerana keluarganya miskin dan disitulah
juga beliau mempelajari ilmu-ilmu asas seperti membaca, menulis, dan mengira
sehingga fasih berbahasa Arab dan Parsi.
Kitab Ihya Ulmuddin adalah kitabnya yang termasyhur di
timur dan barat. Kitab ini tinggi nilanya kerana merangkumi bidang akidah, fiqh,
falsafah, akhlak dan tasawwuf.
Teori kebahagiaan yang dikemukakannya ialah kebahagiaan
adalah kemuncak jalan tasawwuf dan hasil daripada makrifatullah Allah S.W.T
dengan sebenar-benarnya.
Seorang ahli ketimuran Inggeris bernama Ds. Zwemmer
pernah memasukkan Al-Ghazali menjadi empat orang pilihan pihak Islam dari mulai
zaman Rasulullah s.a.w. sampai kepada zaman kita sekarang, iaitu yang pertama, Nabi
Besar Muhammad s.a.w sendiri. Keduanya ialah Imam Al-Bukhari, ulama hadis yang
terbesar. Ketiga, Imam Al-Asyari, ulama tauhid yang termasyhur. Dan yang
keempatnya, Imam al-Ghazali, pengarang Ihya’ terkenal.
Model kaunseling dapat memudahkan kaunselor mendapat
sumber rujukan bagi membantu klien mengatasi maslaah. Apabila pengetahuan agama
yang ada pada kaunselor tidak memadai bagi membimbing klien, ia boleh dirujuk
pada kitab Ihya ‘Ulumiddin. Secara tidak langsung, kaunselor mempertingkatkan
ilmu agamanya di samping pahala amal jariah kerana membantu orang yang dilanda
kemelut dalam kehidupan.
Ini menunjukkan bahawa Imam Al-Ghazali merupakan tokoh di
zaman pertengahan dan tokoh awal Islam pakar dalam bidang hati dan rohani.
Sebagai konklusi, manusia mempunyai dua sifat iaitu badan dan roh. Manusia
sepatutnya melakukan ibadah kepada Allah kerana ini adalah fitrah yang
diciptakan oleh Allah untuk manusia. Manusia juga mempunyai dua jiwa iaitu jiwa
yang baik dan jiwa yang jahat.
Akhir sekali, aspek yang penting berkaitan kepada jiwa
dan personality adalah ilmu pengetahuan, etika, dan disiplin jiwa yang diambil
kira. Pengajian ini menunjukkan hubungan diantara dua aspek penting dalam
pemikiran Al-Ghazali, yang dinamakan teori jiwa dan konsep personality dan
dibuktikan kepentingannya dalam pengajian Imam Al-Ghazali.
RUJUKAN
Bidayatul hidayah,
al-imam al-ghazali r.a, khazanah banjariah, cetakan ketiga, 1999
Tokoh-Tokoh Besar
Islam Sepanjang Zaman, Syeikh Muhammad Sa'id Mursi, cetakan kedua, 2011,
Al-Hidayah Publications
Ihya Ulumiddin
(Jiwa Agama)(Jilid 1), Imam Ghazali, Victory Ajensi, cetakan ke-lima, 1977
Pendidikan dan
Psikologi Rasulullah S.A.W., Harun Arrasyid Haji Tuskan, Abu Azka Al-Madani,
Cetakan 2013, Penerbit Crescent News (K.L) Sdn. Bhd., Selangor.
Al-Ghazali and His
Theory Of The Soul A Comparative Study, Noor Shakirah Mat Akhir, Penerbit
Universiti Sains Malaysia, 2008.
Teori Kaunseling
Al-Ghazali, Yatimah Sarmani, Mohd. Tajudin Ninggal, PTS Islamika, PS
Publications & Distributors Sdn. Bhd., cetakan keuda, 2008.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment