Oleh:Azizah Binti Mohd Shukri
2.PENDAHULUAN
Islam telah dianggap oleh pihak Barat sebagai
agama yang disebarkan melalui mata pedang. Anggapan yang keliru dan
mengelirukan serta mengandungi unsur-unsur prejudis ini telah lama dicanang
oleh musuh-musuh Islam dan ianya diterima oleh kebanyakan orang. Walau
bagaimanapun hakikat Islam sebagai ad-din yang membawa gagasan rahmat dan
keselamatan sejagat masih tetap asli. Dari itu ajaran Islam dan sirah
Rasulullah SAW merupakan pembawa dan penyampai risalah Islam. Ketenteraan atau
tentera adalah satu kumpulan profesional yang perlu dimiliki oleh sesebuah
negara. Tentera terdiri daripada satu kumpulan yang berorganisasi dan terurus
yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala bentuk situasi kritikal
khususnya perangan.Tentera merupakan satu ikatan persaudaraan dan perikatan
sekali gus alat kekuasaan dan birokrasi.
Allah SWT telah memerintahkan umat Islam
supaya membuat persiapan dan membentuk kekuatan bagi mempertahankan agama, bangsa
dan negara. Hal Ini seperti mana firman Allah S.A.W yang bermaksud:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka
(musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan.Dengan
persediaan itu, musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Maka apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
Berdasarkan ayat tersebut, untuk menghadapi
semua keadaan ini, kita perlu kepada kekuatan tentera yang kuat agar kita tidak
boleh dipandang remeh dan rendah oleh pihak musuh. Sumbangan ketenteraan amat
besar ertinya kepada agama, bangsa dan tanah air. Kekuatan Islam pada abad yang
lampau telah mendekatkan kita kepada Islam. Oleh itu, tentera kita perlu
mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan kewajipan agama, menunaikan solat
ada waktunya serta makan dan minum sesuatu yang dihalalkan oleh Allah agar
segala amalan mereka diterima Allah dan disanjung tinggi oleh manusia. Demikian,
sesuatu yang telah tersirat dari sepotong ayat al-Quran, maksudnya:
“Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah
kamu (akan segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta
orang-orang Yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang
nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan”.
Secara umumnya, ketenteraan adalah sesuatu
yang dipandang mulia oleh Islam bahkan satu penghormatan yang tinggi terhadap
orang-orang yang melibatkan secara langsung dengan tugas-tugas ketenteraan.
Orang-orang yang gugur di medan peperangan atau tugas yang telah diamanahkan
demi kepentingan agama, bangsa dan negara dikalungkan sebagai ‘syuhada’ jauh
lebih bernilai daripada penghargaan yang diberikan di dunia ini. Dalam hal ini
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan
hartanya digelar sebagai syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan
keluarga dan jiwa rakannya ia digelar sebagi syahid dan sesiapa yang mati
kerana mempertahankan agamanya maka akan digelar sebagai syahid”
Sehubungan dengan itu, orang-orang yang
berjuang pada jalan Allah Taala dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharapkan
keredaan Allah akan tetap mendapat ganjaran besar seperti mana yang Allah telah
janjikan melalui firmannya, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan
(balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada
jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Balasan
syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah
di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran, dan siapakah lagi yang
lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?Oleh itu, bergembiralah dengan
jualan yang kamu jalankan itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti
itu) ialah kemenangan yang besar”.
3.1 Struktur Dan Organisasi Ketenteraan Islam
Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W Sehingga Zaman Abbasiyah
Struktur dan organisasi ketenteraan berbeza
mengikut zaman.Perbezaan itu dapat dilihat dari segi jenis-jenis tentera, komposisi,
strategi peperangan, dan sebagainya.Namun demikian struktur dan organisasi
ketenteraan penting demi mencapai matlamat dan kekukuhan politik negara.
Dari segi komposisi tentera, pada peringkat
awalnya jumlah tentera Islam yang dipimpin oleh nabi Muhammad tidak ramai
jumlahnya. Misalnya dalam Perang Badar, tentera Islam hanya 313 orang dan
jumlah ini meningkat kepada 3 0000 orang semasa Perang Khandak. Jumlah tentera
Islam dalam Perang Hunain dan Taif ialah 10 000 orang. Jumlah tentera Islam
semakin bertambah ketika Perang Tabuk iaitu seramai 30 000 orang.
Pada peringkat awal, tentera Islam hanya
bergiat aktif di darat sahaja. Khalifah Umar mula meneroka jalan laut dalam
ekspedisi peperangannya. Namun demikian tentera Islam tidak begitu mahir dalam
peperangan di laut. Ini jelas apabila tentera Islam telah tewas dalam perang di
Tawas yang mengorbankan banyak nyawa. Tentera laut juga ditubuhkan pada zaman
Khalifah Uthman bin Affan. Kejayaan tentera Islam boleh dilihat semasa Muawiyah
memerintah. Beliau telah melancarkan 50 ekspedisi ketenteraan menentang
Byzantine dan berjaya menakluk Pulau Cyprus pada 28 Hijrah. Pada zaman al-Walid,
tentera laut Islam telah berjaya menguasai semua kawasan Laut Maditerranean.
Pada masa ini tentera laut dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu kapal-kapal besar digunakan di kawasan Laut Mediterranean, manakala
kapal-kapal yang lebih kecil digunakan di Laut Merah dan Laut India. Pada zaman
Khalifah Harun al-Rasyid dalam kerajaan Bani Abbasiyah, tentera lautnya berjaya
menakluki semula kawasan seperti Rhodes, Cyprus, dan Crete. Ketika zaman
al-Makmun, tentera lautnya berjaya menakluki Pulau Sicily dan kawasan pantai
Itali.
Perjuangan tentera Islam pada zaman nabi
Muhammad lebih kepada perjuangan menuntut keredaan Allah. Perjuangan mereka ini
amat tinggi demi mempertahankan agama dan tidak dibayar gaji. Hanya pada zaman
Khalifah Umar al-Khattab pembayaran gaji telah diperkenalkan setelah penubuhan
Diwan Tentera. Dibawah skim gaji ini, lelaki Muhajirin dan Ansar menerima
sebanyak dua hingga lima ribu dirham setahun. Pembayaran gaji kepada golongan
tentera veteran pula sebanyak 2000 dirham. Tentera Junior dibayar gaji sebanyak
1500 hingga 2000 dirham setahun.
Pembayaran gaji pada zaman Bani Umaiyah, secara
puratanya 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga. Semasa pemerintahan
Yazid, beliau membayar 100 dirham sebagai elaun tambahan. Semasa kerajaan Bani
Abbasiyah, gaji yang mereka terima sebanyak 800 dirham setahun dan harta
rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan kaki. Tentera berkuda diberi
gaji sekali ganda elaun tentera berjalan kaki. Ini disebabkan mereka terpaksa
menanggung kos pembiayaan kuda.
Alat atau senjata yang digunakan dalam peperangan
ialah tombak, panah, pedang, manjaniq, dabbabah. Kuasa semula jadi seperti
angin yang kuat juga merupakan senjata seperti yang berlaku dalam Perang
Khandak. Jika berlaku penyerangan secara mengejut, tentera kuda digunakan
kerana kuda lebih tangkas.
Dari segi penyusunan tentera, system berbaris
diperkenalkan oleh nabi Muhammad. Setiap barisan mengandungi seramai 100 hingga
1000 orang tentera bergantung pada jumlah tentera misalnya dalam Perang Badar
jumlah tenteranya seramai 313 orang dibahagikan kepada dua barisan iaitu
barisan hadapan yang bersenjatakan tombak atau panah dan barisan belakang yang
bersenjatakan tombak dan perisai. Pada zaman Ali bin Abi Talib, system Kurdus
digunakan iaitu setiap kurdus mengandungi sejumlah 300 hingga 600 orang. System
berbaris dan kurdus terus digunakan sehingga zaman Abbasiyah. Pada zaman
Umaiyah, setiap 50 hingga 100 orang tentera diketuai oleh al-naib. Jika jumlah
tentera seramai 1000 orang pula ia diketuai oleh komander (al-amir)
Pada zaman Abbasiyah, tentera Islam
dibahagikan kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda, tentera berjalan kaki, tentera
penembak, tentera memanah dan tentera bola api. Kebanyakan tentera ini
berkhidmat secara tetap dan ada juga menjadi sukarelawan.
3.2 Jenis dan Gaji Tentera:
Terdapat beberapa jenis tentera antaranya, tentera
Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja. Pada zaman Khalifah
Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan untuk tentera-tentera laut walaupun
pada ketika itu potensi tentera laut kurang terutamanya selepas kekalahan
mereka di Tawus yang telah mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut
masih diteruskan juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman
pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang
Byzentine dan Constantinople pada 54H.Seterusnya tentera laut terbahagi kepada
dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal
besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil
tanpa besi dan berpaku.
Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan
tidak dibayar gaji. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan
pembayaran gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera
pada tahun 20H. Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua hingga lima ribu
dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500 hingga 2000 dirham
setahun.Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk
elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman pemerintahan Yazid sebanyak 100
dirham.
Zaman
Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham setahun dan harta rampasan
perang diberikan kepada tentera pejalan kaki, manakala tentera berkuda menerima
sekali ganda kerana mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.
3.3 Alat-alat teknologi ketenteraan moden
zaman khalifah.
1. Manjaniq (Swing-beam)
Manjaniq pertama kali digunakan oleh kaum
Muslim pada peristiwa pengepungan Bani Thaif. Salman Al-Farisi yakni seorang
warga Parsi yang memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW adalah orang pertama
yang mencipta senjata ini atas perintah Nabi SAW. Manjaniq merupakan mesin
balok pengayun yang dikendalikan oleh orang-orang yang menarik tali pada satu
sisi balok sehingga ujung yang lain berayun sangat kuat.
Manjaniq sebenarnya telah dikenali sebelum masa
penaklukan Islam. Bangsa Avar pernah menggunakannya pada penyerbuan
Thessalonica di tahun 597 M. Bahkan mesin pelontar ini dipercayai dicipta
pertama kali oleh China antara abad ke-5 dan ke-3 SM, dan sampai ke Eropah
sekitar 500 M. Lalu pada masa pemerintahan Islam, Salman mengusulkannya kepada
Nabi Saw sebagai senjata perang, seperti yang diriwayatkan dalam Sirah
al-Halabiyah.
“Hingga pada hari pecahnya dinding benteng
Thaif, ” demikian Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam kitab Sirah-nya, “Sekelompok
sahabat Rasulullah Saw masuk ke dalam bawah dababah, lalu mereka berusaha masuk
ke dalam dinding benteng Thaif agar mereka bisa membakar pintu benteng. Bani
Tsaqif lalu melemparkan potongan-potongan besi yag telah dipanaskan dengan api
sehingga membakar dababah yang ada dibawahnya, kemudian Bani Tsaqif melempar
mereka dengan anak panah sehingga beberapa orang gugur.”
Atas cadangan Salman ini, Rasulullah SAW
terus mengangkatnya sebagai mudir untuk mengelola industri ketenteraan dan
memproduksi manjaniq untuk memperkukuhkan kekuatan pasukan artileri yang
dipersiapkan untuk terjun ke medan tempur.
2. Pedang Damaskus (Sword of Damascus)
Pedang ini dihiasi dengan ornamen garis
bergelombang, lentur, ringan, dan mampu menembus baju zirah, menjadikan pedang
damaskus salah satu senjata perang paling bersejarah. Pedang ini dihasilkan di
Damaskus pada abad ke-12 M. Eropah cuba menghasilkan alat yang serupa dengannya,
namun hingga kini masih belum mampu meniru sepenuhnya. Bahkan dengan teknologi
metalurgi sekalipun Eropah mereka masih belum mampu mencipta senjata yang
memiliki ketajaman yang Sama dengan Pedang Damaskus ini.
Pedang yang pernah menimbulkan rasa gentar
para tentera Salib ini, memiliki suatu lapisan kaca di permukaannya. Sutra
terbelah bila jatuh di atasnya. Pedang yang lain turut menemui nasib yang sama
jika beradu dengannya. Tiada pihak yang menjangkakan bahawa ilmuwan Muslim
telah menerapkan teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Selama ratusan tahun, tidak ada yang
mengetahui rahsia kehebatan pedang tanpa tandingan ini. John D. Verhoeven
-seorang profesor metalurgi moden dari Iowa State University yang bekerjasama
dengan Alfred H. Pendray, seorang tukang besi dari Florida, telah mencuba
membuat pedang ini selama bertahun-tahun. Dari penerapan nanoteknologi bahan
impurities (non-besi dan non-carbon) dalam adunan baja yang membentuk pola
mirip aliran air yang dikenali sebagai Multi Walled Carbon Nano Tube, barulah
diketahui rahsia di sebalik kehebatan pedang damaskus ini.
3. Teknologi Pembuatan Mesiu (Gunpowder)
Kaum Muslim tidak hanya menguasai dalam seni
membuat pedang, tetapi mereka juga mampu mengembangkan teknologi pembuatan
mesiu. Walaupun pembuatan mesiu pertama kali ditemukan di Cina yang digunakan
sebagai alat pembakaran pada abad 9 M, dua abad sebelumnya seorang ahli kimia
Muslim Khalid bin Yazzid telah mengenal lebih dulu potassium nitrat (KNO3), bahan
utama pembuat mesiu.
Eropa baru mengenali mesiu setelah dibawa
oleh pasukan Mongol pada tahun 1240 M, dan selanjutnya dikembangkan menjadi
bahan peledak, misalnya untuk mendorong peluru, kemudian seabad setelahnya
disempurnakan menjadi senjata api. Sebelum Eropah mengembangkan teknologi
pembuatan mesiu, ilmuwan-ilmuwan Muslim terlebih dahulu mencubanya. Ramai
ilmuwan Mulim yang menguasai teknik pemurnian potassium, sebuah teknik yang
tidak diketahui oleh orang-orang Cina. Jabir Ibnu Hayyan (wafat tahun 815 M), Abu
Bakar Al-Razi (wafat tahun 932) dan Hasan Al-Rammah adalah ilmuwan-ilmuwan
Muslim yang telah menguasai teknik ini dan telah dijelaskan di dalam
karya-karya mereka. Teknik pemurnian ini dilakukan agar potassium mampu
digunakan sebagai bahan peledak.
Pemurnian potassium ini pernah didakwa Barat
sebagai hasil penemuan oleh Roger Bacon. Namun dakwaan ini dipatahkan sendiri
oleh ilmuwan Barat lainnya seperti Partington. Hasan Al-Rammah telah
menjelaskan proses ini secara terperinci di dalam karyanya yang bertajuk
Al-Furusiyyah WA Al-Manasib Al-Harbiyyah. Penguasaan Al-Rammah atas penggunaan
bubuk mesiu sangat luar biasa. Beliau telah berjaya menulis sebanyak 107 rumus
atau 'cara kerja' penggunaan mesiu. 22 teknik di antaranya direka khusus untuk
membuat roket.
Ketika Perang Salib meletus pada tahun 1249 M,
Raja Louis IX dan pasukannya pernah merasakan kehebatan moncong meriam dan
roket kaum Muslim. Betapa hebatnya kesan yang ditembakkan pasukan Muslim, membuat
Raja Louis IX mengalami kekalahan dan akhirnya berjaya ditakluk. Peristiwa itu
diakui sendiri oleh Jean de Joinville, salah seorang perwira tentara Perang
Salib.
4. The Mohammed’s Al-Fatih Greats Gun
Inilah salah satu senjata paling fenomenal
yang digunakan dalam perang paling menakjubkan dalam sejarah. The Mohammed’s
Greats Gun, itulah sebutan pada senjata yang dicipta pada tahun 1942 ini.
Meriam ini dibuat sebagai jawapan atas keinginan Muhammad al-Fatih untuk
menembusi kekebalan benteng pertahanan Kostantinopel.
“Aku
mampu membina meriam tembaga dengan saiz seperti yang kamu inginkan, ” kata
Orban -seorang ahli insinyur yang diundang Al-Fatih ke Adrianopel-, “Aku telah
mengamati secara teliti tembok di Konstantinopel. Aku tidak hanya
memporakberandakan tembok itu dengan senjataku. Bahkan, tembok Babylon pun akan
hancur karananya.”
Hal ini disambut gembira oleh Muhammad
Al-Fatih. Impian untuk mewujudkan bisyarah Rasulullah Saw (tentang tertakluknya
Konstantinopel) sudah di depan mata. Maka projek tersebut dijalankan. Dan
senjata terbesar di dunia yang pernah wujud pada waktu itu, akhirnya berada
dalam genggaman Muhammad Al-Fatih. Memiliki panjang 8, 2 meter, diameter 76 cm,
dengan berat 18, 2 ton, meriam ini sanggup melontarkan bola besi padat
berdiameter 70 cm dengan berat 680 kg sejauh 1, 6 km.
5. Loji Nuklear yang Berusia 2 juta Tahun di
Oklo, Republik Gabon
Pada tahun 1972 terdapat sebuah penemuan luar
biasa yang memperkukuhkan lagi kajian wujudnya peradaban masa lalu yang telah
melalui era pengunaan nuklear dengan penemuan loji Reaktor Nuklear yang berusia
dua juta tahun di Oklo sekitar Republik Gabon. Pada tahun yang berikut sebuah
perusahaan (Perancis) yang mengimport bahan uranium dari Oklo di Republik Gabon,
Afrika untuk diproses. Mereka terkejut dengan penemuan bahawa bahan uranium
yang diimport ternyata sudah diproses dan digunakan sebelum ini serta kandungan
uraniumnya dengan bahan buangan reaktor nuklear hampir serupa.
Penemuan ini berhasil menarik para ilmuwan
untuk datang ke Oklo bagi suatu penelitian, dari hasil kajian menunjukkan
adanya sebuah reaktor nuklear berskala besar pada masa prasejarah, dengan
kapasiti kurang lebih 500 ton bahan uranium di enam wilayah, dijangkakan ia
dapat menghasilkan tenaga sebesar 100 ribu watt. Loji nuklear tersebut
terpelihara dengan baik, dengan lay-out yang masuk akal, dan telah beroperasi
selama 500 ribu tahun lamanya.
Kejutan demi kejutan ditemui dan yang paling
mengejutkan apabila sisa buangan reactor nuclear yang dibuang tidak tersebar
luas, kesan radioa aktifnya lebih kurang sekitar 40 meter dari kawasan buangan
sisa nuclear, jika kita lihat teknologi pemusnahan sisa reactor nuclear ini
jauh lebih hebat berbanding sekarang dan ketika ini kita sibuk membincangkan
menangani isu pembuangan sisa nuclear. Ternyata mereka telah maju dan lebih
maju dari kita dalam teknologi nuclear dan mengatasi sisa pembuangan loji
reactor nuclear. Mereka memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik mungkin tanpa
berlaku pencemaran dari sisa nuclear yang telah digunakan.
Loji uranium di Oklo telah pun dibangunkan
kira-kira dua juta tahun yang lalu, setelah terdapat bukti dari pada data
geologi reactor nuclear kemudian telah pun dibangunkan. Hasil kajian para pengkaji
mereka sebulat suara mengakui bahawa ini adalah sebuah reactor nuclear kuno, yang
mengubah teknik pengunaan bahan nuklear selama ini, secara tidak langsung telah
pun memberikan kita teknik bagaimana untuk mengatasi sisa pembuangan nuclear.
Hal ini juga telah menghambat para ilmuan untuk lebih serius dalam mempelajari
peradaban prasejarah, dengan kata lain sejak zaman pra sejarah mereka telah
maju didalam pembangunan dan teknologi nuclear.
Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan
teknologi atom oleh manusia selepas zaman pra sejarah masih lagi baru, ianya
sekitar beberapa puluh tahun yang lalu. Tetepi dengan adanya penemuan ini fakta
itu tidak tetap dan sekaligus menerangkan bahwa pada dua juta tahun yang lampau
manusia sudah pun memiliki sebuah teknologi yang peradabannya melebihi kita
kini, serta lebih maju di dalam teknik penggunaan dan pengolahannya. Hal yang
patut membuat kita merenung sedalam-dalamnya ialah mengapa manusia zaman
prasejarah yang memiliki sebuah teknologi maju tidak dapat mewariskan
teknologinya, malah hilang tanpa sebab, yang tinggal hanyalah sedikit kesan
lalu. Maka bagaimanakah kita harus meniliti kesemua penemuan ini?
Permulaan sebelum dua juta tahun yang lalu
hingga satu juta tahun dari peradaban manusia sekarang ini telah terdapat
peradaban manusia. Dalam masa-masa yang sangat lama ini terdapat berapa banyak
peradaban yang menuju ke binasaan? Jika kita abaikan terhadap semua
peninggalan-peninggalan peradaban prasejarah ini, sudah tentu kita tidak akan
mempelajarinya secara mendalam, apalagi menelusuri bahawa mengapa tidak ada
kesinambungannya, lebih-lebih lagi untuk mengetahui penyebab dari musnahnya
sebuah peradaban itu dan apakah perkembangan dari ilmu pengetahuan dan
teknologi kita sekarang akan mengulangi kemusnahan beberapa peradaban yang
lalu?. Betulkah penemuan ini, serta mengapa penemuan-penemuan peradaban
prasejarah ini dengan teknologi manusia masa kini hampir serupa dan mungkin
mereka lebih maju dari pada kita? Semua masalah ini patut kita renungkan
sedalam-dalamnya.
Seperti yang dirakamkan di dalam
Al-quran:‘Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah
Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan
kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan
kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan
sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka
kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang
lain’. Qs.Al-An'am: 6
3.4 Funsi-fungsi ketenteraan
Terdapat beberapa fungsi ketenteraann dalam
menjaga keamanan negara. Antaranya ialah mempertahankan negara daripada
dikuasai oleh penjajah. Matlamat utama penjajah ialah untuk menghapuskan umat
Islam daripada hidup aman dan damai. Maka, mereka merancang pelbagai strategi
untuk menjatuhkan umat Islam.Setelah mereka dapat menakluk sesebuah negara, penjajah
terus meletak negara tersebut di bawah pemerintahan mereka sendiri. Sebagai
contoh, negara jajahan dibuka seluas- luasnya untuk rakyat Eropah dan
menggalakkan perpindahan rakyat Eropah ke negara jajahan secara besar- besaran
tanpa sebarang sekatan. Rakyat pribumi pula tidak dibenarkan mengambil tahu
atau mengambil bahagian dalam pentadbiran dan undang- undang. Hak asasi peribumi
juga turut dinafikan seakan-akan mereka adalah pendatang.
Selain itu, sistem ketenteraan ditubuhkan
bagi menetang musuh. Meskipun tentera Islam diberi peluang untuk menetang musuh
tetapi mereka tidak boleh menetang mengikut hawa nafsu. Tentera Islam dilarang
melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh seperti tentera tidak
boleh mencencang mayat atau musuh yang terbunuh seperti mana yang telah
dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika Perang
Uhud. Tentera Islam wajib mematuhi sebarang perjanjian damai yang dimenterai.
Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yang dimenterai pada 6H telah dipatuhi
oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah memberi kelebihan
kepad musuh.Akibat pelanggaran perjanjian inilah telah membolehkan Nabi
Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.Hubungan yang
baik dengan musuh memudahkan tentera Islam untuk menentang musuh.
Di samping itu, sistem ketenteraan juga
diadakan untuk menghadapi sebarang keadaan darurat. Semasa pihak musuh dapat
menguasai kawasan penempatan umat Islam, pelbagai ancaman, seksaan dan ugutan
yang dilakukan oleh pihak musuh terhadap umat Islam. Antaranya, wanita dan bayi
perempuan diseksa hidup-hidup sampai mati. Umat Islam pada masa itu terpaksa
hidup dalam keadaan kebuluran. Mereka hidup dalam keadaan berpindah-randah
tanpa ada hala tujuan. Oleh sebab itu, bagi mengembalikan keamanan dan
kedamaian dalam hidup umat Islam, pihak tentera yang dilatih haruslah bersedia
bagi menghadapi sebarang keadaan darurat.
3.5 Strategi Tentera IslamDalam Menentang
Musuh
Terdapat beberapa strategi yang memberi
kekuatan kepada tentera Islam bagi menentang musuh. Antaranya, tentera Islam
diajar untuk menghormati kehidupan alam sekitar. Mereka dilarang merosakkan
harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat.
Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kepada
masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung Kota
Taif iaitu harta musuh Islam langsung tidak diusik. Tentera Islam juga tidak
boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmi atau mereka yang sudah
mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
Selain
itu, tentera Islam dikehendaki memberikan layanan yang baik terhadap tawanan
perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini merupakan salah satu teknik
berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi. Sebagai contoh, dalam Perang Badar sahabat
Nabi telah mencadangkan agar musuh yang ditawan dibunuh sahaja tetapi
Rasulullah tidak menerima cadangan tersebut. Malah baginda menggunakan teknik
diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan iaitu
dengan mengajar ilmu pengetahuan kepad kanak-kanak Madinah atau menebus diri
dengan sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata telah berjaya
menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.
Di samping itu, tentera Islam juga diajar
oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kepada ketua dan tidak boleh meninggalkan medan
peperangan melainkan dengan keizinan ketua dan mereka dibenarkan melakukan
helah dalam peperangan kerana perbuatan itu termasuk dalam strategi menentang
musuh. Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang
dilakukan secara adil mengikut ketetapan Allah SWT di dalam al-Quran.
Harta-harta yang diperolehi dalam peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW
tetapi mesti diagihkan secara sama rata dalam kalangan tentera yang terlibat
dalam peperangan tersebut.
3.6 Faktor kemenangan tentera Islam dalam
peperangan
Terdapat beberapa faktor yang memberi
kemenangan kepada tentera Islam. Antaranya ialah mempunyai pemimpin yang
berkaliber. Pemimpin haruslah sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan anak
buahnya. Pemimpin haruslah mempunyai peranan penting di tengah-tengah
masyarakat. Mereka harus mampu membina sekaligus menjadi pelindung bagi umat.
Hal yang paling mendasar adalah seorang pemimpin harus taat kepada Allah SWT
dan Rasulnya. Seorang pemimpin yang menjalankan tugasnya dan melindungi rakyat
kerana Allah swt wajib dipatuhi kaum Muslim. Dalam hal ini, sebagaimana
diriwayatkan Bukhari dalam kitab al-jihad dan Muslim dalam al-‘Imarah, Rasulullah
saw bersabda, ertinya:
“Barang siapa mentaatiku, sesungguhnya Ia
telah mentaati Allah swt. Barang siapa menderhakaiku, sesungguhnya Ia telah
menderhakai Allaj swt. Barang siapa yang mentaati pemimpin (yang diredhai Allah
swt), bererti Ia telah mentaatiku. Dan barang siapa menderhakai pemimpin
(seperti itu), sesungguhnya Ia telah menderhakaiku.
Selain itu, keimanan dan semangat jihad yang
tinggi. Perkataan Jihad ialah kata terbitan daripada Jaahada (Jim Alif Ha Dal)
bererti berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut istilah syarak,
jihad ialah usaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan
kalimah Allah di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk
memimpin seluruh alam.
Perkataan jihad digunakan di dalam al-Quran
dan al-Hadith dengan beberapa pengertian antaranya ialah berperang.
“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad
dengan harta dan diri mereka. Dan Allah maha mengetahui orang-orang yang
bertaqwa”. (Surah At-Taubah: Ayat 44)
Selain itu, menentang musyrikin dengan
apa-apa kemampuan. Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu berjihad terhadap
musyrikin dengan harta, diri, dan lidah kamu”. (Riwayat Ahmad, An-Nasai dan
Al-Hakim)
Ini jelas menunjukkan bahawa jihad merupakan
salah satu teknik dalam melaksanakan misi dakwah. Oleh kerana itu, sebelum
melancarkan jihad ke sesebuah negara bukan Islam, pihak Islam mestilah
menggunakan teknik dakwah sebagai pilihan pertama. Seandainya pemerintah negara
kafir itu menghalang perjalanan dakwah Islam, dia hendaklah diberi pilihan kedua
iaitu bernaung di bawah kekuasaan negara Islam. Seandainya dia enggan maka
ketika itu barulah jihad dilancarkan. Begitulah yang terkandung dalam
kitab-kitab Fiqh Islam.
Di samping itu, peralatan ketenteraan yang
canggih memberi kekuatan kepada para tentera untuk menentang musuh. Peralatan
ketenteraan yang canggih dapat menggerunkan pihak musuh. Tentera Islam lebih
bersemangat untuk menentang musuh. Antara alat-alat yang digunakan pada zaman
dahulu untuk menentang musuh ialah alatan senjata yang diperbuat dari kayu dan
telah dicelup dengan cuka dengan tujuan kalis api ketika zaman Rasulullah dan
pada zaman Bani Abbasiyah pula penggunaan kereta kebal Bani Abbasiyah seperti
tombak, panah, pedang, manjaniq dan dabbabah. Penggunaan kuda semasa serangan secara
mengejut kerana lebih tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.
3.7 Faktorkekalahan tentera Islam.
Terdapat beberapa kelemahan yang
menyebabkantentera umat Islam kalah dalam peperangan. Antaranya, ialah
kepimpinan yang lemah. Serangan- serangan yang diterima oleh negara Islam bukan
sahaja daripada negara Barat, tetapi juga mendapat serangan daripada sebelah
Timur, contohnya dalam peperangan Tartar oleh kaum Tartar penyembah berhala.
Mereka mempunyai kekuatan tentera yang ganas dan kepimpinan yang menggerunkan.
Mereka muncul ketika umat Islam lemah dan berpecah- belah serta tiada
kepimpinan yang kuat. Raja- raja yang lemah, pemerintah- pemerintah yang
berpecah- belah dan gabenor- gabenor yang lali dengan kemewahan dunia tidak mampu
melawan tentera Tartar. Akhirnya negara Islam jatuh ke tangan mereka satu-
persatu.
Selain itu, tiada perpaduan antara para
tentera. Sejarah Islam seringkali dilihat bergaduh dan tiada persefahaman
sesama sendiri. Sikap ini telah memudahkan pihak musuh mengambil peluang dan
memudahkan mereka untuk menawan negara Islam. Perselisihan ini telah
menyebabkan perpecahan dan menjadikan umat Islam berpuak- puak dan berbilang-
biolang dengan dasar masing- masing.
Di samping itu, terdapat segelintir tentera
Islam yang menyebelahi pihak musuh. Mereka membantu musuh mengusai rakyat
jelata dan seterusnya menghancurkannya. Allah telah menerangkan bahawa sesiapa
yang menyebelahi musuh tidak boleh di maafkan dan Islam telah menganggapnya
sebagai sebahagian daripada musuh. Ini bersesuaian dengan firman-Nya yang
bermaksud:
“Hai orang- orang beriman janganlah kamu
mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman- teman setia yang kamu sampaikan
kepada mereka (berita- berita Muhammad) kerana rasa kasih sayang kamu terhadap
mereka.” (Al-Mumtahanah: 1)
Selain itu, ada sesetengah tentera Islam yang
membocorkan rahsia strategi peperangan mereka kepada pihak musuh. Hal ini
merupakan satu pengkhianatan dan boleh memberi kemudharatan kepada keamanan
negara dan keselamatan penduduknya. Hal demikian membantu pihak musuh untuk
mengetahui kekuatan Negara tersebut dan mereka mula mengatur langkah untuk
memulakan penaklukan dan menjajah Negara tersebut. Dalam hal ini, Allah
berfirman yang bermaksud: “Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu
mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-
amanah yang dipertanggungjawabkan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui.”(Al-
Anfal: 27).
3.8 USAHA- USAHA BARAT DALAM MELEMAHKAN UMAT
ISLAM
Para imperialis menyedari bahawa kedudukan
kuasa Barat terancam selagi umat Islam kuat, bersatu, komitmen terhadap agama
dan akhlaknya. Oleh itu, mereka sedaya upaya mencuba untuk memecah belahkan
umat Islam dalam setiap keadaan dan teknik sekalipun. Mereka memecah-belahkan
wilayah umat Islam, memalingkannya daripada agama Islam, dan menjauhkan
daripada akhlak Islam yang berunsurkan nilai- nilai murni kepada unsur- unsur
yang bersifat duniawi. Dalam rangka memecah belah umat Islam mereka menggunakan
teknik-teknik berikut:
a.Dikotomi pendidikan
Mereka mengadakan dikomi pendidikan, di mana
terbahagi kepada dua iaitu sistem pendidikan agama dan sistem pendidikan
akademik. Untuk pendidikan akademik negara barat menyediakan sekolah hingga
universiti, silibus pengajaran yang mengajar teori pendidikan awam, pentadbiran
dan sebagainya. Manakala sistem pendidikan agama pada awalnya hanya berpusat di
masjid- masjid tanpa sebarang bantuan mengajar yang lebih sistematik. Walaupun
hari ini sekolah- sekolah agama telah berkembang dan dalam pendidikan akademik
juga turut disertakan pelajaran agama, namun silibus pengajarannya tetap di
bawah bidang kuasa Barat tanpa disedari. Oleh itu, ramai tentera Islam yan
tidak dapat dilahirkan untuk menentang musuh.
b.Merosak aspek moraliti
Aspek moral adalah asas bagi setiap
peradaban. Tanpa moral yang tinggi dan kukuh sesuatu Negara tidak akan mencapai
kejayaan. Sesuatu bangsa akan hancur dengan sebab keruntuhan moral. Oleh itu, golongan
Barat telah menanamkan moral yang tidak sihat kepada Umat Islam secara
perlahan- lahan melalui media Massa, media cetak, hiburan, fesyen dan
sebagainya. Melalui cara ini, telah ramai umat Islam terutamanya remaja
terpengaruh dengan nilai- nilai yang tidak sihat tanpa memikirkan kesan kepada
diri, masyarakat dan seterusnya negara, dan yang paling penting kepada agama
Islam itu. Oleh itu, tentera Islam akan lalai dengan tugas mereka untuk
menetang musuh.
c.Hubungan bebas antara sejenis
Hasil daripada pengaruh media yang disebarkan
kepada dunia Islam telah menyebabkan hilang sifat ketimuran yang ada pada
setiap kaum wanitanya. Wanita Timur yang majoritinya Islam yang dikenali dengan
kesopanan, pandai menjaga istiadat, agamanya serta kesuciannya. Nilai- nilai
murni ini telah terhakis apabila Barat mempertontonkan kepada mereka cara-cara
wanita Barat dalam berpakaian dan pergaulan dengan lelaki. Dengan ini, wanita
Muslimah telah terpengaruh dan mengikuti cara-cara mereka sehingga terlalu
bebas hubungannya dengan kaum lelaki tanpa hijab.
D. kelemahan teknologi
Kelemahan alat-alat peperangan memudahkan
pihak musuh menentang umat Islam. Alat peperangan merupakan faktor terpenting
bagi mengalahkan pihak musuh. Sekiranya alat-alat tersebut tidak canggih, maka
pihak musuh dengan mudahnya dapat menentang umat Islam. Pada zaman Rasulullah, salah
satu faktor kemenangan baginda dalam peperangan ialah penggunaan alat-alat yang
canggih.
4 Kesimpulan
Kesimpulannya, peperangan yang berlaku
terdapat beberapa faktor utama yang sengaja di reka oleh manusia. Faktor
penyebaran dakwah agama dan perluasan kuasa adalah merupakan faktor utama
antara pihak Islam dan Barat. Namun begitu, setiap kejayaan dan kegagalan dalam
peperangan banyak disebabkan oleh factor dalaman yang tidak disedari oleh pihak
mereka sendiri. Walaubagaimanapun, Islam perlu merebut kembali kegemilangannya
yang dirampas oleh Barat. Hal demikian kerana Allah telah berjanji sentiasa
menolong dalam menegakkan Syiar Islam.
Dalam perjalanan sejarah Islam, masyarakat
Islam klasik mula mengenal hal-hal yang berkaitan dengan ketenteraan apabila terbentuknya
negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Kajian ketenteraan dari sudut fiqh
siyasah agak jarang dilakukan. Para pengkaji banyak melihat ketenteraan sebagai
satu cabang kajian iaitu dari sudut jihad. Para pengkaji ketenteraan biasanya
membuat analisis taksonomi dan konseptual dalam mengkaji bidang ketenteraan.
Aspek ini diperlukan untuk melihat kajian ketenteraan dari sudut jenis tentera,
bentuk-bentuk hubungan tentera dan awam, dan aspek sejarah ketenteraan. Untuk
itu, Samuel Huntington (1980) telah mengemukakan tiga bentuk ketenteraan.
Pertama, tentera profesional, iaitu bentuk organisasi tentera yang menonjol di
negara yang keadaan politiknya stabil. Kedua, ketenteraan pretorian, iaitu
bentuk tentera yang berkembang di negara-negara yang keadaan politiknya tidak
stabil dan ketiga, tentera revolusi iaitu bentuk yang terdapat di negara yang
keadaan politiknya yang stabil, tetapi ia bermula dari suasana politik yang
tidak stabil. Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa peranan
atau fungsi ketenteraan adalah untuk melakukan tugas dalam aspek pertahanan
sesebuah negara dan ini disebut sebagai “peranan tentera”.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment