Oleh:Nama : Mohamad Hafizi Bin Alias
PENDAHULUAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana limpahan
rahmatNya memberi saya kekuatan untuk menyempurnakan tugasan saya dengan lancer
an membantu saya untuk memartabatkan serta memperkenalkan salah seorang tokoh
Islam yang disegani satu ketika dahulu malah masih dikenali sehingga sekarang.
Tujuan esei atau kerja kursus ini dibuat
bukanlah semata-mata untuk mendapatkan markah tetapi bertujuan untuk mengajak
rakan-rakan mengenali tokoh muslim yang telah banyak menyumbang dalam bidang
keilmuan supaya dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan umumnya, dan
pembelajaran khasnya.
Tajuk kursus yang telah diberikan adalah
berkaitan dengan “ Abu Abdullah Al-Idris Seorang Pakar Geografi dan
Kedoktoran”.
Skop esei saya merangkumi biodata, pendidikan,
sumbangan serta karya-karya yang telah beliau karang sepanjang kehidupan beliau
sebagai seorang tokoh ilmuan yang disegani.
Saya berharap dengan adanya penulisan ini, dapat
kita rasai betapa pentingnya ilmu dalam kehupan seorang muslim selain
menyebarkan kepada dunia kehebatan zaman peradaban Islam. Dengan ini, mudah-mudahan
kita sentiasa mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta berada
dalam keberkatannya.
Wasssalam…
Biodata
Al-Idris atau Dreses dalam bahasa Latin
merupakan seorang pengembara yang tinggal di Sicilia, tepatnya di Istana Raja
Roger II. Beliau bukan sembarangan pengembara kerana beliau merupakan seorang
ilmuan yang mahir dalam bidang geografi, kartografi, mesirologi, zoology dan
botani. Beliau lebih dikenali oleh masyarakat Barat sebagai ahli geografi yang
telah membuat glob dunia daripada bahan perak seberat 400 kg untuk Raja Roger
II dari Sicilia (sekarang disebut sebagai Sicily, sebuah pulau yang terletak di
selatan Itali).
Beberapa mahasiswa menyanjungnya sebagai ahli
geografi dan kartografi terhebat pada abad pertengahan. Beliau dilahirkan di
Ceuta (Sabtah), Afrika Utara pada tahun 493 H/1100 M. Namun kawasan Ceuta
termasuk dalam wilayah Sepanyol. Beliau merupakan keturunan para penguasa
Idrisiyyah di Maghribi. Mereka juga dikatakan keturunan Saidina Hassan bin Ali
anak kepada Saidina Ali RA dan cucu kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau juga
dikenali dengan nama pendek beliau iaitu Al-Syarif Al-Idris Al-Qurtubi.
Sumbangan Andalus yang terbanyak sekali dalam
bidang geografi ialah daripada segi pengembaraan dan kartografi. Para
pengembara Andalus telah mengembara jauh ke merata tempat di dalam dan juga di
luar negeri untuk mencari maklumat mengenai geografi. Ini tidak terkecuali
dengan Al-Idris. Karyanya banyak menyajikan data komprehensif dari setiap
wilayah di dunia. Al-Idris wafat pada tahun 560 H/1165 M ketika beliau berusia
65 tahun.
Pendidikan
Al-Idris menghabiskan zaman persekolahan
beliau di Cordova, Andalusia yang mana merupakan salah sebuah tempat yang
dipenuhi dengan ilmuan-ilmuan yang terkenal pada masa itu. Kota ini merupakan
tempat menimba ilmu yang amat terkenal sehingga disebut sebagai “The Greatest
Centre of Learning” di Eropah pada masa itu. Di kota ini terdapat 27 buah
sekolah swasta dan juga 70 gedung perpustakaan.
Pembelajaran beliau tidak berhenti setakat
itu sahaja, Al-Idris juga belajar menerusi buku-buku karya ilmuan geografi yang
terkemuka seperti Ptolemy, Ibnu Hauqal, Al-Mas’udi, Al-Udzri, dan tokoh-tokoh
lain. Selain itu, Beliau juga sering menghabiskan waktunya untuk menelaah dan
mengkaji karya-karya ilmuan geografi terdahulu. Seperti ahli geografi muslim
pada umumnya, beliau mengembara ke banyak tempat, termasuk Eropah, untuk
mengumpulkan data geografi.
Ahli geografi pada masanya telah dapat
membuat pengukuran-pengukuran tepat dari permukaan bumi dan beberapa peta-peta
belahan dunia yang kini digunakan. Al-Idris menggabungkan kesemua pengetahuan
yang sedia ada pada penemuanpenemuannya. Hal ini menyebabkan beliau mula
dikenali dan mula mendapat perhatian dari ramai pihak yang memerlukan khidmat
beliau.
Sumbangan
Dalam bidang Geografi
Disebabkan kemampuan Al-Idris dalam bidang
geografi mula tersebar, pelbagai pihak seperti navigator laut dan pasukan
tentera Eropah yang inginkan khidmat beliau. Akhirnya kemasyuran Al-Idris
sampai ketelinga Raja Roger II dari Sicilia (1129-1140M) yang kemudiannya
mangundang ilmuan itu ke istananya di Sicilia pada tahun 1138M. Pemerintah
Sicilia itu merupakan salah seorang peminat bidang geografi. Oleh itu, beliau
menjemput Al-Idris untuk membuat peta dunia secara tepat. Setelah keduanya
berbincang, akhirnya Al-Idris bersetuju, namun beliau meletakkan beberapa
syarat yang kemudiannya dipersetujui ole Raja Roger II.
Dalam pertemuan itu, mereka bersepakat untuk
membuat peta dunia pertama yang tepat dalam tempoh 15 tahun. Projek mega ini
melibatkan 12 sarjana, 10 orang adalah sarjana muslim. Setelah bertahun-tahun
mengumpul data, akhirnya peta yang diingikan Raja Roger II akhirnya selesai
pada tahun 1154M. Dalam peta itu, beliau membahagikan bahagian utara dunia
kepada tujuh kawasan dengan cuaca yang berbeza, kemudian beliau membahagi
kawasan masing-masing kepada sepuluh bahagian yang mempunyai garis bujur yang
sama. Keseluruhan daripada peta yang jumlahnya 70 tersebut menjadi satu peta
yang mencakupi seluruh dunia. Peta tersebut dilukis diatas bebola perak yang
padat seberat 400 kg yang kemudiannya dikenali sebagai Peta Al-Idris.
Peta Al-Idris merupakan peta paling
terperinci dan mengagumkan yang pernah dikenali dalam ilmu geografi dan seni
melakar dan menggambarkan peta (cartography) pada masa itu. Dalam peta itu, Al-Idris
menggambarkan enam benua, dilengkapi dengan jalur perdagangan, danau, sungai, kota-kota
utama, daratan, dan gunung-gunung. Petanya juga memuatkan informasi tentang
jarak, panjang, dan tinggi secara tepat. Sebagai ahli geografi yang meyakini
bahawa bumi ini bulat, beliau mula melakar petanya itu diatas sebuah bebola
perak seberat 400 kg.
Untuk melengkapi glob yang dirancangnya, Al-Idris
menulis buku berjudul al-Kitab al-Rujari (Buku Roger) yang didedikasikan untuk
pemerintah Sicilia itu. Selain itu, beliau juga berjaya membuat anggaran ukuran
garis tengah bumi dan pada titik 22.900 batu, setara dengan 42.185 km. Kejayaan
ini tak banyak bezanya dengan ukuran yang sebenarnya, iaitu 40.068 km. Al-Idris
menginspirasi pakar geografi Islam yang lain seperti Ibnu Battutah, Ibnu
Khaldun, Piri Reis dan Barbary Corsairs. Petanya sering digunakan oleh Christopher
Columbus dan Vasco Da Gama didalam pengembaraan mereka.
Dalam bidang kedoktoran
Selain dikenali sebagai pakar geografi, beliau
juga terkenal dalam bidang perubatan dan farmasi. “Al-Adwiyah Al-Mufrijah”
merupakan buku yang beliau hasilkan, membicarakan tentang kedua-dua bidang
tersebut. Di dalam buku ini, Al-Idrisi menyebutkan nama preskripsi ubat-ubatan
dengan menggunakan 12 bahasa.
Dalam bidang ilmu tumbuh-tumbuhan (botani)
dan farmasi, Al-Idrisi telah menulis sebuah buku yang berjudul “Al-Jami’ Li
asytaat An-Nabaat”. Buku ini disusun berdasarkan huruf abjad. Ilmuwan Perancis,
Jack Risler mengatakan bahawa Al-Idrisi telah menyebutkan kegunaan 360 jenis
tumbuh-tumbuhan dalam membuat preskripsi ubat-ubatan.
Sepanjang hidup beliau, Al-Idris telah
mengarang beberapa buah karya yang terkenal yang sering digunakan oleh para
ilmuan yang lain sehingga kini. Karya- karya beliau banyak yang telah dicetak
ulang dan dialih bahasa terutamanya dalam bahasa Latin.
1. “Nuzhatul Musytaq fi Ikhiraqil Afat” (Kesenangan
untuk Orang-orang yang Ingin Mengadakan Perjalanan Menembus Berbagai Iklim).
Buku ini menjadi sebuah ensiklopedia yang berisi peta secara terperinci dan
informasi lengkap negara-negara Eropah. Buku ini kemudian menjadi rujukan
penting bagi para ilmuwan di Eropah selama beberapa kurun.
2. “Rawd-Unnas wa-Nuzhat al-Nafs” (Kenikmatan
Lelaki dan Kesenangan Jiwa) Buku ini memuatkan tentang pengetahuannya keatas
kaum negro dari Timbuktu, di Sudan dan asal sumber air sungai Nil di Mesir. Ini
adalah salah satu bukti ketepatannya yang menakjubkan.
3. “Al Jami Li Sifat Ashtat al Nabatat”.
Dalam buku ini, Al-Idris menggabungkan kesemua sastera atau perbincangan
tentang tumbuhan herba berserta dengan kajiannya sendiri berdasarkan
pengembaraan beliau di setiap benua. Misalnya dalam buku itu Al-Idris, menjelaskan
nama-nama ubat-ubatan dalam beberapa bahasa, termasuk Berber (Arab), Syriac, Persia,
Hindi, Yunani dan bahasa Latin.
4. “Kharitatul 'alaamil Ma'mur minal Ard”
(peta
dunia). Peta ini merangkumi wilayah Asia, Afrika dan Eropah waktu dahulu.
5. “Al-Adwiyah Al-Mufrijah”. Buku ini
membicarakan tentang farmasi dan perubatan. Dalam buku ini, Al-Idris
menyebutkan preskripsi ubat-ubatan dalam 12 bahasa.
6. “Shifatul Arab” (Karakter Bangsa Arab)
RUMUSAN
Dengan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa
ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan seorang muslim. Ketokohan
Al-idris dalam bidangnya menyebabkan nama beliau sering disebut sebagai salah
seorang tokoh Islam yang terhebat, malah disanjungi oleh pelbagai pihak bukan
sahaja yang beragama Islam, malah yang berlainan agama juga
Berasaskan karyanya, banyak buku-buku rujukan
yang ditulis ilmuan Barat menyebutkan bahawa karya Al-Idris merupakan suatu
sumbangan yang besar pada teknologi pembuatan peta dunia selepas itu. Tidak
hairan apabila nama Al-Idris disebutkan dalam bnyak buku-buku berkaitan sejarah
pembuatan peta dunia. Misalnya salah satu perisian pemprosesan pada Sistem
Informasi Geografi (SIG) dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Geographical
Information System (GIS) dikenali sebagai IDRIS. Al-Idris adalah antaratokoh
yang membuktkan kemmpuan seorang cendekiawan Muslim yang member sumbanagn
kepada semua lapisan masyarakat.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment