Oleh : Nur Amira Izzati Binti Ramli
PENDAHULUAN
Geografi ialah salah satu bentuk ilmu yang
berkaitan dengan muka bumi.Dengan menggunakan ilmu geografi, kita dapat
mengkaji tentang bentuk muka bumi, punca-punca terjadi sesuatu bencana alam
contohnya seperti letusan gunung berapi.Kita juga dapat mengelakkan bencana
alam daripada terjadi di bumi yang dapat merosakkan malah mampu meragut nyawa
penduduk di bumi.Dengan melakukan kajian yang berkaitan dengan sifat-sifat muka
bumi kita, banyak hal yang boleh dielakkan yang dapat memberi manfaat kepada
manusia di segenap penjuru alam.
Geografi berasal dari bahasa Yunani iaitu
‘geo’ yang bermaksud bumi dan ‘graphon’ yang bermaksud menulis.Geografi lebih
daripada pengkajian peta.Ia bukan hanya menyiasat di mana kedudukan di bumi, malah
kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada sesuatu
kejadian itu berlaku oleh manusia atau secara semulajadi malah mengkaji kesan
perbezaan tersebut.
Selain itu, melalui geografi juga kita dapat
mengkaji tentang hasil muka bumi yang terdapat di dalam perut muka
bumi.Antaranya seperti minyak, biji timah dan emas yang terdapat di Malaysia.
Dengan menggali, kita akan memperolehi hasil-hasil bumi dan dapat mengait
keuntungan yang banyak dengan menjual kepada negara lain yang memerlukan
hasil-hasil bumiyang tidak terdapat di negara mereka sendiri.
Georafi juga membantu dari segi pembangunan
yang semakin pesat membangun di negara-negara maju termasuklah di
Malaysia.Dengan menggunakan ilmu geografi, kita dapat mengetahui jenis-jenis
pembangunan yang boleh dibangunkan di sesuatu tempat.Jika ilmu geografi tidak
diambil berat, maka susahlah untuk pembangunan membangun di negara kita.Ini
kerana, tidak semua tempat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat sesebuah
bangunan didirikan. Kita perlulah mengira faktor tanah dan juga keadaan di
sekitar tempat tersebut sama ada sering berlakunya bencana alam mahupun tidak.
Dari segi agama, geografi juga memainkan
peranannya yang tersendiri.Dengan mempelajari geografi, kita dapat mengetahui
tentang kedudukan Kaabah yang terletak di Makkah.Hal ini penting kerana Kaabah
merupakan arah kiblat untuk menunaikan solat bagi semua umat Islam di seluruh
dunia. Tanpa ilmu gegografi, kita akan menghadapi masalah dalam menentukan arah
kiblat untuk menunaikan solat. Selain itu, umat Islam juga diwajibkan bagi yang
berkemampuan untuk menunaikan fardhu haji.Fardhu haji perlulah dilakukan di Makkah
di mana Kaabah terletak.Oleh sebab itu, ilmu geografi memainkan peranan penting
dalam kehidupan umat Islam.
Tokoh Islam pada suatu masa dahulu yang
mendalami ilmu geografi antaranya ialah Khalifah Al-Ma'mun, al-Idrisi, Ibnu
Hawqal dan banyak lagi. Tokoh yang akan dibincangkan di dalam tugasan ini ialah
Ibnu Hawqal. Ibnu Hawqal banyak memberi sumbangan terutamanya dalam bidang
geografi ataupun dikenali jugak sebagai bidang geologi.Beliau merupakan tokoh
ilmuwan yang terkenal sekitar abad ke 10M.Beliau telah menyumbang dalam bidang
penulisan dan lukisan, pemetaan, pelayaran dan juga dalam bidang kartografi.
Apabila kita berbicara mengenai penjelajahan
dan penerokaan yang berlaku sejak awal kejadian manusia, kita pasti
memikirkanakan beberapa orang tokoh Islam yang telah berjaya melakukan
penjelajahan dan penerokaan tersebut. Antara tokoh yang dimaksudkan ialah Ibnu
Batutah, Ibnu Hawqal, Ibnu Majid Al- Mas’udi, Sulaiman Al-Mahri dan
Al-Istakhri.Salah seorangnya yang akan dibincangkan ialah tokoh geografi iaitu
Ibnu Hawqal. Ibnu Hawqal atau nama sebenarnya Muhammad bin Ali atau Abu
al-qassam al-Mawasili al-Nasibi dilahirkan di Nasibin, Mesopotamia al-Jazirah
sekitar tahun 922 M bersamaan 310 Hijrah. Tarikh sebenar Ibnu Hawqal meninggal
dunia tidak dapat ditentukan oleh para pengkaji sejarah.Namun, beberapa sumber
menyatakan beliau meninggal dunia pada sekitar tahun 997 M bersamaan 385
Hijrah.
Ibnu Hawqal merupakan seorang ahli geografi
Arab Islam yang sangat terkemuka dan disegani pada abad ke 10 M. Ibnu Hawqal
telah memulakan pelayarannya ke serata negara Islam pada 15 Mei 942 M hingga
973 M.Beliau telah mengambil masa sekitar 30 tahun dalam pelayaran yang
dilakukan di serata negara Islam. Ibnu Hawqal yang melakukan pelayarannya di
samping mengkaji tentang negara-negara Islam tersebut telah banyak memberi
sumbangan terutama di dalam bidang geografi.Beliau tutut memainkan peranan
sebagai pedagang dan pendakwah dalam pelayaran beliau ke serata negara Islam
justeru agama Islam dapat dikembangkan ke serata tempat dan akan menyebababkan
angka masyarakat yang memeluk agama Islam akan meningkat. Selain itu, daripada
dakwah yang diberi beliau kepada masyarakat sekitar yang dilawati, mereka dapat
menyebarkan tentang dakwah beliau kepada negara-negara yang tidak dilawati
beliau.
Justeru itu, pelayaran dan pengembaraan Ibnu
Hawqal memberi sumbangan yang begitu besar kepada perkembangan agama Islam di
negara-negara Islam yang pernah dilawati oleh beliau.Tokoh Ibnu Hawqal memberi
sumbangan yang begitu besar kepada seluruh umat Islam khususnya dalam bidang
geografi dan pelayaran melalui pelayaran dan penerokaan yang telah dilalui
beliau.
Sumbangan dalam bidang penulisan dan lukisan
Dalam bidang geografi, Ibnu Hawqal memberi
sumbangan dalam bidang penulisan dan lukisan. Hal ini dapat dilihat dan
dibuktikan melalui penghasilan sebuah kitab yang dikenali sebagai kitab
al-Masalik wa al-mamalik atau lebih dikenali sebagai surah al-Ard yang
disiapkan pada tahun 997 M. Di dalam kitab ini terdapat revisi atau peta al-
Istakhiri yang dibuat selepas pelayaran beliau ke Andalus iaitu di Sepanyol.
Kitab ini telah diterbitkan sebanyak tiga kali dengan menambah baik dari kitab
sebelumnya dalam pembaharuan dari aspek isi dan faktanya. Ibnu Hawqal juga
dikatakan memplagiat dan meniru fakta-fakta dalam buku-buku ahli geografi yang
lain seperti al-Iskandar. Hal ini tidak dipersetujui kerana dikatakan beliau
hanya mengambil bahagian dasar dalam penyelidikannya sahaja dan sebagai bahan
rujukan dalam menyiapkan kitab al-Masalik wa al-mamalik atau lebih dikenali
sebagai surah al-Ard tersebut.
Surat al-Ard merupakan sebuah peta yang
mengambarkan wajah dunia oleh Ibnu Hawqal.Pada tahun 1086 buku ini ditemui di
Topkapi Sarayi Muzesi Kutup Hanesi, Istanbul.Ibnu Hawqal juga dikatakan
merupakan seorang saudagar berdasarkan isi-isi yang disebut di dalam buku
beliau malah beliau juga turut lebih terbuka tentang dirinya di dalam buku atau
lebih dikenali sebagai surah al-Ard.Ia dapat dibuktikan berdasarkan karyanya
yang penuh dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi. Kitab ini
merupakan hasil pembetulan dan penambahbaikan semula dari karya pakar geografi
Islam iaitu Al-Istakhri.
Perbezaan utama antara karya Ibnu Hawqal dan
Al-lstakhri ialah dari segi bahasa iaitu pembahasan Byzantium sebagai
sebahagian dari Islam.Ibnu Hawqal telah meletakkan Sepanyol, Afrika Utara, dan
Sicilia sebagai tiga bahagian yang terpisah yang dibincangkan di dalam bukunya.
Manakala karya Al-lstakhri pula berkenaan dengan peta-peta dan beliau turut
menyatakan bahawa rencana yang terdapat di dalam karyanya adalah untuk
menjelaskan dan untuk menggambarkan peta, pelbagai lautan, dan penamaan nama
masing-masing yang menyebabkan ia boleh dikenali di peta-peta terutamanya peta
dunia.
Al-Istakhri juga membandingkan karyanya dengan
karya Ibnu Hawqal kerana beliau tertarik dengan komposisi peta, .Menurut
beberapa fakta yang disebut di dalam buku-buku sejarah, Ibnu Hawqal menyatakan
bahawa Al-Istakhri telah menyusun peta Sind, namun terdapat beberapa kesalahan
yang dikesan. Di dalam buku yang dinamakan Fars ini, terdapat tiga versi.Yang
pertama iaitu sekitar tahun 961 Masihi yang didedikasikan kepada Hamdanid Sayf
Al-Dawlah yang telah meninggal dunia 967 Masihi.Yang keduanya pula merupakan
kritikan dari Hamdanids dari sekitar satu dekad kemudian.Dan yang terakhir
iaitu versi terakhir yang muncul sekitar 988 Masihi. Melalui fakta-fakta yang
terdapat di dalam buku sejarah, Ibnu Hawqal juga dikatakan pada awalnya ingin
menerbitkan satu set peta
Ibnu Hawqal juga dikatakan memasukkan
tambahan teksnya pada daerah tertentu yang terdapat di dalam petanya.Beliau
juga telah dikatakan memasukkan bahagian yang menggambarkan peta secara
sederhana.Antara contohnya ialah peta Kirman yang dimulai dari segi penjelasan
nama-nama dan legenda yang telah ditemui pada peta Kirman. Karya Ibnu Hawqal
yang merupakan seorang ilmuwan Arab yang terkenal terutamanya pada abad ke 10M,
merupakan karya yang khusus, walaupun isinya sama saja menjelaskan tentang peta
tersebut bahkan beliau juga turut membuat risalah tentang peta geografinya itu
di dalam era keemasan Islam.
Sumbangan dalam bidang pemetaan
Suatu lukisan yang menggambarkan sebidang
kawasan yang diterangkan dalam bentuk simbol dan dibuat mengikut ukuran samada
sama luas, sama bentuk, sama jarak dan sama arah ialah dinamakan peta. Pemetaan
ialah suatu perbuatan ataupun perihal untuk membuat peta tersebut. Antara
ciri-ciri peta ialah ia haruslah dilukis mengikut skala dan menggunakan
simbol-simbol piawai untuk menunjukkan permukaan umum yag mengikut skala dan
tujuan peta. Selain itu ia haruslah mengandungi sistem koordinat geografikal
iaitu latitud dan longitud
Ibnu Hawqal juga turut tidak ketinggalan
memberi sumbangan dalam bidang pemetaan.Beliau banyak melakukan pembaharuan dan
telah memperbaiki peta-peta umat Islam yang sebelum ini majoritinya telah
dilukis oleh al-Istakhiri dan al-Balkhi.Ibn Hawqal juga banyak menambah serta
memperbaiki hasil kerja orang sebelumnya malah mengambil rujukan daripada
beberapa ilmuwan yang terkenal. Dengan tindakan beliau ini, ia telah memudahkan
orang lain untuk lebih memahami malah manarik minat orang ramai untuk turut
mendalami ilmu tentang pemetaan.
Ibnu Hawqal merupakan seorang yang sangat
rajin dan tekun dalam melakukan kerja-kerjanya.Beliau telah menerangkan dengan
begitu terperinci dan jelas mengenai sempadan dan iklim bagi setiap daerah yang
dilawatinya dan ianya menjadi bukti bahawa Ibnu Hawqal merupakan seorang yang
berdedikasi dalam kerjanya.Jelasnya nahawasanya, sifatnya yang gigih dalam
melakukan kerja yang menyebabkan dia menjadi ilmuwan yang terkenal dan kerjanya
mendapat sambutan orang ramai.
Sumbangan dalam bidang pelayaran
Pelayaran merupakan kawalan pergerakan layar.
Pengemudi mengurus daya angin pada layar supaya kapal dapat digerakkan seiring
dengan pergerakan air. Ia boleh mengubah arah dan kelajuan sesebuah kapal layar
itu. Pengemudi memerlukan pengalaman dalam pelbagai keadaan angin dan laut, serta
pengetahuan berkenaan dengan jenis kapal layar itu sendiri dan pemahaman
tentang keadaan persekitarannya.
Ibnu Hawqal turut memberi sumbangan yang
besar dalam bidang pelayaran.Bidang pelayaran merupakan bidang yang berkaitan
dengan bidang geografi.Beliau telah memulakan pelayarannya ke Afrika Utara, Andalus
iaitu di Sepanyol dan Selatan Sahara pada tahun 947 Masihi bersamaan 336
Hijrah. Beliau turut berlayar ke Armenia dan Adherbayjan pada tahun 955 M
bersamaan 344 Hijrah dan Sicily pada tahun 973 M bersamaan 362 Hijrah. Ibnu
Hawqal telah berjaya melakukan penyelidikan tentang kekuatan tentera semasa di
dalam perlayarannya. Contohnya apabila beliau menyelidik tentang kekuatan
tentera kota Palermo dan menganggarkan penduduk Palermo di Sicily. Beliau turut
menyelidik tentang keadaan iklim, bentuk muka bumi serta aktiviti penduduk di
negara-negara yang dilawati.
Ibnu Hawqal juga telah menulis mengenai
keadaan bentuk muka bumi di dalam perjalanan ke Andalus iaitu di
Sepanyol.Beliau juga turut menulis tentang kawasan-kawasan yang terdapat di
India dengan teliti dan terperinci semasa beliau melawat di negara tersebut.Oleh
itu, hasil kerja yang telah dilakukan oleh Ibnu Hawqal telah mendapat sambutan
yang baik malah menggalakkan daripada seluruh umat Islam secara
keseluruhannya.Selain daripada negara-negara yang disebut di atas, beliau turut
bertanggungjawab dalam menghuraikan keadaan bentuk muka bumi, penduduk dan
geografi kemanusiaan di negara-negara yang pernah dilawati oleh beliau.
Sumbangan dalam bidang kartografi
Kartografi berasal dari bahasa Yunani iaitu
chartis yang bermaksud peta dan graphein yag bermaksud tulis. Ia merupakan
kajian dan amalan penyediaan peta geografi yang menggabungkan ilmu sains, estetika,
dan teknik. Kartografi adalah suatu bentuk pembelajaran dan mempraktikkan dalam
membuat peta atau globe. Peta secara tradisional sudah dibuat menggunakan pena
dan kertas, tetapi kartografi telah muncul seiring dengan perkembangan
teknologi terutamanya computer.
Ibnu
Hawqal juga turut terlibat dalam memberi sumbangan dalam bidang kartografi
iaitu melukis peta.Sebagai contohnya, beliau telah melukis peta bagi negara
India.Hal ini dapat membuktikan bahawa sumbangan Ibnu Hawqal tidak hanya
terbatas di negara-negara Islam sahaja tetapi bersifat menyeluruh.Islam
mengajar kita bahawasanya kita haruslah berkongsi ilmu tanpa mengira agama, bangsa
mahupun negara.Walaupun begitu, Ibnu Hawqal dikatakan oleh orang ramai bahawa
beliau banyak mempelajari karya-karya daripada orang lain seperti al-Istakhiri.
Jelasnya, tujuan beliau adalahhanya untuk memperbaiki dan memperbaharui
karya-karya tersebut agar mudah difahami oleh umat Islam di masa akan datang.
Peta-peta yang dilukis oIeh Ibn Hawqal sangat
terkenal di Barat kerana kerja-kerja kartografinya begitu teliti dan cermat.Ini
juga dapat dibuktikan dengan hasil kerjanya yang masih dikagumi dan dijadikan
rujukan sehingga ke hari ini.Ini jelas menunjukkan bahawa Islam amat
mementingkan kesungguhan dan ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Kerja tersebut akan menimbulkan kepuasan sama ada pada dirinya sendiri mahupun
orang lain yang mempelajari kerjanya.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Peradaban Islam di era kekhalifahan telah
melahirkan banyak pakar geografi terkenal dan terkemuka yang karya hasilan
mereka masoh dikagumi sehingga zaman sekarang.Dunia Islam memiliki seorang
pakar geografi ulung yang terkemuka yang lebih dikenali sebagai Ibnu
Hawqal.Beliau sangat terkenal dengan karyanya pada abad ke 10
Masihi.Popularitinya sebagai seorang pakar geografi semakin melambung setelah
berjaya melancarkan surat al-Ard atau ‘peta bumi’.Antara kehebatan Ibnu Hawqal
adalah beliau mampu menjelaskan sesebuah wilayah secara terperinci dan
lengkap.Maka tidak hairanlah, jika peta yang dicipta olehnya telah berjaya
menarik minat orang ramai untuk lebih mendalami ilmu geografi. Surat al-Ard
yang diciptakannya mampu menjelaskan secara terperinci tentang sesebuah wilayah
seperti wilayah Sepanyol Islam dan Itali dan khususnya Sicilia. Ibnu Hawqal
juga termasuk di kalangan ilmuan terkemuka yang telah mengharumkan nama Islam
di Basrah, Iraq iaitu kota yang dikenali sebagai penghasil kurma berkualiti
itu.
Di sini jelaslah bahawa ilmu pengetahuan itu
penting dalam kehidupan seseorang dan memainkan peranan sama ada pada diri
sendiri, keluarga, anggota masyarakat, negara mahupun agama Islam. Oleh sebab
itu Islam amat menitikberatkan ilmu tanpa mengira pangkat mahupun umur. Ilmu
haruslah dituntut sehingga saat kematian kerana ilmu tidak akan habis
dipelajari walaupun sehingga kematian menjemput. Oleh itu, Malaysia sebagai
sebuah negara Islam haruslah mementingkan ilmu pengetahuan dan memberi peluang
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira status seseorang dalam menuntut ilmu
sejak dari kecil lagi.
Salah satu faktor yang menyebabkan
terlahirnya ilmuwan Islam yang banyak di zaman kegemilangan Islam pada suatu
masa dahulu adalah kerana galakan pemerintah.Pemerintah haruslah memberi
galakan kepada rakyatnya dalam menuntut ilmu kerana ini boleh juga membantu
dalam kemajuan negara itu sendiri.Hal ini boleh dilaksanakan dengan memberi
bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam membeli
bahan pembelajaran.Selain itu, pemerintah juga haruslah menyediakan tempat
belajar yang mencukupi kepada rakyatnya untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira
umur dan tahap kepandaian seseorang.
Antara faktor lain ialah sikap masyarakat itu
sendiri yang memberi sepenuh perhatian dalam menuntut ilmu dan mengembangkan
ilmu pengetahuan tersebut ke serata tempat.Tanpa perhatian seseorang itu untuk
menuntut ilmu, nasib seseorang itu tidak akan diubah. Malah umat Islam akan
mundur dan dipandang rendah oleh agama lain. Islam jugak tidak dapat menarik
minat bangsa lain untuk memeluk agama Islam disebabkan umatnya sendiri yang
tidak suka menuntut ilmu dan akhirnya mundur. Agama Islam juga payah untuk
tersebar ke serata dunia disebabkan sifat malas umatnya sendiri.Oleh itu, kita
haruslah cintakan ilmu dan bersedia untuk mengembangkan ilmu di samping agama
Islam ke serata dunia.
Jelaslah di sini betapa pentingnya ilmu
pengetahuan tidak kira sama ada ilmu geografi mahupun ilmu lain. Umat Islam
zaman sekarang haruslah menguasai ilmu pengetahuan dengan sebaiknya kerana
tanpa ilmu kita akan ditindas oleh bangsa lain. Umat Islam pada masa sekarang
haruslah berusaha untuk mengembalikan kembali kegemilangan Islam seperti suatu
masa dahulu di mana para ilmuwan dari kalangan umat Islam banyak terhasil.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment