Monday, October 12, 2015

Kepakaran Al-Kindi Dalam Astronomi, Matematik, Perubatan Dan Musik

Oleh : Nurul Nabilah Binti Che Mat Don

PENDAHULUAN
Tujuan saya membuat kerja kursus ini adalah untuk mendalami serta menceritakan tentang perihal al- kindi. Pendidikan awal al-kindi adalah di basrah dan kemudian beliau telah berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pengajian beliau. Beliau telah dilantik menjadi pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim.

Di Eropah, beliau dikenali sebagai al-kindi. Beliau merupakan seorang Gabenor Kufah. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam bidang farmasi. Salah satu sumbangan yang terpenting dalam bidang ini ialah karya beliau yang telah diterjemahkan dalam bahasa Latin berjudul De medicinarum Compositarum Grabidus dus investigandis libellus. Al-kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat.

“Ingkarilah hawa nafsu anda dan patuhilah siapa saja, yang jelas anda tidak bakal mampu membebaskan diri dari paksaannya sepanjang anda belum mencegah diri dari berbagai hal yang menjadi kesenangan anda “ (m/s 139, pancaran pemikiran) petikan dari kata-kata Al-kindi yang menjadikan panduan dalam kehidupannya. Al-kindi merupakan muslim pertama yang menekankan falsafah dan berminat mengenai muzik. Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan Al-kindi juga dikatakan sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa kuno.

Al-kindi sangat menyukai muzik dan olahraga. Beliau telah menghasikan karya Al-Mutanabbi dan dari karyanya tercatit akhlaknya. Dalam perjalanan hidupnya, beliau selalu berusaha mencapai kesempurnaan jiwanya serta mencipta sesuatu gambaran “madinah al-fazhilah” yang sangat didambakan kewujudannya di mana manusia dapat hidup sejahtera dengan pelbagai sifat utama.

KELAHIRAN DAN BIOGRAFI AL-KINDI
Tokoh Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-kindi atau dikenali sebagai Al-Kindi. Beliau dilahirkan di kufah, Iraq. Beliau telah dilahirkan pada abad ke 9 bersamaan 194 M.Ketika beliau berumur 72 tahun, beliau telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq. Bapanya adalah gabenor kufah, sebagaimana datuknya sebelumnya.pendidikan awal beliau adalah di Basrah dan kemudian beliau berhijrah ke bagdad untuk meneruskan pengajian beliau. Al-kindi merupakan keturunan suku kaum kinda yang telah berpindah dari Yemen.

Puak ini telah menyatukan sebilangan suku-suku dan mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad-abad kelima dan keenam, tetapi kehilangan kuasa pada abad keenam. Al-kindi telah dilantik menjadi pegawai perubatan dan guru diraja semasa pemerintahan Al-Ma’mun dan Al-Mu’tasim.

Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebatnya tidak lama kemudian merebak., Khalifah al-Ma’mun melantiknya di rumah kebijaksanaan di Bagdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al-Mutawakkil.

Al-kindi juga tekun mendalami pelbagai ilmu yang diterjemahkannya dari bahasa yunani. Beliau juga diakui sebagai seorang pelopor peradaban dan ilmu pengetahuan. Buku-buku yang ditulisnya tidak kurang dari 256 judul yang merangkumi falsafah, muzik, astronomi dan ilmu kimia.

Melalui buku-buku yang di dokumenkan itulah mengajar umat islam pada zamannya mengenai nada dan bahagian-bahagian muzik sebelum orang Eropah mengetahui mengenai ilmu muzik. Beliau berpendapat bahawa falsafah itu suatu karya yang indah dan Al-kindi juga dikatakan sebagai seorang sarjana yang memahami pelbagai bahasa kuno.

Beliau sangat menyukai muzik dan olahraga. Beliau telah menghasilkan karya Al-Mutanabbi dan karyanya tercatit akhlaknya. Kebanyakkan hasil karya Al-kindi telah hilang dan dipercayai dimusnahkan bersama kota Bagdad akibat serangan Mongol Atiyeh (1996M) telah menyenaraikan karya-karya Al-kindi dalam bidang perubatan. Salah satu dari buku beliau yang diterjemahkan ke bahasa latin berjudul The book of Optics telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah.

ANTARA SUMBANGAN AL-KINDI :

Al- kindi merupakan seorang sejarawan islam yang terulung yang menghasilkan falsafah melalui pemikiran di zaman yunani. Hasil karyanya mempengaruhi pemikiran pembangunan di Eropah pada abad ke-13. Beliau merupakan karyawan Arab pertama yang telah menterjemah perkataan yunani kepada bahasa arab dan telah mengabungkan beberapa pandangan Plato dan Aristotle kepada sistem yang baru.
Seorang sejarawan dari Itali Gerolamo Cardano (1501 – 1575) telah memartabatkan Al-kindi sebagai seorang pemikir yang terulung pada usia yang muda kerana beliau telah menulis lebih dari 260 buah buku merangkumi pelbagai bidang. Walaupun kebanyakan karya-karya beliau telah hilang, tetapi beberapa buah bukunya telah diselamatkan oleh Gerard of Cremona.

Selebihnya ada yang telah diterjemahkan dalam bahasa latin, Cuma beberapa karyanya telah dijumpai dalam tulisan arab. Malangnya sebanyak 24 karyanya telah hilang di perpustakaan Turki. Teori Aristotle, ringkasan Plato dan beberapa lagi karya asing telah diubah oleh Al-kindi.

SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG ASTRONOMI
Dalam al – quran surah Ali- ‘imran menggesa umat islam agar memerhati dan menghayati kejadian langit dan bumi, memerhati perjalanan serta kejadian siang dan malam, di mana ia juga merupakan dorongan yang kuat kepada kajian tentang astronomi.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, astronomi ialah ilmu tentang bintang – bintang, planet, bulan dan matahari. Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Empat, astronomi ialah ilmu falak ( pengetahuan tentang bintang- bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta pentaksiran yang berkaitan dengan bintang ).

Dalam bidang astronomi, Al-kindi telah merujuk kepada pandangan ptelomy mengenai sistem solar merangkumi pelbagai planet iaitu Marikh, Zuhal, Mustary, Matahari, Bulan dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa segala pergerakan planet-planet merupakan kuasa Allah. Beliau mempercayainya kerana beliau boleh membuktikan bahawa perbezaan cuaca kerana susunan planet-planet dan matahari yang telah ditetapkan pada paksi atau orbit planet-planet tersebut.

Al-kindi mengatakan bahawa proses tersebut adalah disebabkan struktur bentuk planet memberi kesan terhadap kejadian dunia, salah satu karyanya yang telah diterjemahkan melalui karya Aristotle iaitu beliau mengakui pergerakan planet adalah disebabkan geselan dari beberapa kawasan yang menghasilkan beberapa elemen bumi iaitu api, air dan tanah. Elemen tersebut telah digabungkan untuk menghasilkan pelbagai bahan di dunia.

Keperihatinan terhadap cara menentukan arah kiblat merupakan faktor penting yang mengalakkan orang islam mempelajari ilmu falak. Para astronomi islam telah membina balai – balai cerap di lokasi – lokasi terpilih untuk teropong bintang. Antara balai cerap yang terkenal ialah yang dibina di Maraghah.

SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG MATEMATIK

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, matematik ialah ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk susunan, hubungan dengan menggunakan simbol – simbol. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi keempat, matematik ialah ilmu hisab.

Ilmu matematik mempunyai pelbagai cabang seperti geometri iaitu cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat – sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah. Algebra iaitu cabang matematik yang menggunakan huruf – huruf dan tanda – tanda ( simbol – simbol ) sebagai mewakili angka atau kuantiti dan trigonometri iaitu cabang matematik tentang fungsi rajah segitiga, nisbah antara garis dan sudut – sudut yang terbentuk.

Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab mode. Al-kindi juga telah mempopularkan angka Hindu- Arabic di kalangan orang Arab.

Al-kindi telah menghasilkan pengiraan untuk menyelesaikan masalah matematik termasuk arithmetik, geometri, garisan dan darab dengan angka, mengukur masa, jarak dan sebagainya.
Beliau telah menulis empat jilid kitab fi isti’mal al-‘adad al- hindi yang diserap melalui sistem pengiraan di India di tengah timur dan barat. Manakala dalam bidang geometri, beliau menghasilkan teori garisan selari dan menyatakan geometri boleh menghasilkan dua garis iaitu garisan yang tiada akhirnya dan mengikut garisan yang logik.

Al-kindi sangat menghargai matematik.Hal ini disebabkan kerana matematik bagi al-kindi adalah mukadimah bagi sesiapa sahaja yang ingin mempelajari fisafat. Mukadimah itu penting sehingga tidak mungkin bagi sesorang untuk mencapai keahlian dalam filsafat tanpa terlebih dahulu menguasai matematik.

Matematik disini meliputi tentang bilangan harmoni dan geometri. Tetapi paling utama dari seluruh cakupan matematik disini adalah ilmu bilangan atau aritmatik kerana jika bilangan tidak ada, maka tidak akan ada sesuatu apapun.

Di dalam bidang matematik, al –kindi telah menghasilkan beberapa buah buku mengenai sistem penomboran, yang kemudian menjadi dasar aritmatik modern. Bidang matematik berkait rapat dengan bidang astronomi.

Terdapat ramai sarjana islam Andalus yang menumpukan perhatian kepada bidang ini. Para sarjana islam telah Berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang matematik dengan mensintesiskan metodologi matematik India dan Yunani.

SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG PERUBATAN

Sebagai seorang doktor, Al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Lebih dari 30 buah buku yang dikarang oleh Al-Kindi dalam bidang perubatan yang diperoleh dari idea Galen dan kebanyakannya ditulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan beberapa orang Islam pada masa itu.

Karya yang paling penting beliau dalam bidang ini ialah mengenai aplikasi matematik dan kuantiti ubat-ubat dalam bidang farmasi.Sebagai contoh, beliau menghasilkan skala matematik untuk menyukat kuantiti dan kekuatan ubat atau dadah dalam system badan. Ia memudahkan doctor mengenal pasti penyakit dan menentukan ketahanan badan manusia.

Dalam karyanya yang berjudul Aqrabadhin (formula perubatan), Al-Kindi banyak menghasilkan banyak kandungan atau dos ubat-ubatan termasuk dadah yang diformulasikan dari haiwan dan sumber mineral.

Al –kindi juga banyak mengkaji tentang penyakit mata. Bukunya tentang ilmu optik telah ditulis ke bahasa latin dengan nama Optics, dan salah seorang pengikutnya ialah Roger Bacon.
Kitab Kimia al Itr iaitu buku mengenai pengasilan minyak wangi melalui bahan-bahan kimia juga merupakan karya beliau yang menceritakan mengenai kandungan dan keperluan dadah (alcohol) dalam perubatan dan penghasilan bahan-bahan kimia.

SUMBANGAN AL-KINDI DALAM BIDANG MUZIK
Al-kindi juga menonjol dalam kecedasan muzikal. Beliau telah berhasil menyumbangkan karya-karya di bidang muzik. Ramai tidak mengetahui bahawa alat –alat muzik sekarang ini asal – usulnya berasal dari abad ke 9 M dari kalangan umat islam.

Banyak dari instrument muzik yang digunakan dalam muzik tradisional, rock dan orkestra saat ini nama dan asal – usulnya dari Arab- Muslim. Instrumen seperti lute(mencapai) berasal dari al’ud, rebec (rebab) dari rababah, gitar dari qitara dan naker dari naqqara ( kulit drum yang awalnya dari kulit kambing ).

Mereka, khususnya al-kindi, telah menggunakan not muzik sebagai sistem penulisan muzik. Mereka juga menamakan not muzik dengan suku kata yang disebut solmisasi. Sukatan ini menjadi skala dasar bagi muzik saat ini dan kita sangat akrab dengan do, re, mi, fa, so, la, si, do, yang berasal dari alphabet Arab dal, ra, mim, fa, shad, lam, sin.

Al-kindi juga telah mengembangkan alat muzik yang disebut ‘ud (mencapai). Ia juga adalah orang yang pertama kali menyatakan manfaat terapi dari muzik untuk menyihatkan keadaan fizikal, emosi dan mental.

Dengan yang demikian al-kindi adalah seorang ilmuan ensiklopedia yang memiliki banyak kecerdasan, dimulai dari segi kecerdasan linguistik muzikal hingga natural. Perpaduan kecerdasan ini berkembang sesuai dengan kuatnya minat al-kindi terhadap cabang-cabang ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu.

Al – Kindi telah meletakkan pelbagai nota yang menghasilkan keharmonian nada suara yang unik dan dajah keharmonian pla bergantung kepada frekuensi nota tersebut. Lebih dari itu, beliau telah mencipta satu kaedah dalam mengenal pasti nada suara. Al- kindi menetapkan bahawa apabila bunyi dihasilkan maka gelombang di udara akan terhasil yang telah memukul gegendang telinga.

Hal ini juga ditunjang oleh kedudukannya sebagai seorang penterjemah professional yang mengharuskan dirinya untuk menguasai bahasa dan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam semua karya yang diterjemahkannya. Tanpa penguasaan yang memadai terhadap cabang-cabang ilmu tersebut, mustahil ia menghasilkan karya terjemahan yang bermutu.

Namun al-kindi tidak hanya berhenti sebagai seorang penerjemahan sahaja. Ia juga mengembangkan kreativitinya dengan menghasikan karya – karya bermutu dari sejumlah cabang – cabang ilmu yang pelbagai.

PENCAPAIAN LAIN
Al-kindi juga merupakan seorang ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang al-kimia. Baliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentums.

Al-kindi menyangkal al kimia yang telah dihasilkan oleh sejarawan yang lain. Beliau telah menghasilkan alcohol sebagai sebatian asli yang menghasilkan tapisan asli alcohol dari tapisan air anggur(wain). Beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis minyak wangi dan beliau dikatakan sebagai ‘bapa’ dalam industri minyak wangi.beliau juga telah mengembangkan hasil kerjanya dari minyak wangi kepada bahan-bahan kosmetik dan kecantikan.

Al-kindi menulis sekurang – kurangnya 250 buah buku, kebanykan sumbangannya bagi geometri ( tiga puluh dua buah buku), falsafah dan perubatan ( dua puluh dua buah buku setiap satu ), logik ( Sembilan buah buku ), dan fizik ( dua belas buah buku ).

Pengaruhnya dalam bidang fizik, matematik ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi juga aktif dalam bidang terjemahan

Antara sumbangan besar Al- kindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor. Al- kindi juga menghasilkan beberapa buah buku- buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti astronomi ( enam belas buah buku ), Aritmetik ( sebelas buah buku ), psikologi ( 5 buah buku ) dan muzik ( tujuh buah buku ). Selain itu, AbuYusuf Yaqub Ibn Ishaq Al – kindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu – batan, batu – batu berharga dan sebagainya.

ANTARA KARYA – KARYA AL- KINDI
Sebagai seorang filsafat yang sangat produktif, berdasarkan sumber yang diperoleh dari Tony Aboud, selama hidupnya al – kindi telah mengumpul banyak karya- karyanya dalam bentuk buku mahupun artikel dalam pelbagai bidang ilmu. Dalam bidang filsafat di antaranya adalah :

Yang pertama ialah Kitab al- kindi ila al – Mu’tashim Billah fi al- Falsafah al-Ula ( tentang filsafat pertama ). Kedua, Kitab al – Falsafah al- Dakhilat wa al – Masa’il al- Manthiqiyyah wa al – Muqtashah wa ma Fawqa al – Thabi’iyyah ( tentang filsafat yang diperkenalkan dan masalah – masalah logika dan muskil serta metafizikal).

seterusnya, Kitab fi Annahu la Tanalu al-Falsafah illa bi ‘Ilmi al-Riyadliyyah (tentang filsafat tidak dapat dicapai kecuali dengan ilmu pengetahuan dan matematika).selain itu Kitab fi Qashd Aristhathalis fi al-Maqulat (tentang maksud Aristoteles dalam kategori-kategorinya)

Kelima, Kitab fi Ma’iyyah al-‘Ilm wa Aqsamihi (tentang ilmu pengetahuan dan klasifikasinya).keenam Risalah fi Hudud al-Asyya’ wa Rusumiha (tentang definisi benda-benda dan huraiannya)

Ketujuh, Risalah fi Annahu Jawahir la Ajsam (tentang substansi-substansi tanpa badan).kelapan Kitab fi Ibarah al-Jawami’ al-Fikriyah (tentang ungkapan-ungkapan mengenai idea-idea komprehensif)

Kesembilan, Risalah al-Hikmiyah fi Asrar al_ruhaniyah ( sebuah tulisan filosofis tentang rahsia spiritual). dan yang kesepuluh Risalah fi al-Ibanah ‘an al-‘Illat al-Fa’ilat al-Qaribah li al-Kawn wa al-Fasad (tentang penjelasan mengenai sebab dekat yang aktif terhadap alam kerosakan).

KESIMPULAN
Al-kindi merupakan seorang sejarawan, yang telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang. Beliau telah memartabatkan syiar islam dan manaikkan taraf islam dalam pelbagai bidang walaupun banyak bidang telah dikuasai oleh sejarawan barat yang banyak menyalin karya-karya orang islam pada dasarnya.

Namun begitu, salah satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan telah jatuh di tangan orang lain. Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.

Oleh itu, sebagai generasi sekarang seharusnya kita memanfaatkan hasil karya yang ditulis oleh al-kindi sebagai rujukan untuk memajukan umat islam dalam pelbagai bidang. Seharusnya kita sedar bahawa sejarawan islam banyak memberi sumbangan bagi memajukan agama itu sendiri dan semua karya orang islam telah diperolehi dari yang maha pencipta yang diwahyukan kepada umat islam itu sendiri.

Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


1 comment:

  1. thank you for the help. it hard to find this on the website especially when we want to search about a certain person

    ReplyDelete