Oleh : Mashithah Binti Roslin
1. Pendahuluan
2. Sejarah pemakanan pada zaman dahulu
Sejak dahulukala ummat manusia berbeza-beza
dalam menilai masalah makanan dan minuman, ada yang boleh dan ada yang tidak
boleh. Lebih-lebih masalah makanan yang berkaitan daging binatang. Adapun
masalah makanan dan minuman yang berupa tumbuh-tumbuhan pula tidak banyak
diperselisihkan. Malah dalam Islam sendiri tidak mengharamkan hal-hal tersebut
kecuali setelah menjadi arak, walaupun diperbuat dari anggur, kurma, gandum, ataupun
bahan-bahan lain, selama benda-benda tersebut sudah mencapai tahap yang boleh
memabukkan.Islam juga mengharamkan semua benda yang dapat menghilangkan
kewarasan dan melemahkan urat serta yang membahayakan tubuh.
3.1 Definisi sains dan teknologi
Sains
adalah ilmu yang mempelajari alam semesta beserta seluruh isinya. Seseorang
yang ahli di bidang sains dikenal dengan sebutan saintis Teknologi merupakan
penerapan sains yang dapat digunakan dalam kehidupan sehariani..
3.2
Definisi pemakanan dan makanan
Pemakanan ialah perkataan yang berasal dari
perkataan Latin yang bermaksud memeberi makan makanan yang berkhasiat.
Pemakanan bermaksud mempelajari tentang makanan iaitu pelbagai jenis makanan, kandungannya,
dan peranan atau fungsinya terhadap tubuh badan manusia. Pengetahuan tentang
pemakanan sangat penting dalam membuat pilihan apa yang boleh diperolehi dan
apa yang boleh diterima oleh badan kita. Pilihan makanan yang betul, baik, dan
sesuai akan menjamin kesihatan badan. Makanan yang betul iaitu diet seimbang
yang mengandungi semua jenis nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan
sama ada berbentuk pepejal dan cair. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur,
rupa, rasa, warna, dan bau yang berlainan. Selain itu, makanan juga ialah
gabungan dari pelbagai rasa iaitu pahit, masin, manis, pedas, dan masam.
Tekstur makanan pula bermaksud kelembutan, kelicinnan, kekerasan, kegaringan, dan
kekasaran sesuatu makanan tersebut. Terdapat makanan savori dan makanan manis.
Makanan merupakan keperluan asas atauprimer
bagi setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi
dan social. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu.
Contohnya, pengambilan makanan yang tidak mempunyai gizi seimbang iaitu, kurang
berkualiti boleh memudaratkan kesihatan dan pengambilan makanan dalam kuantiti
yang banyak boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Makanan yang
mempengaruhi keperluan makanan adalah faktor geografi, agama, budaya dan
social. Pemilihan makanan dipengaruhi oleh faktor umur, jantina, aktiviti
seharian, pekerjaan, saiz badan, iklim, dan tahap kesihatan.
4.0 Ciri-ciri Makanan yang dinyatakan di
dalam Al-Quran
Kenyataan Al-Quran menyebut buah-buah
terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan luar biasa untuk erti yang
sebelumnya apabila menangani keadaan orang yang beriman dalam syurga,
“Dan juga (dibawakan kepada mereka)
buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari
jenis-jenis yang mereka ingini, ” [Surah Al-Waqi’ah ; ayat 20-21]
Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan
asasi sangat bermanfaat kerana buah-buhan mengandungi gula rendah kalori yang
mudah dicerna dan diserap. Selain itu, buah-buahan juga membolehkan usus kita
mampu menyerap gula tersebut dalam jangka masa yang singkat berbanding dengan
pengambilan makanan tanpa dimulakan dengan buah-buahan terlebih dahulu. Usus
manusia memerlukan kira-kira 3-4 jam untuk menyerap gula. [Dr. Abdullah Abd
Hamid Diyab dan Dr. Ahmad Qurquz – Ma’a ath-Thibb fil Quran al-Karim]
4.1 Makanan-makanan berkhasiat yang disebut
di dalam Al-Quran dan hadis adalah :
a) Labu (Yaqthin)
Labu adalah antara sayur-sayuran yang
disebutkan oleh nabi Muhammad SAW. Hadis riwayat Bukhari menyebut bahawa Anas
Ibn Malik berkata,
“Seorang tukang jahit telah mengundang
Rasulullah SAW untuk makan apa yang dia telah sediakan, dan saya pergi
bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Tukang jahit itu menghidangkan roti gandum
serta kuah berisi labu dan daging awet. Saya melihat Nabi Muhammad SAW memilih
kepingan labu dari seluruh hidagan dan sejak itu saya telah terus sukakan
labu.”
“Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya)
sebatang pokok yang berdaun lebar (labu), ”
[
Surah As-Shaaffat – ayat 146]
Labu bersifat dingin dan lembab, rendah
kalori, mudah meninggalkan perut sekalipun ia belum hancur sebelum dicerna.
Antara khasiat labu adalah ia akan menghasilkan campuran yang baik. Jika
dimakan dengan biji sawi, menimbulkan rasa sedikit pedas. Teksturnya lembut dan
banyak mengandungi air iaitu baik untuk orang yang suhu badannya panas.
Sebaliknya ia tidak sesuai untuk orang yang suhu badannya rendah dan dingin.
Buah labu juga berfungsi untuk merawat panas, demam dan pening kepala jika
diminum perahannya (jus). Jika direbus dan airnya diminum dengan campuran madu,
boleh menghasilkan banyak cecair di dalam tubuh. Secara keseluruhan, labu
merupakan makanan yang paling lembut, empuk dan cepat reaksinya. [Imam Ibnu
Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]
b) Pisang (Mauz)
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan
sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu
sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk
kanak-kanak yang sedang membesar.
"Mereka bersenang-lenang di antara
pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun
rapi buahnya." [Surah Al-Waqi'ah :
ayat 28 - 29]
c) Zaitun
Minyak Zaitun boleh menutup liang roma tubuh
dan mencegah zat yang masuk melaluinya. Jika digunakan setelah mandi air panas,
minyak zaitun akan memperbaiki dan melembabkan badan. Jika digunakan sebagai
minyak rambut, akan menjadikan rambut indah dan panjang. Minyak Zaitun juga
berkhasiat untuk mengubati campak dan berbagai penyakit lainnya. [Imam Ibnu
Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]
"Allah yang menerangi langit dan bumi.
Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai
sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk
kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang
bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak
manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa
naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada
matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya
bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur
hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya
berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah
mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [Surah An-Nuur : ayat 35]
"Dan pohon kayu (pohon zaitun) yang
keluar dari Thursina, yang menghasilkan minyak, dan lauk bagi orang-orang yang
makan." [Surah Al-Mu'minuun : ayat 20]
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan demi
bukit Sinai." [Surah At-Tiin : ayat 1 - 2]
"Makan dan berminyaklah dengan zaitun
kerana ia berasal dari pohon yang diberkati [HR Tirmidzi]
d) Cuka (Khal)
Khal (cuka) lebih dominan dengan sifatnya
yang dingin, meskipun ia juga memiliki sifat panas. Cuka bermanfaat untuk
meneutralkan ubat-ubatan yang merbahaya, membersihkan usus, menguatkan perut, menghilangkan
rasa haus, mencegah pembengkakan, melunakkan makanan yang keras dan
menjernihkan darah. Jika diminum dengan garam, boleh melawan racun jamur dan
menghilangkan darah menempel di tekak mulut jika dibuat berkumur. [Imam Ibnu
Qoyyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka).
Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi
sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)."
[HR Muslim 2052, Ibnu Majah 3318]
"Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan
adalah cuka." [HR Muslim]
e) Kurma (Tamar / Ruthob)
"Dan di bumi ini terdapat
bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman
dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air
yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang
lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [Surah Ar-Ra'du : ayat 4]
"Lalu dia diseru dari sebelah
bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya
Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke
arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang
masak." [Surah Maryam : ayat 24 - 25]
"Sesiapa makan 7 biji kurma ajwa setiap
pagi maka terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir." [HR
Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain, dari Sa'ad ibnu Abi Waqqas]
f) Delima (Rummaan)
Manis buah delima itu bersifat panas dan
lembab. Selain itu, buah delima juga bagus untuk perut. Tambahan pula, buah
delima juga boleh merawat batuk. Tapi buah delima tidak elok untuk orang yang
sakit demam. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]
“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta
pohon-pohon kurma dan delima, "
[Surah
Ar-Rahman : ayat 68]
"Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan
(untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan
pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan)
rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan
tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan
keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah
kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau." [Surah Al-An'aam :
ayat 141]
"Buah delima dan kulitnya dapat
menguatkan penghadaman (perut)". [HR abu Nu'aim dan Al-Jauzi, dari Ali bin
Abi Thalib]
g) Susu (Laban)
Susu yang paling baik ialah yang baru saja
diperah. Kualitinya akan berkurang seiring waktu yang berjalan. Susu yang baru
diperah lebih minimum tingkat kedinginannya dan lebih banyak tingkat
kelembapannya. Yang paling baik ialah yang paling putih warnanya, baik baunya, lazat
rasanya, sedikit manis, diperah dari haiwan yang masih muda dan sihat, tidak
terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus, digembala di tempat yang baik. Susu
kurang baik bagi orang yang demam, pening kepala. Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang
terlalu banyak minum susu, ia boleh mengganggu pandangan mata. [Imam Ibnu
Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]
Rasulullah S.a.w juga bersabda, "Tidak
ada satu pun makanan atau minuman yang dapat menghilangkan lapar dan dahaga
sebaik susu." [HR At-Turmudzi & Abu Dawud. Hadis hasan, dari Ibnu
'Abbas]
h) Makanan Laut (Seafood)
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan
laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk
dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi
diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram.
Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan."
[Surah Al-Ma'idah : ayat 96]
i) Madu ('Asal)
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok
kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian
makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta
turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu)
yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." [Surah
An-Nahl : ayat 68 – 69]
"Hendaknya kamu menggunakan dua macam
penawar; madu dan al Qur’an." [HR Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahih-nya]
j) Jintan Hitam (Habbatus Saudaa')
Biji hitam ini mempunyai sifat panas dan
kering tahap ketiga. Boleh (ikhtiar) menghilangkan angin di perut, mengeluarkan
cacing, ubat untuk Lepra, Malaria, membuka yang tersumbat dan mengeringkan
kelembapan di perut, melancarkan air kencing dan haid. Lemaknya untuk
menghindari sengatan ular berbisa, merawat selesema dan sesak nafas, boleh
untuk berkumur dan merawat sakit gigi." [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, erubatan
ala Nabi]
Rasulullah S.a.w bersabda, "Sesungguhnya
di dalam habbatus sauda' terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali
kematian."[HR Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafaznya Muslim, dari
Abu Hurairah r.a]
k) Anggur ('Inab)
Anggur mengandungi zat besi dan gula yang
sangat bermanfaat untuk meningkatkan produksi darah, berguna untuk ginjal serta
pencernaan. Kelebihan buah anggur kepada ginjal adalah dengan mengeluarkan air
yang berlebihan dari tubuh melalui air kencing, Anggur juga menurunkan tekanan
darah. Selain itu, anggur juga berkhasiat untuk ubat bronchitis, batuk, menguatkan
jantung dan sangat baik untuk kulit. [Dr. Dianova Anwar]
l) Buah Tiin
Buah tiin adalah buah yang banyak hidup di
daerah Syam atau Damsyik (Syria). Buah ini mengandungi omega 3 dan omega 6, iaitu
sejenis lemak yang berfungsi untuk mencegah penyakit jantung. Kandungan
antioksidan yang ada di dalam buah tiin dapat menghalangi karsinogen penyebab
penyakit kanser, sehingga buah tiin adalah buah anti kanser. Buah tiin juga
mengandungi kadar lemak rendah, sodium rendah bebas kolestrol, sehingga sangat
baik dikonsumsi bagi orang-orang penderita penyakit diabetes atau gula. Selain
itu tiin juga sangat bermanfaat bagi penderita penyakit asma. [Dr. Dianova
Anwar]
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan demi
bukit Sinai." [Surah At-Tiin : ayat 1 - 2]
m) Keju (Jubn)
Abu Daud meriwayatkan dengan Sanad Hasan, dari
Abdullah ibnu Umar dia berkata, "Nabi S.a.w pernah dihulurkan al-Jubn
(keju) sewaktu di Tabuk. Maka baginda meminta pisau, membaca basmalah lalu
memotongnya."
Para sahabat juga pernah memakannya ketika
berada di Syam dan Iraq. Keju yang tidak masin sangat baik untuk perut, mudah
dicerna dan menambah kegemukan. Jika sudah dicampur dengan garam dan masin, manfaatnya
tidak sebaik yang belum dicampur garam. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan
ala Nabi]
n) Garam (Milh)
Garam baik bagi tubuh manusia dan makanan, malah
ia juga baik untuk segala benda apa pun yang bercampur dengannya, termasuk emas
dan perak, sebab di dalamnya terkandung kekuatan yang boleh menambah kadar
kekuningan emas dan kadar keputihan perak. Di dalamnya juga terkandung
kejernihan dan penguraian, menghilangkan kelembapan yang menebal dan
mengeringkan. Garam baik untuk badan, mencegah kerosakannya dan boleh merawat
jangkitan. [Imam Ibnu Qayyim - Zaadul Ma'ad, Perubatan ala Nabi]
o) Air Zam Zam
Dari Abu Dzar r.a, Rasulullah S.a.w bersabda,
"Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat
bagi penyakit)."
[HR Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam
kurungan adalah menurut riwayat al-Bazzar, al-Baihaqi dan ath-Thabari dan
sanadnya shahih, lihat Majma’uz Zawaa-id III/286]
5.0 Makanan yang diharamkan di dalam Al-Quran
a. Bangkai
Pertama kali makanan haram yang disebut di
dalam Al-Quran adalah bangkai. Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya
tanpa manusia yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah.
Jenis-jenis bangkai :
a) Al-Munkhaniqah
Binatang yang mati kerana dicekik, baik
dengan cara menghimpit leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala
binatang pada tempat sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati.
b) Al-Mauqudzah
Binatang yang mati kerana dipukul dengan
tongkat dan sebagainya.
c) Al-Mutaraddiyah
Binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi
sehingga mati.
d) Maa akalas sabu, ’
Binatang yang disergap oleh binatang-binatang
buas dengan dimakan sebahagian dagingnya sehingga mati.
Hikmah diharamkan memakan bangkai adalah :
i. Binatang yang mati dengan sendirinya pada
umumnya mati kerana sesuatu sebab salah satunya adalah kerana penyakit atau
binatang tersebut makan tumbuh-tumbuhan yang beracun dan sebagainya. Hal ini
tidak menjaminkan bahawa binatang tersebut tidak berbahaya. Contohnya seperti
binatang yang mati kerana sangat lemah dan keadaannya yang tidak normal.
ii. Allah mengharamkan memakan bangkai kepada
ummat manusia kerana Allah memberi peluang kepada haiwan atau bintang yang lain
untuk memakannya. Binatang-binatang lain jugam merupakan makhluk Allah.Perkara
ini menunjukkan kasih saying Allah kepada bintang-binatang.
b. Makanan yang darah mengalir
Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa
(thihal) maka beliau menjawab : Makanlah! Orang-orang kemudian berkata : Itukan
darah. Maka jawab Ibnu Abbas : Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah
yang mengalir.
c. Daging babi
Naluri manusia yang baik sudah tentu tidak
akan menyukainya, kerana makanan-makanan dari daging babi itu kotor dan najis.
Ilmu kedoktoran sekarang ini mengakui bahawa makan daging babi itu sangat
berbahaya untuk seluruh daerah, lebih-lebih lagi di daerah yang bercuaca panas.
Ini diperoleh berdasarkan penyelidikan ilmiah, bahawa makan daging babi itu
salah satu sebab timbulnya cacing pita yang sangat berbahaya.
“Dan Allah mengharamkan atas mereka yang
kotor-kotor.” [al-A’raf:156]
d. Bintang yang disembelih bukan kerana Allah
Binatang yang disembelih dengan menyebut nama
selain Allah, misalnya nama berhala. Pada zaman dahulu, kaum penyembah berhala
(watsaniyyin), apabila hendak menyembelih binatang, mereka sebut nama-nama
berhala mereka seperti Laata dan Uzza.ini bererti suatu taqarrub keoada Allah
selain Allah dan menyembah kepada selain asma’Allah yang Maha Besar.
Oleh
hal yang demikian, diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah
dengan tujuan untuk melindungi aqidah Tauhid, kemurnian aqidah dan membanteras syirik.
6.0 Makanan-makanan kegemaran Nabi Muhammad
SAW dan kelebihannya
a) Barli
- Baik untuk mengubati demam.
b) Kurma
- Rasulullah SAW berkata bahawa sebuah rumah
itu sekiranya tidak ada kurma umpama rumah yang tiada makanan. Kurma amat baik
dimakan oleh wanita-wanita mengandung.
c) Buah Tiin
- Ia adalah buah-buahan dari syurga.
Berfungsi untuk mengubati buasir.
d) Anggur
- Rasulullah SAW amat suka anggur. Anggur
membersihkan darah, member tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan
membersihkan usus.
e) Madu
- menghilangkan kahak atau lender, mencuci
perut dan membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
f) Tembikai
- Rasulullah SAW berkata : “ Tiada wanita
yang mengandung dan makan tembikai air dan gagal untuk menghasilkan musim bunga
yang baik di wajah”.
g) Susu
- Rasulullah SAW berkata : “bahawa susu dari
haba jantung seperti jari dari jari kamu dan peluh dari dahi. Ia menguatkan
belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu kealpaan”.
h) Cendawan
- Rasulullah SAW berkata cendawan itu baik
untuk mata
i) Minyak Zaitun
- Rawatan untuk kulit dan rambut
melengah-lengahkan usia tua.
j) Delima
k) Cuka
- Makanan yang digunakan Rasulullah SAW untuk
makan dengan minyak
zaitun.
- Sabda Rasulullah SAW “ Sebaik-baik hidangan
makanan ialah Khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada Khal. Sesungguhnya Khal
adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan
Khal dalan sesuatu rumah.
l) Air putih
- Rasulullah SAW berkata : anatara minuman
yang terbaik di dunia adalah air putih
- Aisyah ra. Meriwayatkan bahawa : “Diantara
banyak-banyak jenis minuman Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk”. Hadis
bermaksud, baginda mengemari minuman manis dansejuk, campuran madu atau nabiz (
rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasulullah ada menyebut
“ Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintamu
yang lebih dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air
sejuk”.
7.0 Cara-cara pemakanan sihat Rasulullah SAW
Antaranya adalah :
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu
baginda memakan daging, ayam ataupun ikan
- Nabi Muhammad SAW pernah melarang para
sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions),
jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas
biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu
menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk
2. Rasulullah SAW melarang meminum susu
bersama cuka.
- kerana cuka boleh merencatkan penyerapan
protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya
lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
3. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama
daging, telur atau daun salad
- Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia
untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi
berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi
cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita
akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
6.0 Kesimpulan
Natijahnya, sebagai umat Islam haruslah
menitikberatkan pemakanan seharian. Hal ini kerana setiap makanan yang dimakan
akan menjadi darah daging sekaligus ia juga mempengaruhi aqidah seseorang.
Selain itu, sebagai pengguna yang bijak kita
perlu berwaspada akan logo-logo halal yang terdapat pada bungkusan makanan
supaya kita dapat menghindari dari tetipu dan menimbulkan rasa syubhah terhadap
makanan tersebut.
Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment